PAS: Negara Islam Vs Negara Kebajikan Vs Kuasa








Pengarang Suka tengok VIDEO ni.... alagkah eloknya jika suara meriah dan ekstreem ini kedengaran ketika
PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT untuk menyelamatkan akidah umat ISLAM. Namun suasana tersebut tidak berlaku, tapi berlaku ketika himpunan 901 untuk membebaskan Raja Liwat yang dianggap teraniya dengan politik kotor, serta badan kehakiman yang selama ini di sifatkan tidak adil dan telus.... Sekarang sudah kedengaran ucapan terima kasih daripada lagu muslimah PAS yang mencerminkan nilai sebenar Muslimah dalam agama Islam. Sayang seribu kali sayang, Pejuang PAS yang berjuang untuk selamatkan akidah umat ISLAM di pecat, Perhimpunan Sejuta Umat PAS boikot.... tapi perhimpunan 901 membebaskan Raja Liwat mendapat restu dari PAS. 

Apa lagi yang ada pada PAS. Tiada lagi laungan negara Islam yang selama ini di perjuangkan oleh PAS,, tapi hanyalah Konsep Negara Berkebajikan yang di kitar semula daripada BN setelah beberapa siri legasi pemimpin UMNO menerajui kepimpinan negara. Takutkah PAS pada DAP, hingga seringkali setiap keputusan kepimpinan PAS dibayangi oleh kelibat pemimpin-pemimpin angkuh DAP.

PAS Kini hanyalah PAS yang berjuang atas kerakusan untuk menakluki Putrajaya dan bukannya untuk menubuhkan sebuah negara ISLAM. PAS tidak pernah lagi sedar akan realiti yang mana, kepimpinan ulama tidak mungkin memerintah Malaysia jika masih berada dalam Pakatan yang mana hanya didominasi oleh Kroni Lim Kit Siang dan Kroni Karpal Singh. Dari selangor hingga Kedah, tiada satu pun keputusan baik PKR mahupun PAS yang tidak dibayangi oleh pengaruh dan monopoli kuasa oleh DAP. PAS baik PKR tidak pernah bebas dalam membuat keputusan.

Renungkan lah video tersebut.... jikat benar PAS inginkan Putrajaya, ambillah jika termampu. Ingat kami juga rakyat yang hanya diam memerhati, sampai masanya kami juga akan bersuara. Dan pastinya suara diam kami akan jauh lebih garang daripada apa yang PAS dan PKR laungkan sekarang. Bukan rakyat yang bangkit sepertimana yang di dakwa Pakatan, tapi sebenarnya hanya penyokong2 tegar PR sahaja yang bangkit. Benar atau tidak, kita renungkan bersama.   

No comments:

Post a Comment