Dipetik daripada: Angin Perubahan
 

Senior Solidariti Mahasiswa Malaysia Tewas Berdebat Dengan Dr Novandri




Wartawan ini namanya Zainulfaqar Yaakob, bekas pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Merupakan bekas aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) ketika awal SMM ditubuhkan secara haram dengan Presiden SMM yang pertama iaitu Rifauddin Wahab pada 2005-2006. 

Mengapa kumpulan mahasiswa pembangkang yang terdiri daripada Student Progresif Front (SPF) memilih USM? Sudah tentu bila Zainulfaqar datang,ianya akan menimbulkan satu cerita klasik untuk Ginie Lim (bekas Setiausaha Agung SMM, bekas koordinator media Malaysiakini) yang juga merupakan bekas pelajar USM. 
 
 


Namun Zainulfaqar dan kumpulan wartawan tersebut telah tewas dalam hujah dengan Dr Novandri. Seronok melihat mereka berhujah secara fakta dan jelas. Sewajarnya Zainulfaqar dan Ginie Lim mengajar kumpulan SMM yang baru belajar politik agar berdebat dengan intelek sebagai mahasiswa. 

Usahlah melakukan perkara yang memalukan institusi pengajian tinggi dan mencalar imej mahasiswa pada pandangan masyarakat. Zainulfaqar sudah tentu masih ingat apa yang beliau lakukan pada 21 September 2005, siapa yang beri "lesen" kepadanya untuk berbuat demikian?