(APA KHABAR YB): Seminar Transformasi 1 Malaysia Umno Kimanis

Dipetik: Blog Datuk Sapawi Ahmad


Dalam ruang bicara kali ini, Blog Dkm Sabah akan cuba menjejaki beberapa blog milik pemimpin terutaman ahli parlimen dan DUN yang aktif untuk diketengahkan. Untuk ruangan ini, Dkm Sabah memilih Blog Datuk Sapawi sebagai hebahan dan antara contoh terbaik untuk semua YB yang ada diluar sana dan sebagai salah satu inisiatif baik dari kalangan pemimpin tempatan untuk menghebahkan aktiviti mereka di kawasan.


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Norhaidi dan Saudah menerima cenderakenangan daripada Ketua Wanita Umno Kimanis Maznah Ghani di majlis tersebut.

 
MEMBAKUT: Kesetiaan terhadap perjuangan parti yang menebal akan meletakkan anggota Umno sebagai ahli yang berkualiti.
Ketua Penerangan umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata anggota yang setia sudah tentu tidak akan mencemarkan imej parti.
"Ini termasuklah tidak akan memburuk-burukkan barisan kepimpinan parti selain tidak menjadikan parti sebagai sasaran," katanya pada Seminar Transformasi 1 Malaysia Wanita dan Puteri Umno Bahagian Kimanis di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Setiausaha Politik Menteri Luar Datuk Norhaidi Che Dan, Ketua Wanita Umno Kimanis Maznah Ghani dan Ketua Puteri Umno Kimanis Saudah Sharzman serta lebih 500 ahli Wanita dan Puterio Umno Kimanis menyertai seminar tersebut.
Sapawi berkata Umno lebih mengutamakan ahli yang berkualiti bdan bukannya bersandarkan kepada kuantiti.

 
 SEMANGAT….Sebahagian ahli Wanita dan Puteri Umno kimanis yang menyertai seminar tersebut.

 
Katanya anggota yang berkualiti bukan sahaja akan menyokong dan bekerjasama dengan barisan kepimpinan tetapi akan mempertahankan maruah parti dan pemimpin.
Menurutnya perjuangan parti adalah lebih terarah kepada kepada kepentingan dan kebajikan rakyat dan bukannya untuk kepentingan diri sendiri.
"Janganlah kerana hajat kita tidak dicapai maka kita bertindak memburuk-burukkan parti dan barisan kepimpinan...ini bukan perjuangan untuk rakyat tetapi ia merupakan perjuangan untuk diri sendiri.
"Umno adalah parti yang terbaik untuk kita dan jika kita menerima perjuangannya maka kita juga harus setia kepada parti," katanya dan menambah anggota Umno harus tidak menjadi kudis dalam parti sebaliknya menjadi pendinding dalam mempertahankan parti.
Sapawi memberitahu Umno mengamalkan sistem demokrasi yang terbaik dan tidak pernah menghalang anggotanya untuk bersuara.
Selain itu Umno juga tidak menghalang mana-mana anggotanya untuk melobi termasuklah melobi menjadi calon, katanya.
Bagaimanapun beliau berkata dalam lobi sesuatu termasuklah melobi mahu menjadi calon, Umno tidak mahukan anggotanya yang memburuk-burukkan pemimpin yang ada dan bertindak mahu memecahbelahkan anggota parti.
"Ini bukan budaya Umno dan anggota yang bersikap sedemikian adalah anggota yang sebenarnya mengutamakan kepentingan diri sendiri," katanya lagi.
Katanya Umno tidak memerlukan anggota yang bersikap demikian dan anggota seumpama ini wajar ditolak dan tidak diberikan sokongan.
"Kita tidak memerlukan anggota seumpama ini dan mereka yang bersikap sedemikian dan enggan untuk berubah wajar meninggalkan Umno kerana perjuangan mereka bertentangan dengan perjuangan Umno yang sebenar," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment