(Berita Dari Sabah): 355,807 PENERIMA BR1M DI SABAH



Dipetik: New Sabah Times

KOTA KINABALU: Seramai 355,807 daripada 413,287 pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Sabah menerima bantuan membabitkan peruntukan sebanyak RM177, 903,500.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, berkata setakat ini hampir 90 peratus baucar tunai RM500 telah diagih-agihkan kepada penerima BR1M.
“Proses ini masih diteruskan sehingga kesemua penama menerima baucar tunai masing-masing.
“Kesemua baucar itu telahpun diserahkan kepada pejabat-pejabat daerah,” katanya pada sesi soal jawab, persidangan dewan undangan negeri, di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang Dr.Joachim Gunsalam, yang bertanya sejauh mana keberkesanan progam BR1M dapat memberi manfaat kepada rakyat yang layak menerima bantuan tersebut.
Musa berkata, penerima BR1M di negeri adalah 9.51 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima seluruh negara iaitu sebanyak 3.74 juta keluarga.
“Kerajaan sedar ada juga rakyat yang layak, terutamanya mereka yang tinggal jauh di tempat-tempat terpencil tetapi gagal mendaftar sebagai penerima BR1M pada tarikh yang telah ditetapkan.
“Dalam hal ini, kerajaan tetap bersikap fleksibel dan telah bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran bantuan ini supaya semua isi rumah yang layak terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman tidak tercicir daripada mendapat manfaat program ini,” katanya.
Beliau berkata punca keciciran beberapa golongan seperti warga emas dan ibu tunggal mungkin disebabkan masalah teknikal antaranya kesilapan maklumat dan penandaan butir-butir peribadi.
Justeru itu katanya, semua permasalahan yang timbul akibat daripada masalah-masalah itu akan diambil perhatian sewajarnya.
“Sehubungan itu kerajaan akan mengadakan post mortem tentang proses perjalanan bayaran BR1M sebagai sebahagian daripada langkah-langkah proaktif untuk menambahbaik mekanisme penyaluran bantuan seumpama ini, sekiranya, kerajaan memutuskan untuk meneruskan program yang serupa pada masa akan datang,” katanya.
Musa berkata secara keseluruhannya matlamat utama BR1M telah mencapai objektifnya.
“Ramai di kalangan penerima menyatakan rasa syukur, berpuas hati dan mengucapkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri kerana keprihatinan mengurangkan bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan dan melaksanakan apa sahaja yang terbaik untuk rakyat serta prihatin terhadap permasalahan rakyat.
“Dengan itu kerajaan bersedia memberikan bantuan apa sahaja yang boleh membantu meringankan bebanan rakyat. Walaupun keadaan ekonomi negeri dan negara semakin baik, namun kita tidak dapat mengelak daripada kesan ekonomi global yang mempengaruhi mekanisme harga barangan di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, walaupun nilai BRIM adalah kecil dan bersifat sekali, namun pelaksanaan program itu menunjukkan kerajaan sangat prihatin dan berniat murni membantu meringankan beban kewangan rakyat, terutamanya keluarga berpendapatan rendah.
“Saya yakin, usaha seumpama ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana negara.
“Faedah dari bantuan kewangan seumpama ini dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat dan dalam masa yang sama memberi kesan langsung dalam menjana ekonomi setempat. Selain itu bantuan kepada rakyat ini juga memberi manfaat kepada ekonomi negara pada keseluruhannya,” katanya.

13 comments:

  1. Bantuan ini memang baik walaupun jumlahnya tidaklah seberapa. Sekurang-kurangnya ia bukti bahawa kerajaan ambil berat permasalahan rakyat. Apa yang diharapkan, biarlah mereka yang layak saja menerima bantuan ini.

    ReplyDelete
  2. memang benar Malaysia adalah negara pertama yang sanggup mengeluarkan dana ratusan juta ringgit secara tunai untuk diagihkan kepada rakyat miskin bagi meringankan beban mereka.. bukan golongan miskin sahaja, malah golongan pelajar juga turut menerima bantuan kerajaan dalam bentuk buku teks.. syabas!

    ReplyDelete
  3. Hopefully the BR1M distribution will be continued until all the approved applicants has obtained their BR1M vouchers. Almost 90% has been distributed and only 10% left, hope that it can go smoothly especially for the disabled and elderly applicants.

    ReplyDelete
  4. The BR1M is a good initiative that can help reduce the people's burden for a short period, it is hoped that the government will be able to come up with a long term solution to the poverty problem so that the people may enjoy better quality of life without relying on handouts. But good job nevertheless, this kind of effort is the first in Malaysian history.

    ReplyDelete
  5. Dengar2 BR1M ni akan disalurkan setiap tahun jika ekonomi negara mencatat pertumbuhan pesat.

    ReplyDelete
  6. Semoga tiada pihak yang mengambil kesempatan dan memanipulasi BR1M ni. BR1M harus sampai ke tangan mereka yang layak.

    ReplyDelete
  7. BR1M adalah bantuan untuk rakyat kurangkan beban hidup, moga bantuan seperti ini akan diteruskan lagi.

    ReplyDelete
  8. Although BR1M may not be a big amount but at least there is something given to lower the people's burden for a short period of time.

    ReplyDelete
  9. The people are thankful for the help given by the government but hopefully the government is able to find a long term solution to the poverty problem faced by the people.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih dengan bantuan yang diberikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  11. Maka jangan terpedaya dengan apa yang pembangkang permainkan yang mana bantuan ini kununnya satu rasuah.

    ReplyDelete
  12. Untuk pengetahuan kalian semua... menurut sumber yang boleh dipercayai, memang ada cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan untuk meneruskan BR1M ni pada masa akan datang. cuma jumlah dan cara agihan kelak masih belum diketahui... kelemahan dalam agihan BR1M yang ada kini perlahan2 sedang diperbaiki.. moga2 kerajaan terus memerintah, dan semua rakyat tanpa mengira ras keturunan, agama dan fahaman politik beroleh manfaat ... insyALLAH

    ReplyDelete
  13. Untuk pengetahuan kalian semua... menurut sumber yang boleh dipercayai, memang ada cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan untuk meneruskan BR1M ni pada masa akan datang. cuma jumlah dan cara agihan kelak masih belum diketahui... kelemahan dalam agihan BR1M yang ada kini perlahan2 sedang diperbaiki.. moga2 kerajaan terus memerintah, dan semua rakyat tanpa mengira ras keturunan, agama dan fahaman politik beroleh manfaat ... insyALLAH

    ReplyDelete