FAKTA DISEBALIK ISU BORNEONISASI YANG TIDAK DISEDARI UMUM

 

Demi menjawab dan menghuraikan sedikit kekeliruan yang seterusnya menimbulkan beberapa persoalan daripada rakyat Sabah, sehingga sering dimanipulasi oleh pihak berfikiran politik sempit. Maka, DKM tampil dengan sedikit kajian ringkas Sumbangan Saudari Penulis Nana (Bukan nama sebenar) yang terlibat secara langsung dengan areana politik Sabah dan kenal dengan beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan "Perkara 20 Sabah". Berikut merupakan hasil penulisan beliau yang mungkin mampu menjawab beberapa perkara yang sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat Sabah. Pihak DKM juga masih dalam usaha untuk mendapatkan rakaman video daripada agensi-agensi kerajaan dan NGO berhubung dengan 20 perkara ini, dengan tujuan untuk menguatkan fakta dan menyokong hujah dan bukti yang diketengahkan oleh saudari Nana.


Isu : 
Hak autonomi rakyat Sabah telah dirampas oleh kerajaan Persekutuan/UMNO, pentadbiran Persekutuan/Semenanjung memonopoli hak Sabah terutama dari segi perlantikan ketua- ketua jabatan Persekutuan di Sabah, ekonomi, peluang pengaggihan projek.


Jawapan : 
Tuduhan ini tidak berasas kerana melalui perjanjian Malaysia yang dimeterai pentadbiran di Semenanjung Malaysia akan memulangkan hak-hak pentadbiran terutamanya dalam beberapa bidang sekiranya terdapat anak jati Sabah yang memperolehi kepakaran tersebut.

Sehingga Julai 2011, Kerajaan Persekutuan secara berperingkat telah melantik Ketua-Ketua Jabatan 
Persekutuan yang terdiri daripada anak tempatan Sabah. Daripada 89 Jabatan Persekutuan yang ada di 
Sabah 44% daripadanya diketuai oleh anak jati Sabah termasuk jawatan-jawatan penting mengenai projek 
pembangunan di sabah diketuai oleh Haji Matusin Sunsang dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, 
negeri Sabah. Begitu juga dengan jawatan-jawatan Timbalan-timbalan Pengarah yang dipegang oleh anak jati 
Sabah.

Kerajaan Persekutuan juga tidak mengenepikan hak Sabah malahan memberi penghormatan yang tinggi 
apabila melantik Menteri dan Timbalan Menteri Penuh diperingkat Persekutuan seperti YB Datuk Anifah 
Aman, YB Datuk Maximus Ongkili, YB Dato’ Shafie Afdal, YB Datuk Rahim Bakri, dan beberapa jawatan 
lain.



Isu :  
Ramai Rakyat Sabah Beranggapan Bahawa 20 Perkara Ini Adalah Sebuah Dokumen Perjanjian Yang Sah 
Dan Telah Ditandatangani .


Jawapan :  
20 PERKARA merupakan syarat-syarat yang telah dikemukakan oleh North Borneo yang dibawa oleh 
pemimpin-pemimpin atau wakil North Borneo semasa merundingkan penyertaan Sabah ke alam Gagasan 
Malaysia pada tahun 1962 hingga 1963.

20 Perkara adalah satu dokumentasi yang tidak ditandatangani. Ia merupakan satu dokumen yang mendrafkan senarai 20 tuntutan untuk menjadi syarat penyertaan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia.



Isu : 
Jelas Kerajaan Persekutuan telah mencabuli hak-hak istimewa rakyat Sabah khususnya dalam Perkara 1, 
buktinya sahaja setiap program kerajaan Persekutuan & Negeri akan dimulakan dengan bacaan doa 
sedangkan penduduk Sabah mempunyai kepercayaan agama masing-masing dan tidak wajar dikatakan 
agama Islam adalah agama rasmi di negeri ini.

Jawapan : 
Pada tahun 1971, perlembagaan bagi agama untuk negeri Sabah telah diubah kepada perlembagaan 5a iaitu 
Agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negeri Sabah yang di sokong oleh Kabinet Negeri di bawah 
Kerajaan Perikatan yang mendapat sokongan 2/3 majoriti pada ketika itu.

Rentetan daripada perubahan tersebut, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diwujudkan untuk mentadbir hal 
ehwal Agama Islam di Negeri Sabah.



Isu : 
Perjanjian ini dikatakan tidak sah bila Brunai tidak menandatangani perjanjian dan Singapura telah menarik diri sedangkan perjanjian ini jelas bahawa mana-mana negeri yang menarik diri akan terbatal dan tidak lagi sah.


Jawapan : 
Perkara 7 di dalam “20 Perkara Sabah” bermaksud Perkara 7 tidak boleh diubah oleh Kabinet Negeri mahupun Persekutuan kerana di dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui syarat bahawa apabila Sabah telah memasuki Malaysia, Sabah mensyaratkan agar tidak dikeluarkan daripada Kerajaan Malaysia. Ini kerana semasa rundingan ini dilakukan oleh Ketua-Ketua Pemimpin Negeri Sabah ketika itu, berasa khuatir sekiranya Sabah dipisahkan daripada Malaysia setelah diberi kemerdekaan, kerana pada masa tersebut Negeri Sabah juga dituntut oleh Kerajaan Indonesia dan Filipina dan berlakunya kacau bilau kerana ingin merebut Sabah untuk dijadikan jajahan takluk mereka.



Isu : 
Apakah Benar Dakwaan Datuk Patrick Sindu, Bahawa Perjanjian Malaysia Adalah ‘Batal Dan Tidak Sah’ Apabila Brunei Tidak Menandatangani Dokumen Tersebut Selepas 11 Jam?


Jawapan : Tidak Benar.
Ramai orang berpendapat bahawa Brunei juga sebagai pihak yang terlibat secara langsung dalam Pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Namun hakikatnya Brunei hanya bertindak sebagai Pemerhati dalam pembentukan tersebut. Brunei juga tidak terlibat di dalam Inter-Governmental Meeting (IGC). 

Isu Perjanjian Malaysia tidak sah adalah tidak relevan. Brunei tidak menandatangani Perjanjian Malaysia bukanlah satu isu kerana Brunei tidak pernah berniat untuk memasuki Penubuhan Malaysia. Brunei juga tidak pernah dijemput untuk menganggotai Malaysia. Ini adalah kerana Brunei mempunyai satu Sistem Kerajaan yang berbeza dengan Malaysia iaitu Sistem Monarki yang tidak menjalankan demokrasi berparlimen mahupun pilihan raya.



Isu : 
Benarkah Perjanjian Penubuhan Malaysia Terbatal Selepas Singapura Menarik Diri Pada Tahun 1965?

Jawapan : TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
Penarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia 
dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party (PAP) Singapura yang ingin 
menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya 
mengambil alih peranan MCA. Dan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di 
dalam Parti Perikatan pada masa itu. Oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen 
Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada 
masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan 
Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang 
atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura.
 


Isu :  
Sehingga kini dikatakan jawatan-jawatan penting di peringkat Persekutuan yang ada di negeri Sabah masih 
dimonopoli oleh Pegawai Semenanjung sedangkan pada masa kini semakin ramai anak tempatan Sabah 
mempunyai kelulusan tinggi dan adalah wajar mereka menyandang jawatan-jawatan tersebut.

Jawapan : 
Sehingga Julai 2011, seramai 53 orang anak tempatan Sabah telah dilantik sebagai Ketua Jabatan dan Ketua 
Badan Berkanun di dalam agensi dan jabatan Persekutuan di Sabah.

Jumlah keseluruhan jawatan Persekutuan di Sabah ialah 130 dan ini terbukti bahawa anak tempatan Sabah 
telah memegang jawatan Persekutuan sebanyak 41% daripada jumlah tersebut.Senario ini jelas menunjukkan 
Kerajaan Persekutuan menitik beratkan keupayaan serta kemahiran yang dimiliki oleh anak watan Sabah, 
malahan pertambahan ini berlaku dari semasa ke semasa



Isu :  
Sehingga kini kerajaan negeri tidak dapat mengurus dan mentadbir mengikut acuan sendiri serta banyak 
keputusan penting dalam membangunkan negeri Sabah perlu mendapat kelulusan daripada Kerajaan 
Persekutuan.


Jawapan :  
Agreemant Malaysia yang ditandatangani dokumennya di London, perlu melaksanakan Akta Malaysia untuk 
menubuhkan Kerajaan Malaysia ketika itu.

Perkara ini telah dimasukkan di dalam artikel 1: Iaitu artikel ini menerangkan bahawa negeri-negeri yang 
terlibat dalam Persekutuan Malaya, Singapura,Sabah dan Sarawak setaraf dengan negeri-negeri di dalam 
Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa Sabah, Sarawak dan negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaya dan Singapura 
adalah satu kompenan negeri di dalam Malaysia. Kenyataan pihak pembangkang yang menyatakan Sabah 
adalah sama taraf dengan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar sama sekali dan menyalahi perlembagaan 
dalam Akta Penubuhan Malaysia.

“ 20 Perkara Sabah” adalah 20 tuntutan yang telah dimasuk dan diserap ke dalam undang-undang 
perlembagaan Negara Malaysia sekarang. Namun perkara ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, jika kita 
mengkaji perundangan perlembagaan Malaysia


sekarang, “20 Perkara Sabah” memang telah dilaksanakan didalam perundangan Negeri Sabah mahupun 
Kerajaan Persekutuan.

Selepas 10 tahun Sabah menyertai Malaysia, dan sehingga kini, 48 tahun Sabah Merdeka didalam gagasan 
Malaysia . Sabah tidak pernah lagi berdepan dengan satu situasi cemas yakni tidak berlaku konfrontasi 
antara rakyat Sabah kepada Kerajaan Persekutuan. Kehidupan harmonis menjadi pegangan utama rakyat 
Sabah dan inilah bukti mengapa pada tempoh tersebut tidak ada pungutan suara untuk mengkaji semula 
Perjanjian Malaysia.

Sabah bukan sahaja hidup aman damai tetapi kini mengecapi nikmat pembangunan infrastruktur secara
berperingkat-peringkat dan ini adalah usaha bersama di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. 



Isu :  
Kerajaan negeri berhak untuk menentukan sistem pelajaran sendiri demi melahirkan graduan yang berupaya 
untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu dapat menarik pelajar-pelajar luar negara 
sebagaimana pendekatan yang digunakan oleh Singapura. 

Jawapan :  
Dalam Perjanjian Malaysia 1963, telah menjelaskan bahawa sistem pelajaran di Sabah hanya boleh ditadbir 
urus oleh kerajaan negeri selama 10 tahun kemudian ia perlu diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan agar 
Sistem Pembelajaran yang bersepadu dapat diwujudkan dan diselaraskan diseluruh Malaysia.

Jika sistem pendidikan Sabah pada masa ini tidak baik dan tidak memberi manfaat kepada rakyat Sabah 
tidak akan wujud beberapa intitutusi pengajian tinggi yang diiktiraf seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), 
Universiti Teknologi Mara (UiTM), kolej-kolej swasta yang kini dapat melahirkan ramai graduan yang 
mampu berdaya saing. Buktinya sahaja pelantikan Y. Bhg. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Haji Ampon  
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah dan Y. Bhg. Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran 
Sabah di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Kedua-duanya adalah anak watan negeri Sabah sendiri, justeru 
merekalah orang yang bertanggungjawab dalam menentukan bidang pembelajaran negeri Sabah pada hari ini.
 




13 comments:

  1. Ahli politik, terutamanya ahli politik pembangkang, cuba untuk mengelirukan orang Sabah dengan cuba membangkitkan rasa marah terhadap kerajaan persekutuan...hanya kerana untuk kepentingan politikal mereka...hmmmm...

    ReplyDelete
  2. Rasanya masih ramai rakyat yang tidak faham tentang Borneonisasi ni. harap rakyat tidak mudah dikelirukan.

    ReplyDelete
  3. pembangkang mmg suka memanipulasikan fakta, jgnlah mudah terpedaya dgn kata2 pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Hasil kajian yang bagus untuk rakyat Sabah baca. Jadi, tidak mudah pembangkang2 memutar belitkna isu tu.

    ReplyDelete
  5. Maksudnya disini bila ada penduduk sabah yang sudah menguasai kepakaran tersebut baru mereka diberikan jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  6. yang pasti kerajaan Persekutuan akan memberikan secara berperingkat kepada mereka yang berkelayakkan untuk memegang jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan penjelasan diatas, saya simpulkan bahawa pembangkang selama ini telah menyembunyikan fakta sebenar berkenaan dengan boneonisasi dan 20 perkara..

    ReplyDelete
  8. 'Kajian yang baik tetapi tidak disertai dengan penilaian wajar secara implisit terutamanya jurang perbezaan ekonomi yang amat ketara antara Sabah dan Semenanjung Malaysia.Memang benar ramai Ketua-ketua jabatan di Sabah orang Sabah tetapi hakikatnya semua ketua jabatan ini masih lagi ada KETUA PENGARAH di Putrajaya yang mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai akses autoriti dan autonomi yang sewajarnya. Itukah makna BORNEONISAI?'

    ReplyDelete
  9. Nim Yorza.. kalau Anwar jadi PM pun, adakah ketua2 jabatan persekutuan tetap di puterajaya.. lain la kalau pusat pentadbiran Malaysia ni terletak di Sabah..

    ReplyDelete
  10. Tu mesti takkan berlaku, Klu kt penang ja, MPP & MPSP semua jawatan tertinggi ditukar dan diganti dengan org2 parti. tak lg menyedihkan paling ramai cina daripada melayu. Aku jamin ketua2 jabatan yang berpangkat tinggi diganti dgn org2 parti pro pembangkang.. hasilnya rakyat sabah aku tercicir dan ketinggalan

    ReplyDelete
  11. saya ada sedikit persoalan mengenai "benarkah perjanjian malaysia 1963 terbatal dengan keluarnya singapura?"

    dari jawapan yang diberikan di atas, ada sedikit kecelaruan fakta disini.... tokoh di atas, menyatakan pengeluaran Singapura dipersetujui di parlimen Malaysia....

    mengapa timbul isu bahawa Sabah dan Sarawak tidak dibawa berunding pun oleh TUnku Abdul Rahman mengenai perkara ini...

    oleh itu, siapakah wakil sabah sarawak yang pergi ke perbincangan keluar singapura ketika itu???
    -------------------------------------------

    isu mengenai jawatan di sabah yang dimonopoli oleh UMNO, persekutuan....

    jawapan yang diberikan ialah dari 89 jawatan ketua 44% di pegang oleh orang Sabah....adakah angka itu satu angka yang memuaskan hati anda??? 44 % = bersamaan lebih kurang 39 jawatan dari 89 jawatan....oleh itu baki 50 (56%) jawatan selebihnya dipegang oleh Malaya....adakah ini satu perkara yang adil bg anda??? sepatutnya jawatan 90% harus dipegang oleh rakyat sabah...malah tidak keterlaluan jika saya katakan 100% jawatan tersebut harus dipegang oleh rakyat Sabah...

    oleh itu jangan sempitkan fikiran anda, dan cuba lah lihat dan buat sedikit kira2 secara rasional....

    anda juga harus membuka sedikit minda anda...kerana apa yang dibaca tidak semestinya indah.... seperti kata pepatah, Indah Khabar dari rupa....

    ReplyDelete
  12. Jari merdeka: 39 jawakan tu hanya diperingkat negeri sabah, belum lagi temasuk jawatan-jawatan yg dipeganga oleh rakyat sabah disemenanjung, siapa pula kata perjanjian malaysia tidak sah?

    ReplyDelete
  13. Dalam menandatangani penubuhan malaysia ini, adakah negeri-negeri di malaya ketika itu turut sama menandatangani perjanjian ini? Jika tiada kenapa tidak dilibatkan? Jika memang tidak dilibatkan, ini menunjukkan bahawa negeri sabah ketika pembentukan malaysi adalah setaraf dengan singapura, brunai dan tanah melayu sendiri. Tanah melayu ketika itu sudah pun dipecahkan mengiktu negeri.

    ReplyDelete