DILEMA CINTA 3 SEGI PAKATAN SABAH





Tahukah anda, bukan hanya CINTA yang berhadapan dengan dilema CINTA 3 SEGI, namun kini dalam kancah politik negara juga, CINTA 3 SEGI wujud. Sesuatu yang unik bila mana Pakatan yang cuba dibina membabitkan beberapa parti tempatan di Sabah bersama dengan parti dari Malaya (PKR, DAP dan PAS)
berhadapan dengan situasi ketidak sefahaman.

Kenapa pengarang mengklasifikasikan dilema yang melanda Pakatan (Parti Sabah + PR) ibarat cinta 3 segi?. Di sini cuba kalian semua lihat. SAPP menolak untuk bekerjasama dengan PR semenanjung terutama dalam soal pengagihan kerusi Parlimen dan DUN di Sabah (Maklumla YTL kan mau jadi CM skali lagi). Disebalik konflik antara SAPP dengan PR semenanjung, muncul pula Parti STAR yang diimport dari Sarawak dengan kononnya untuk menggulingkan UMNO di bumi Sabah. Tahukah anda bahawa, STAR secara terang-terangan menjalinkan Pakatan dengan PR dari semenanjung bersama-sama beberapa parti tempatan seperti SAPP, SPF dan USNO.

Wah...wah...wah... sekarang dengan jelas SAPP menolak PR tapi bekerjasama dengan STAR, sedangkan STAR bekerjasama dengan PR tapi PR dengan terang-terang menolak SAPP termasuk konsep "sabah for sabahan". Pelik bukan. Apa yang berlaku dalam Pakatan pembangkang di Sabah hanyalah suatu permulaan. Kegilaan dan ketamakan Pakatan Pembangkang Sabah ini akan semakin terlihat menjelang PRU13.

Dilema cinta 3 segi yang melanda Pakatan Sabah akan terus berlarutan hingga ke proses penetapan calon yang bakal bertanding seterusnya merebak hingga ke proses pengagihan kerusi Parlimen dan DUN. Untuk kembali menjadi Ketua Menteri Sabah dan kukuh di peringkat DUN, SAPP memerlukan sekurang-kurangnya 31 kerusi DUN. SAPP yang berjuang atas konsep Sabah for Sabahan juga memerlukan majoriti kerusi parlimen sabah untuk memastikan suara Sabah dapat diperjuangkan sekaligus membebaskan Sabah dari cengkaman pemimpin semenanjung. Namun rakan pakatan SAPP pula, iaitu STAR juga menjalinkan kerjasama dengan parti import dari semenanjung (PR) untuk menggulingkan BN di Sabah. STAR selaku parti baru di Sabah bersama dengan SPF, mungking berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN kerana terpaksa bersaing dengan tuan tanah (SAPP) dan rakan pakatan yang tamak kuasa (PR).

Sekali lagi, nasib rakyat Sabah tidak akan terbela, meskipun PR bergabung dengan SAPP dan STAR. Jika PR menuduh pemimpin-pemimpin BN gila kuasa, apa pula kurangnya dengan PR. Kalau betul PR tidak gila kuasa, rasa-rasanya PR tidak akan bermasalah untuk menyerahkan kerusi Parlimen dan DUN Sabah kepada parti tempatan. Kegilaan dan ketamakan kuasa untuk menakluki Putrajaya menyebabkan PR membelakangi dan merendahkan martabat parti tempatan. Inilah rupa sebenar Pakatan Rakyat yang hanya bertopengkan manifesto "reformasi".

No comments:

Post a Comment