(Apa Kata Pengarang): STAR Suatu Revolusi Atau Hanya Sekadar Ilusi Politik




Inilah barisan pemimpin STAR yang dikatakan bakal mengoncangkan arena politik Sabah dalam PRU13. Pengarang memuji sedikit langkah bijak Dr Jeffrey hasil daripada provokasi yang keluar ketika beliau menyampaikan ucapan, Kesukaran untuk mendaftarkan UBF sebagai parti politik telah mendorong beliau untuk mengadakan pakatan dengan parti STAR yang telah lama berkubur dari negeri jiran Sarawak. Melalui STAR beliau tidak lagi berhadapan dengan masalah untuk mendaftarkan UBF kerana beliau hanya perlu menggabungkan STAR dengan UBF, kerana STAR adalah parti politik yang telah berdaftar. ibarat "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
Dari perspektif pengarang, rasa kekaguman terhadap respon daripada hadirin terhadap ucapan Pengerusi STAR Sabah menyebabkan pengarang sedikit sebanyak terasa aura kebangkitan. Aura yang seakan-akan menunjukkan Sabah bakal ditakluki oleh parti pembangkang tempatan...

NAMUN WUJUD 2 PERSOALAN YANG AGAK MENGELIRUKAN

Persoalan ini lahir daripada petikan ucapan Pengerusi STAR Sabah;

Persoalan 1: Dr Jeffry mengatakan dalam ucapan beliau yang rakyat Sabah tidak memerlukan parti import, dan rakyat sabah harus menolak kehadiran parti import terutamanya dari semenanjung.

Namun di akhir ucapan beliau: Beliau menyatakan telah mengatakan pakatan dengan tiga parti tempatan (SAPP, SPF, USNO) dan Pakatan Rakyat dari semenanjung (PKR, DAP dan PAS). Oleh yang demikian, sebagai pemerhati politik, kata-kata Dr. Jeffrey untuk membebaskan Sabah dari cengkaman semenanjung hanyala suatu ungkapan indah pada awal ucapan dan pahit pada akhir ucapan beliau. Persoalan di sini, bukankah PR (PKR, DAP dan PAS) merupakan parti dari semenanjung @ parti import..... Dr Jeffrey katakan UMNO parti import, jadi bagaimana pula dengan status PR... apa pula gelaran untuk PR (Import atau PATI).
 
 
 
Persoalan 2: Dr. Jeffrey tiada hala tuju untuk STAR di Sabah dan masih samar dalam soal pengagihan kerusi antara STAR dengan PAKATAN. Istilah kalau boleh la ... menggambarkan ketakutan Dr. Jeffrey kepada PR dan bukan kepada masa depan rakyat Sabah.

Malah beliau turut mencadangkan, "kalau boleh la" agar Pakatan Rakyat Semenanjung memberikan autoriti kepada parti STAR dan rakan pakatan tempatan untuk bertanding dan fokus kepada kerusi-kerusi parlimen dan DUN di Sabah dan PR semenanjung hanya fokus kepada semenanjung. Dengan jelas beliau sendiri masih belum ada hala tuju jelas terhadap perjuangan beliau dalam STAR. itupun kalau boleh la..... kalau tidak boleh macam mana?

Renung-renungkan... apapun syabas dan tahniah kepada Dr. Jeffrey kerana sekali lagi mengekalkan status beliau sebagai raja lompat katak.

No comments:

Post a Comment