Masih panas dan hangat lagi suasana politik Sabah dengan keluarnya dua orang ahli parlimen BN (Lajim-Umno & Bumburing-Upko) seterusnya menubuhkan parti baru yang akan bekerjasama dengan PR pada PRU13 yang bakal menjelang tiba. Kedua-dua pemimpin kini diberitakan sedang sibuk berkempen di seluruh Sabah dan giat memancing seberapa banyak pemimpin-pemimpin berpengaruh tempatan untuk menyertai PR bagi menumbangkan BN di Sabah.

Kini cerita terbaru yang hangat tersebar berhubung dengan kedua-dua pemimpin ini adalah, mereka berdua menerusi APS (Angkatan Perubahan Sabah - Bumburing) dan PPS (Pakatan Perubahan Sabah - Lajim) sedang berusaha untuk melobi seterusnya berunding dengan PR bagi mendapatkan 2 kerusi Parlimen dan 3 kerusi DUN bagi kedua-dua parti komponen PR ini.
Sehingga kini, hanya dua kerusi Parlimen yang pasti akan dituntut oleh DSP Lajim menerusi PPS. Kerusi Parlimen tersebut termasuklah Parlimen P177 Beaufort dan P176 Kimanis. Manakala 3 kerusi dun yang dikhabarkan akan ditandingi oleh DSP lajim dan calon-calon PPS adalah terdiri daripada kerusi N25 Klias, N26 Kuala penyu dan satu lagi kerusi DUN daripada Parlimen P176 kimanis yang masih belum dapat dipastikan. 

Pergolakan dalaman yang melanda UMNO kimanis berhubung dengan tuntutan segelintir penyokong-penyokong UMNO yang menginginkan calon anak tempatan, telah memberi ruang dan peluang kepada lajim untuk meletakkan calon PPS dikawasan berkenaan. Ramai juga yang telah sedia maklum bahawa, faktor utama beliau meninggalkan BN adalah kerana perasaan dendam beliau. Maka tidak dapat disangkal lagi bahawa, Lajim bakal bertanding bagi kerusi Parlimen P177 Beaufort dan N25 Klias. Jika YB Datuk Azizah Mohd Dun tidak bertanding di DUN N25 Klias sekalipun, beliau sudah tentu akan dicalonkan untuk bertanding di kerusi Parlimen. Ini merupakan matlamat utama Lajim dalam memastikan musuh politiknya tidak mendapat kemenangan mudah pada PRU13 yang akan datang.

Sementara itu, Bumburing yang sememangnya telah ditolak dan dipinggirkan oleh majoriti ahli UPKO ketika beliau berada dalam UPKO lagi, kini sedang berusaha untuk mendapatkan kerusi Parlimen P170 Tuaran dan P179 Ranau. Beliau dilihat cuba untuk mendapatkan ehsan daripada pengundi-pengundi dikedua-dua kawasan parlimen berkenaan yang mana majoriti pengundi di kawasan tersebut adalah terdiri daripada suku kaum KDM (Kadazandusun Murut). Sementara itu, pengarang masih belum dapat memastikan kawasan DUN yang dilobi oleh Bumburing. Namun pengarang tetap percaya bahawa, kawasan DUN tersebut terdiri daripada DUN N09 Tamparuli, N11 Kiulu, dan satu kerusi DUN di Parlimen ranau, sama ada DUN N29 Kundasang atau N31 Paginatan. Jika dilihat sepintas lalu, ketiga-tiga DUN yang cuba dilobi oleh Bumburing terdiri daripada kerusi milik komponen BN (PBS dan UPKO). 

Persoalan yang wujud kini, bersediakah PR untuk mengorbankan kerusi-kerusi parlimen yang telah diwakili oleh calon-calon PR pada PRU lepas. Ini baru dua parti pembangkang tempatan yang sedang melobi kerusi parlimen, bagaimana pula agaknya jika USNO, STAR dan SAPP turut sama melobi kerusi parlimen dan DUN pada PRU akan datang. 
Bagi mereka yang tidak sedar, kebanyakan program-program PR di negeri Sabah akan di pulaukan oleh pemimpin dan ahli2 star dan SAPP. Dari sini kita sudah boleh membaca, betapa intimnya hubungan yang telah terjalin di antara PR semenanjung dengan Parti pembangkang tempatan