(Berita Dari Sabah): AGIHAN 34 PERATUS KERUSI PARLIMEN DI SABAH, S'WAK



KOTA KINABALU: Laporan Jawa- tankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya (PSC) yang dibentangkan oleh pengerusinya Datuk Seri Dr Maxi- mus Ongkili di Parlimen kelmarin turut mengambil kira cadangan pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Maximus berkata jawatankuasa mengambil maklum cadangan supaya jumlah keseluruhan kerusi di Dewan Rakyat diseimbangkan di antara kerusi bagi semenanjung dengan kerusi ne- geri Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam dokumen ‘Jawa- tankuasa Antara Kerajaan’ (IGC) semasa penubuhan Malaysia.
Katanya dokumen itu menyentuh peruntukan bahawa Sabah, Sarawak dan Singapura memperoleh 34 peratus daripada kerusi di Dewan Rakyat penggal tersebut.

Beliau berkata cadangan itu bertujuan memastikan kuasa seimbang bo- leh digunakan oleh mana-mana wakil Sabah dan Sarawak bagi memastikan suara dan kepentingan yang melibat- kan kedua-dua negeri ini dalam semua hal yang berkaitan undang-undang dapat dipertahankan.
Dalam hal ini, jawatankuasa meng- esyorkan agar satu kajian terperinci dibuat berhubung perkara itu untuk dilaksanakan dengan mengambil kira prinsip pembentukan Malaysia, kata- nya ketika membentangkan laporan itu.

Maximus berkata jawatankuasa turut menyusuli syor supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan kemudahan kepada pengundi yang berada di luar kawasan pendaftarannya terutama dari Sabah dan Sarawak serta pengundi dari Semenanjung yang bertugas di Sabah dan Sarawak untuk mengundi di mana-mana tempat tanpa perlu pulang ke kawasan pendaftaran asalnya.

Mengenai cadangan untuk melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi warganegara yang mencapai umur 21 tahun, beliau berkata walaupun cadangan itu mempunyai asas yang baik namun ia hanya boleh dilaksanakan dalam jangka masa panjang memandangkan usaha pembersihan daftar pemilih secara keseluruhan perlu diutamakan.

“Siasatan lanjut mengenai daftar pemilih yang diragui seperti yang dibangkitkan di negeri Sabah serta syor berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu dilaksanakan bagi memastikan matlamat daftar pemilih yang diyakini oleh semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Maximus juga sedih laporan akhir jawatankuasa itu tidak dapat dibahaskan di Parlimen kelmarin hanya disebabkan “laporan minoriti” yang sengaja dibangkitkan pembang- kang.
Walaupun laporan itu diterima dan diluluskan Dewan Rakyat, beliau berkata kelulusan tanpa dibahaskan itu tidak sepadan dengan masa dan tenaga yang dicurahkan semua pihak yang mengambil bahagian, termasuk tiga wakil pembangkang dalam jawatan- kuasa itu.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata beliau hairan bagaimana pembangkang boleh bertindak sedemikian sedangkan 82 peratus daripada 22 syor penambahbaikan yang diputuskan sebelum ini dipersetujui bersama oleh wakil mereka di dalam jawatankuasa itu tanpa sebarang masalah.
“Saya sedih kerana banyak masa dan kerja telah dibuat. Bukan hanya saya tetapi semua anggota telah menghabiskan banyak masa sehinggalah ke mesyuarat terakhir dan bersetuju 82 peratus daripada 22 syor… tetapi ‘main politik’ pada saat akhir.

“Maka, saya serahkan kepada orang ramai dan Anggota Parlimen untuk menilai kandungan laporan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memutuskan laporan jawatankuasa itu diluluskan tanpa dibahas berikutan kekecohan yang ditimbulkan di dalam dewan.

Speaker memutuskan demikian apabila ang- gota Parlimen pembang- kang Azmin Ali (PKR- Gombak), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) yang menimbulkan kekecohan enggan meninggalkan dewan setelah diperintah berbuat demi- kian.

Maximus berkata selain soal laporan minoriti yang sengaja ditimbulkan pembangkang, beliau yakin keseluruhan laporan itu akan diterima jika dibahaskan sepertimana penerimaan sebulat suara anggota persidangan terhadap laporan interim jawatan- kuasa itu pada 1 Dis lepas.
Walaupun tidak dibahas, Maximus percaya keadaan itu tidak menyebabkan kekurangan daripada segi isi kandungan laporan.

Jawatankuasa bagi menambahbaik proses pilihan raya di negara ini ditubuhkan pada 2 Okt tahun lepas dan diberi masa enam bulan untuk mengemukakan cadangan.
Selain Maximus, anggota lain dalam jawa- tankuasa itu ialah Azmin Ali, P. Kamalanathan, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn, Datuk Alexander Nanta Linggi, Dr Mohd Hatta Ramli, Anthony Loke dan Wee Choo Keong.

Sementara itu, Anggota Parlimen Bebas-Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata isu laporan minoriti ditimbulkan pembangkang sebagai persediaan awal untuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya tewas dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau berkata pembangkang sengaja menimbulkan kekecohan di dalam dewan dengan harapan laporan itu tidak dapat dibahaskan, yang membolehkan mereka terus menanam persepsi buruk masyarakat terhadap SPR.

“Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan apa sahaja laporan yang keluar daripada mana- mana media maya, You Tube, Twitter ataupun melalui Facebook,” katanya.

No comments:

Post a Comment