Tuesday, February 7, 2012



Politik Sabah tidak pernah lekang daripada kerakusan kuasa. Pemimpin tempatan yang benar-benar berjuang demi rakyat juga semakin kecil jumlahnya berbanding sebelum Sabah menyertai Malaysia. Pemimpin yang kini silih berganti dan tampil dengan parti baru, kelihatan seakan tidak mampu untuk menimbulkan impak besar. Apa tidaknya, pemimpin yang sama juga menjadi pesaing dengan agenda, ideologi dan parti yang berbeza. Tiada satu parti pun di Sabah ketika ini benar-benar lahir dan wujud tanpa calon recycle. Carilah mana satu parti politik yang wujud dan lahir menjelang ambang-ambang PRU-13 di Sabah ini yang dibarisi oleh muka yang tidak pernah terlibat dengan arena politik Sabah. Tidak lahirpun walau satu golongan pemimpin yang membawa gelombang suara ketiga sepertimana yang wujud di Semenanjung.
Apa yang ada di Sabah hanyalah pemimpin-pemimpin yang sememangnya terkenal dengan kereaktifan mereka melompat parti sepertimana pemimpin yang ada pada Parti STAR dan terbaru SPF. Tidak perlu lagi disebutkan nama Raja Lompat ini, kerana mereka ini sememangnya telah diketahui umum. Agenda yang dibawa pun tidak banyak berubah, tunjang utama perjuangan Parti baru yang wujud dan keluar dari BN ini hanya berkisar kepada, meniupkan sentimen Anti Semenanjung. Dalam mana-mana sesi ceramah sekalipun, janji yang belum tentu lagi tertunai Ibarat Janji DSAI kepada penduduk Kg. Buah Pala di Penang, terus ditabur demi meraih undi popular penduduk setempat yang kelihatannya masih belum faham dan mengerti nikmatnya berada dalam Malaysia. Mungkin bukan semua yang masih belum sedar, hanya segelintir sahaja yang masih mudah untuk dipengaruhi dengan janji manis, dan fitnah tidak berasas ini.
Terlalu banyak yang boleh dipersoalkan daripada setiap janji yang ditaburkan, dan mungkin juga jika soalan ini diajukan kepada puak-puak radikal yang kerjanya menabur janji ini, silap hari bulan tidak terjawablah agaknya soalan ini. Untuk pengetahuan kalian, wujud unsur manipulasi saikologi dalam usaha pihak alternatif Sabah dalam memancing undi daripada pengundi tempatan. Untuk pengetahuan kalian dan seluruh rakyat Sabah, janji yang ditabur oleh Parti-parti tempatan yang kononnya memperjuangkan nasib rakyat Sabah, tidak pernah konsisten walaupun baru beberapa bulan parti-parti ini ditubuhkan. Contoh paling mudah, Isu Royalti Minyak daripada 5% kepada 20% dan terkini 50%. 

Sekilas pandang memang jumlah tersebut merupakan suatu jumlah yang besar dan Mungkin mampu merubah masa depan negeri Sabah pada masa akan datang. Namun perlu di ketahui semua, Kenapa tidak pernah pula diberitahu kepada umum, Apa yang akan rakyat dapat daripada royalti 50% tersebut?, Bagaimana pula keadaan Sabah jika memperolehi 50% royalti minya tersebut? Berapa ringgit dan sen yang bakal rakyat Sabah perolehi daripada 50% royalti minyak tersebut? Apakah janji ini akan 100% ditunaikan, Apa Buktinya? ada black & white ka? atau kalau sudah dapat terus senyap dan kroni @ hanya ahli parti yang dapat manfaat?.

Ini merupakan antara persoalan yang sepatutnya difikirkan oleh setiap rakyat Sabah. Itu baru soalan yang berhubungkait dengan  royalti minyak yang konon-kononya hak rakyat Sabah (bakal jadi milik dia dan penyokongnya), Belum lagi isu yang berhubungkait dengan sentimen anti semenanjung yang pastinya menjerumuskan rantau Asia Tenggara ke kancah perang saudara semata-mata untuk merebut hak autoriti ke atas Sabah. Nah! kalau ikut aliran Politik PKR, Sudah tentu Amerika + Yahudi akan masuk campur, dan akhirnya janganlah hairan jika kekayaan minyak Sabah untuk Amerika la pula. Bersediakah Sabah untuk keluar dari Malaysia dari segi ketenteraan dan ekonomi? sepertimana yang dilaung-laungkan oleh pihak berfikiran sempit demi kepentingan kaum kerabat dan ideologi bersifat kesukuan. 

Pemimpin Recycle seumpama ini seharusnya ditolak oleh rakyat Sabah. Kalau diri sendiri sudah tidak betul, janganlah berangan-angan untuk memperbetulkan orang lain, nanti dikhuatiri lain pula jadinya. Kalau sekadar berjanji dengan air liur tanpa hitam putih, tidak akan mampu membawa Sabah lebih jauh, sebaliknya kehancuran yang mungkin tidak terduga oleh kita menjadi cagaran. Istilah pembangkang Sabah Ini kali lah!!! adalah istilah yang kelihatannya belum bersesuaian. Apa kata ubah saja istilah itu Lain kali Sajalah!!! kerna istilah ini jauh lebih sesuai untuk parti yang janjinya hanya melalui air liur dan bukannya melalui hitam putih.

Renung-renungkan


Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.