Parlimen P174. Penampang hari ini sedikit kecoh dengan program anjuran PKR. Program bertajuk "Duduk dan Tuntut, Tubuh RCI Sabah". Menurut maklumat awal dari rakan lapangan, Kumpulan ini bermula di Hotel Yahoo Sembulan sekitar 11.00 pagi. Dilaporkan seramai 300-350 orang penyokong-penyokong PKR menghadiri perhimpunan tersebut. Kesemua peserta dikatakan bergerak ke lokasi sebenar perhimpunan ini dianjurkan sekitar pukul 12.00 tengah hari.



Lokasi perhimpunan Duduk dan Tuntut, Tubuh RCI Sabah adalah di Padang Siol. Bendera PKR dipacak sekitar jalan raya sekitar padang siol. Program dijadualkan akan diadakan pada pukul 2.00 petang. Menurut risikan daripada rakan lapangan, dikhabarkan ahli-ahli dalam pakatan akan turut hadir seperti, USNO, STAR, DAP dan PAS.

Berikut merupakan beberapa gambar menarik sepanjang program tersebut berlangsung dan anda boleh nilai sendiri samada program tersebut mendapat sokongan atau tidak.








Daripada pemerhatian pengarang, pengarang simpulkan bahawa program ini gagal mencapai sasaran sebenar. mengikut perancangan awal, PKR menjangkakan program ini akan dihadiri lebih kurang 3000 orang peserta, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya. Hanya sekitar 100-150 orang peserta yang majoritinya penyokong-penyokong tegar PKR itu sendiri. Jumlah itu tidak termasuk dengan peserta pertandingan bola sepak yang turut berlangsung di lokasi yang sama.