(Apa Kata Pengarang): Bila Calon Mee Segera Sudah Kenyang, Inilah Yang Akan Terjadi




Politik Sabah tidak pernah lekang daripada kerakusan terhadap kuasa, wang dan kepentingan terhadap individualistik hinggakan agenda dan perjuangan tokoh-tokoh dan individu ini seringkali diragui. Setelah puas mengaut keuntungan daripada duit rakyat, maka mereka akan mencari haluan baru, yang pastinya mampu menjamin kelangsingan politik, pengaruh dan duit mereka dalam masa sesingkat mungkin.

Musli Oli, nama yang semakin dikenali dan bertambah terkenal hanya dalam masa yang begitu singkat. Ntah la, benarkah dia ni benar-benar pejung dan tokoh yang selama ini memperjuangkan kepentingan dan kebajikan rakyat Sabah. Pengarang bukanlah antara orang yang rapat dengan Musli Oli, namun untuk kepastian, Pengarang sempat juga bertanya kepada beberapa individu dan senior, boleh di kira otai juga la dalam BN. Perjuangan otai-otai ini juga mencecah sehingga lebih daripada 20 tahun. Bila pengarang bertanyakan kepada golongan-golongan otai berkaitan dengan Musli Oli, rata-rata mereka yang di temui menyatakan bahawa Musli Oli ni lebih dikenali sebagai lalang. Yang mana aliran politiknya tidak pernah ada ketetapan, tidak pernah teguh, sering kali berubah dan tiada pendirian. Janji boleh dapat duit, pasti dia akan senyap. Maka tidak hairanlah kalau dia keluar daripada UMNO.

Memang telah ramai orang-orang lama dalam UMNO yang menjangkakan Tokoh Lalang (Musli Oli) akan keluar UMNO dan menjadi Calon Mee Segera, tambah-tambah lagi sekarang ni sudah semakin hampir menjelangnya PRU13. Dia seringkali mencabar orang-orang UMNO untuk berdebat dengannya, tapi bila ada individu yang lebih rapat dengan Musli Oli mencabar calon mee segera ini untuk berdebat, pastinya dia akan diam membisu. Malah hal ini turut berlaku di akaun facebook milik beliau, sesiapa sahaja yang mengkritik dan mencabar beliau untuk berdebat, pastinya individu ini akan di remove @ delate  dari friendlist Musli Oli.

Itulah yang dikatakan Calon Mee Segera, Gagah dibelakang tapi bacul bila berdepan... Sudah kenyang makan duit rakyat, baru sekarang sibuk bersuara untuk memperjuangkan rakyat Sabah. 

No comments:

Post a Comment