Dipetik: Agenda Daily


Bila rakyat senang...pembangkang jadi resah.Inilah halnya dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Nak buat macam mana kerjanya memang 'kena bangkang' kalau tidak susah pembangkang nak ' cari makan'.

Menariknya dalam isu KR1M, lagi dihentam, ia menjadi lebih popular.

Rasa cemburu dan irihati pembangkang terserlah jelas bila ia hanya tumpu kritik KR1M sedangkan tidak pernah sentuh pasaraya-pasaraya yang jual barang dengan harga murah lain.

Ada siapa pernah dengar sebelum ini mereka sibuk pergi selongkar,jengah,korek segala macam tentang pasaraya lain termasuk soal kualiti barangan.

Sebab itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tergelak bila bercakap bab gelagat pembangkang cuba 'mandikan' KR1M.

"Lebih banyak dia (pembangkang) kritik, lagi tinggi jualan yang dicatat di KR1M jadi saya galakkan dia cemuh lagi," katanya ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Pulau Serai dan KR1M Pekan Ahad.

Najib berkata KR1M kini menjadi pilihan orang ramai untuk berbelanja dan ini terbukti dengan hasil jualan yang dicatatkan di KR1M Pekan yang mencecah RM20,000 sehari sejak ia mula beroperasi sebulan lalu.

Beliau berkata 85 buah KR1M akan diwujudkan di seluruh negara menjelang hujung tahun ini memandangkan banyak permintaan bagi kedai seperti itu.

"Ke mana saja saya pergi, ramai yang datang dan minta KR1M termasuklah wakil rakyat yang mahukan kedai itu dibina di kawasan mereka," katanya.

Permintaan tinggi itu kata Najib jelas menunjukkan projek bantuan rakyat yang dilaksanakan kerajaan terbukti berkesan dan berjaya sejak dulu lagi.

"Projek seumpama ini bukanlah sesuatu yang kita war-warkan tanpa asas tapi ia adalah realiti yang telah terbukti kejayaannya," kata beliau.

Najib berkata KR1M Pekan merupakan KR1M yang ke-27 dibuka dan yang terbesar di seluruh negara serta bertaraf kompleks membeli-belah.-15/1/2012