(Berita Dari Sabah) Kapal Peranginan MV Azamara Dijadual Berlabuh Di Sandakan

Dipetik: The Borneo Post





SANDAKAN: Sebuah kapal peranginan MV Azamara Quest yang mengalami kebakaran di bahagian bilik enjin ketika di perairan Filipina pada Jumaat lepas, dijangka tiba di Pelabuhan Sandakan malam tadi.
Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Karunanithi Munusamy berkata, pihaknya akan memberi bantuan mengikut keperluan kapal itu.

“Kapal APMM akan mengiringi MV Azamara Quest apabila kapal itu memasuki perairan Malaysia sebelum berlabuh di Sandakan kira-kira jam 8 malam ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya beliau dimaklumkan kapal itu kini belayar menggunakan sebuah enjin sahaja selepas enjin lain rosak dalam kebakaran yang berlaku ketika kapal berada 180 batu nautika dari selatan Palawan, Filipina.

Kejadian juga menyebabkan lima kru kapal terbabit terpaksa diberi rawatan akibat terhidu asap, katanya.
Kapal itu yang membawa 560 penumpang dan 411 kru dalam pelayaran dari Hong Kong menuju ke Singapura ketika kejadian. — Bernama

No comments:

Post a Comment