Ruang bicara Apa Khabar YB berikutnya, memilih blog milik MP Kota Belud YB Dato' Abdul Rahman Dahlan yang juga merupakan contoh terbaik untuk semua YB2 di Sabah. Pendekatan blog masih releven dalam menyebarkan sebarang aktiviti yang dilalukan di kawasan. Blog juga merupakan medium penting dalam meluahkan pandangan seseorang MP berhubung kawasan mereka.
Dipetik: Blog MP Kota Belud
Neilis
Yalam, 51 tahun dari Kg. Lompios, Kota Belud yang menghadapi masalah
penglihatan lebih tiga tahun lalu melahirkan rasa gembira dan terharu
kerana namanya telah disenaraikan untuk mendapat bantuan kaca mata
daripada kerajaan Barisan Nasional.
Apabila
beliau dimaklumkan oleh kakitangan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota
Belud bahawa namanya tersenarai untuk menerima bantuan kaca mata dari
kerajaan, Neilis seolah-olah tidak percaya dan tidak pernah terfikir
bantuan seumpamanya turut disediakan oleh pihak kerajaan.
“
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan terutamanya kepada Ahli
Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan kerana telah
membantu saya untuk memiliki kaca mata.”
“
Masalah penglihatan yang tidak begitu jelas menyukarkan saya sejak tiga
tahun yang lalu, saya amat memerlukan kemudahan seperti ini. “
terangnya ketika ditemui di kedai Modern Optics dekat sini, baru-baru
ini.
Seorang lagi penduduk dari Kg. Lahanas, Soulin Nuda, 45 tahun turut melahirkan rasa gembira dan terkejut kerana beliau juga telah diberikan bantuan yang serupa.
Menurut
Soulin dengan adanya bantuan kaca mata yang diberikan oleh kerajaan
dapat membantu beliau mengurangkan bebanan untuk membeli kemudahan itu
dengan menggunakan wangnya sendiri.
“
Saya memang mempunyai masalah penglihatan, memang dari dulu lagi saya
berhasrat mahu buat kaca mata tetapi memandangkan kewangan tidak
mengizinkan terpaksa saya tangguh. “
“ Sukur
dan terima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang diberikan,
sekurang-kurangnya dengan ada kemudahan ini masalah penglihatan saya
yang kabur berkurangan. “ tambahnya sambil tersenyum.
Seramai
600 orang yang kurang berkemampuan di dearah ini telah dikenal pasti
dan telah disenaraikan untuk menerima bantuan kaca mata. bagi
meringankan bebanan penerima.
Program
tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Belud
bagi meringankan bebanan penerima terutamanya di kalangan penduduk
kampung yang kurang berkemampuan di daerah ini yang menghadapi masalah
penglihatan.
No comments:
Post a Comment