Sunday, January 1, 2012




Salam Tahun Baru buat semua warga Sabah amnya dan seluruh rakyat Malaysia khasnya. Mungkin agak terlewat beberapa jam untuk melafazkan ucapan tahun baru, namun untuk setiap ucapan ianya tidak memerlukan julat masa tertentu, mahupun ruang ketika yang khusus untuk menyampaikan ucapan. Apa yang penting adalah keikhlasan dari diri sendiri dalam melafazkan sesuatu ucapan.

Bagi seluruh mahasiswa Sabah baik yang menuntut ilmu di menara gading sekitar Sabah mahupun nun jauh di Negeri jiran Sarawak sehinggalah yang terpaksa melintasi Laut Cina Selatan, pesan pengarang, belajarlah bersungguh-sungguh kerana kalian semua bukannya dari golongan senang. Contohilah sikap mahasiswa berbangsa cina yang ketika berada di menara gading, fokus mereka sedikit pun tidak terpesong daripada landasan dan amanat yang telah diberikan oleh keluarga mereka. Maka tidak hairanlah jika mereka sering membarisi kedudukan tertinggi dari segi pencapaian akademik sehinggalah ketika menjejakkan kaki ke alam pekerjaan. Sambutlah Tahun baru ini dengan kesederhanaan, dan ingatlah bahawa misi kita masih belum selesai.
Buat Mahasiswa Sabah, pinta pengarang, moga kalian semua dijauhkan daripada terlibat daripada sebarang demonstrasi jalanan, yang pastinya bakal merugikan kalian. Jika kalian semua peka, maka perhatikanlah dan buatlah kajian ringkas tentang pola penglibatan kaum dalam beberapa siri demonstrasi haram. Pastinya kalian semua akan akan terkejut bila mana majoriti yang terlibat adalah orang-orang Melayu dan bumiputra. Secara tidak langsung kalian semua akan sedar bahawa, kenapa penglibatan kaum lain adalah lebih kecil berbanding dengan orang Melayu dan bumiputra. Ketika orang-orang Melayu dan bumiputra sibuk dipergunakan untuk berdemonstrasi hingga mengabaikan pelajaran, Bangsa lain sibuk mentelaah buku nota. Maka janganlah persoalkan kenapa orang Melayu dan bumiputra sering mencatatkan keputusan yang jauh lebih rendah berbanding pelajar Cina dan India.


Kepada Mahasiswa yang bakal keluar sebagai guru, pendidik anak bangsa, agama dan negara, bersihkanlah diri kalian dari sebarang unsur politik. Tidak salah untuk kalian berpolitik tapi janganlah sampai memakan diri sendiri. Bagaimana kita hendak mendidik orang lain kalau kita sendiri sudah tidak lagi terdidik dengan budaya dan adat resam ketimuran. Belalah diri sendiri sebelum anda membela nasib orang lain, kerana pastinya suatu hari nanti nasib anda tidak akan terbela, sedang nasib orang yang anda bela sudah jauh lebih baik dari diri anda sendiri.


Sekadar renungan bersama.
Share this Article on :

1 comment:

TokMisaiGondrong said...

Salam ziarah... hmm cantik blog anda.. teruskan perjuangan lawan DAP dan rakan subahatnya... selamatkan Islam

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.