Lajim Sebenarnya Sudah Meninggalkan BN..

Setelah sekian lama menyepikan diri, DKM kembali dengan artikel yang semangkin panas di Sabah. Isu membabitkan 2 orang pemimpin tempatan BN yang telah lama dikhabarkan akan meninggalkan BN dan menyertai pembangkang. Untuk artikel kali ini, DKM memilih DSP Lajim. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pemimpin-pemimpin dan masyarakat setempat. DSP Lajim sebenarnya telah lama meninggalkan BN, secara sedar mahupun tidak. Berikut merupakan Kronologi bagaimana DSP Lajim meninggal BN secara terang2an walaupun beliau acap kali menafikannya.

Sejak November 2011 negeri Sabah khususnya Parlimen Beaufort gempar dengan isu YB DSP Lajim Hj Ukin yang akan keluar pari UMNO/BN dan seterusnya akan memimpin sebuah parti baru yang dikenali dengan pari SPF (Sabah People Front Party).  Parti ini sebelum ini dikenali sebagai Parti BERSEKUTU.

Menurut sumber yang  diperolehi,  Isu ini timbul disebabkan oleh YB DSP Lajim merasakan dan mendapat maklumat yang dia tidak akan dicalonkan pada PIRU ke 13 akan datang, Sedangkan seterunya YB Datuk Hjh Azizah Mohd Dun kekal dicalonkan. 

Alasan yang dikenalpasti menjadi pendorong mengapa DSP Lajim keluar BN adalah;

1) Tidak mahu YB Datuk Azizah Mohd Dun (ADUN N.25 Klias) merangkap Ketua Wanita UMNO Beaufort dicalonkan dan menang mudah di kawasan N25 Klias.

2) Mahu YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah tidak menjadi Ketua Menteri pada penggal akan datang.

3) Beliau juga merasai pengorbanannya yang keluar daripada PBS dan menyertai UMNO pada tahun 1994 tidak dihargai sama sekali.


Maklumat diperolehi bahawa YB DSP Lajim akan membuat satu sidang media khas berhubung dengan hal ini pada tarikh 9hb, 20hb, 28hb, 29hb. Dan maklumat terkini beliau akan membuatnya pada bulan Februari.  Keputusan kes DSAI serba sedikit mempengaruhi pendirian beliau seterusnya menyebabkan tarikh sidang media khasnya berubah kepada bulan Februari.

Pada 7 Januari 2012 beliau telah membuat kenyataan melalui BERNAMA dan disiarkan melalui Utusan Borneo yang bertajuk “Ada pihak cuba bunuh karier politik saya :Lajim), beliau menafikan dan mengatakan dakwaan tersebut adalah tidak benar, dan hanya semata-mata mahu membunuh karier politiknya.

Pada 9 Januari 2012 UMNO bahagian yang diketuai oleh Tn Hj Jusih Sarin (SUB) telah membuat laporan polis di Kota Kinabalu berkenaan ada beberapa artikel yang ditulis di laman web Sabahkini (http://sabahkini.net) yang agak keterlaluan bahasanya. Antara tajuk-tajuknya ialah :

Ø    HARI-HARI TERAKHIR SIRAJA KATAK?
Ø    LAJIM DARI SAMPAH KEPADA SAMPAH?


Pada 13 Mei 2012, DSP Lajim Ukin sedang memujuk beberapa individu yang rapat dengannya termasuklah Pemimpin-pemimpin BN yang lama dan yang pernah menjadi wakil rakyat untuk berjuang bersama PKR. Perjuangannya untuk memimpin “Sabah People Front” terkubur akibat parti tersebut telah dibeli dengan harga sebanyak RM2 Juta oleh pihak lain dan orang-orang DSP Lajim yang memegang jawatan di dalam parti tersebut seperti Setia Usaha Agung dan AJK-AJK parti yang seramai 21 orang telah ditukar. 

14 Mei 2012 bersempena dengan sambutan ulang tahun UMNO yang ke 66 tahun, DSP Lajim berada di Kemboja Laos dan beliau memang sengaja tidak hadir ke Majlis tersebut walaupun beliau adalah AMT UMNO. Sehari sebelum itu, DSP Lajim berada di Jakarta Indonesia bersama beberapa orang AJK UMNO Bahagian Beaufort. DSP Lajim dan pemimpin-pemimpin kanan parti SPF yang merupakan seterunya. Dimaklumkan  telah duduk berbincang mengenai hala tuju politiknya menjelang PRU akan datang. 

30 Mei 2012: Maklumat berkaitan dengan jentera PKR seperti mana yang telah dimesyuaratkan di rumah DSP Lajim pada 21 Mei 2012 telah diperolehi. Lajim turut mengeluarkan kenyataan, "Saya boleh tidur kalau sekadar berlawan dengan orang-orang UMNO Beaufort". Beliau memaklumkan hanya akan berbaki 9 orang AJK Bahagian sahaja sekiranya beliau meninggal BN.

Selain itu, DSP Lajim turut dilaporkan pernah menghubungi beberapa orang pemimpin berpengaruh UMNO dan UPKR di Parlimen P175 Papar untuk turut serta berjuang bersama-sama dengan beliau bagi menggulingkan BN di Sabah. Usaha untuk memancing sokongan daripada pemimpin-pemimpin berpengaruh sama ada yang masih berada di dalam parti UMNO mahupun veteran sedang giat dijalankan, iaitu selang beberapa hari selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak akan keluar UMNO (11 Jun 2012).

 
Khabar angin yang mengatakan beberapa orang pemimpin utama BN (DSP Lajim dan DSP Wilfred Bumburing) akan mengisytiharkan diri mereka keluar daripada BN dan menyertai PR pada 15 Julai 2012 semakin kencang bertiup di seluruh sabah. Sumber yang diperolehi juga turut menyebut bahawa majlis penisytiharan tersebut akan turut dihadiri dan disaksikan sendiri DSAI.

Pada 16 Julai 2012, DSP Lajim Ukin dikhabarkan menghadiri program Kenduri Sekampung di Masjid Kg. Rancangan Klias. Pada majlis tersebut, DSP Lajim dalam ucapannya memberitahu penyokong beliau yang beliau berkemungkinan tidak dapat bersama-sama dengan masyarakat di Parlimen Beaufort kerana jadual beliau yang pada untuk sepanjang bulan Ramadhan.

Pada 17 Julai 2012, DSP Lajim dilaporkan berada di Pulau Labuan untuk menghadiri Program Sekampung sempena ulang tahun PBBS (Persatuan Bisaya Bersatu Sabah) yang bertempat di Bukit Kuda Labuan. Beliau dijadualkan akan bertemu dengan pengundi-pengundi Parlimen Beaufort yang berada di Labuan. Majlis tersebut berlangsung di rumah Ybhg Datuk John Ot Ghani. Antara intipati ucapan DSP Lajim dalam majlis tersebut termasuklah;
1. DSP isytihar yang beliau kini Pro kepada pembangkang walaupun beliau belum lagi 
mengisytiharkan diri keluar daripada Barisan Nasional (BN).

2. DSP berhasrat untuk menumbangkan kerajaan sedia ada kini dan membentuk kerajaan baru.

3. Beliau berjanji akan merubah semua sistem pemerintahan Sabah 

4. Beliau bersedia dan berbesar hati sekiranya beliau dipecat daripada kerajaan

23 Julai 2012:Pertemuan DSP Lajim dengan Nik Aziz memang sengaja dirancang untuk menunjukkan pemberontakan beliau dan protes terhadap kerajaan. Dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz ada berpesan kepada beliau agar Berjuang dengan jujur dan ikhlas. Pesanan Nik Aziz itu sekali gus menempelak DSP Lajim yang selama ini berjuang demi nama dan kedudukan beliau yang mendambakan untuk menjadi Ketua Menteri Sabah atau setidak-tidaknya mendapat kedudukan menteri penuh.

Pada 28 Julai 2012; DSP lajim telah mengadakan sidang media di rumahnya di Likas. Antara jawatan yang beliau lepaskan termasuklah;
1. Ketua Bahagian UMNO Beaufort
2. AMT UMNO
3. Pengerusi BN P177 Beaufort
4. Jawatan belaiu sebagai Timbalan Menteri beliau serahkan kepada PM untuk diputuskan


Sebagai rakyat Sabah, anda sendiri kenal siapa Lajim dan Siapa Wilfred. Kronologi keluarnya wilfred daripada BN akan di ceritakan dalam artikel berikutnya. Pemimpin yang hanya gila pada nama dan kuasa, tidak seharusnya mewakili rakyat Sabah. Kesudahannya, yang untung kelak adalah DSP Lajim dan yang bakal mengigit jari pula, adalah rakyat Sabah itu sendiri. Renung-renungkan.


Artikel: Ehsan
^Penyengats Crew Beaufort^

Diedit:
DKM Sabah

No comments:

Post a Comment