Dipetik: New Sabah Times
KENINGAU: Rakyat di kawasan Pedalaman khususnya di kawasan Pensiangan diingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan cakap-cakap pihak pembangkang yang hanya pandai memutarbelitkan isu yang tidak berfakta.
Ketua Umno Bahagian Pensiangan Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin berkata, rakyat perlu meneliti atau menilai terlebih dahulu isu dan tohmahan yang timbulkan oleh pihak pembangkang sebelum mempercayai apa yang mereka perkatakan.
Katanya, pihak pembangkang sama ada PKR, SAPP, STAR dan mana-mana serpihan parti pembangkang sebenarnya sudah ketandusan isu yang dijadikan modal politik mereka.
“Justeru itu, mereka (pembangkang) sengaja menimbulkan dan memainkan isu-isu yang diputarbelitkan semata-mata untuk menarik perhatian dan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan,” katanya selepas menyerahkan bantuan kepada 12 penerima bantuan di bawah Program Jasa Prihatin di Kg. Biah Tengah dekat sini kelmarin.
Penerima bantuan yang berbentuk barang-barang makan, alat dapur dan wang tunai itu terdiri dari golongan fakir miskin, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU).
Ghani yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) cukup prihatin dengan apa juga masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Ini katanya, terbukti dengan pelbagai bantuan kerajaan yang disalurkan melalui jabatan dan agensinya termasuklah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menyalurkan bantuan dalam bentuk barang makan, alat dapur dan wang tunai.
Katanya, antara bantuan yang dinikmati oleh rakyat adalah skim batuan orang tua, batuan am untuk ibu tunggal dan OKU yang disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya termasuklah skim-skim bantuan subsidi sawah padi, tanaman getah dan sawit.
Selain itu katanya, bantuan kewangan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar pembelian buku yang diberikan kepada pelajar IPTA dan IPTS juga merupakan keprihatinan kerajaan BN kepada rakyat.
Sempena dengan Program Jasa Prihatin itu, Ghani diiringi oleh Penolong Pengarah JASA Bahagian Pensiangan Hasipin Hj. Arinin Pegawai Luar Khas JASA Sook Mohd. Helmi Abdullah dan beberapa AJK Umno Bahagian, Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno Pensiangan.
1 Comments
Ewahhh...JASA!!
ReplyDelete