WOW... PROGRAM PKR DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak tahu akan kunjungan Azmin Ali ke Sabah. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan Azmin Ali melalui twitter beliau, diminta anda semua tidak tertipu. Kenapa? kerana terdapat juga perkara-perkara dan kawasan yang dikunjungi oleh beliau tidak di Twit. Nah, ini perkembangan sebenar perjalanan Azmin Ali dan kuncu-kuncunya di Sabah.



Dikatakan mangkuk ni turun padang menghadiri Program Khidmat Rakyat yang menyediakan perkhidmatan percuma... Ntah blog pembangkan ada dedahkan ka berapa ramai hadirin... Untuk pengetahuan kelian yang berada di luar sana, berdasarkan maklumat daripada orang kampung tempat program ini dilaksanakan, rata-rata hadirin merupakan orang luar. Kehadiran dianggarkan sekitar 100-150 orang. Mangkuk ini macam biasa la, jual minyak kelentong kepada orang-orang kampung yang tak tau apa-apa pun.

Kemudian Azmin ali dikatakan menghadiri program ceramah di Kg. Keliangau sekitar 4.30 petang. Program ini memang tidak dimasukkan kedalam Twitter Azmin Ali kerana sambutan yang amat-amat menggalakkan. Untuk pengetahuan semua, ceramah ini di adakan di kawasan lapang tempat orang ramai lalu lalang. Sambutan yang menggalakkan pada ceramah itu dihadiri sekitar 30-40 orang. ha, blogger pembangkan ada heboh kah, berapa ramai yang datang... kalau ada pun, mesti dorang akan letak kehadiran sekitar 30 orang ni menjadi jutaan manusia. maklumla orang-orang pembangkan ni kan fanatik sampai tak reti mengira...

Pada malam hari yang sama, Azmin Ali dilaporkan berada di Beaufort untuk menghadiri program Ramah Mesra Bersama Pemimpin PKR yang bertempat di perkarangan Rumah Ketua Cabang PKR Beaufort. Sekali lagi sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat amat menggalakkan, apabila yang hadir dan dikira sorang demi sorang, seramai 85 orang termasuk remaja bawah 16 tahun dan kanak-kanak. Fakta dan angka ini diperolehi daripada orang kampung sendiri ok.. kalau orang kampung di suruh kira, dorang bukan kira berapa banyak kerusi yang ada, tapi dia kira ikut kepala. maklumla, orang kampung sendiri, mesti kenal la punya sorang2.

Tahniah, Program mantap PKR hingga tidak mendapat sambutan penduduk setempat.

No comments:

Post a Comment