(SESI PENDENGARAN AWAM - WAKIL SAPP): JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN

 

Wakil daripada SAPP dilihat menjadi tetamu pertama untuk memberikan cadangan mereka dalam usaha menambahbaikkan lagi sistem pilihanraya negara. Macam biasa la SAPP dengan trademarknya, kalau tak buat hal, itu bukan lah SAPP. Kalau tak silap pengarangm hanya 5 orang wakil parti politik dan NGO yang dibenarkan masuk pada satu-satu sesi. Namun SAPP sebaliknya membawa masuk lebih daripada 15 orang dengan alasan mereka adalah penyokong SAPP tanpa perlu mengambil kira keadaan dewan yang kecil dan sempit. Berikut merupakan beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan oleh YTL (Wakil SAPP);

1. Rasuah (Money Politic)
YTL mendakwa wujud trend ahli mahupun parti politik yang mengamalkan politik wang. Beliau menyifatkan terdapat beberapa kes di mana calon yang bertanding bertindak mengamalkan politik wang dengan tujuan untuk membeli undi dan seterusnya mempengarusi keputusan PRU.
Beliau mencadangkan agar segala rombakan atau penambahbaikkan di mulakan daripada institusi utama seperti Parlimen dan SPRM.

2. Undi Pos
YTL mempersoalkan ketelusan dalam sistem undi pos. Ini berikutan dengan persoalan yang timbul, bila mana warganegara yang tidak berkelayakan untuk mengundi secara undi pos, diberi keistimewaan untuk mengundi secara undi pos. YTL mendakwa bahawa, proses pengundian dan perkiraan undi tidak di saksikan oleh wakil politik.

3. Daftar pemilih/ daftar undi 
Istilah undi hantu yang ada hubungkait dengan PATI. YTL mendakwa bahawa, wujud kes di mana ada PATI yang memiliki My Kad boleh mengundi lebih dari sekali. Pada pendapat YTL, ini merupakan masalah yang cukup serius di Sabah.

4. Penggunaan dakwat kekal
YTL berkeyakinan bahawa, jika penggunaan dakwat kekal di aplikasikan di Sabah, SAPP berkeyakinan akan menang 20 DUN daripada keseluruhan 60 DUN yang ada di Sabah.
Beliau turut mengemukakan soalan kepada Jawatan kuasa;
- Benarkah ada cara untuk mencuci/ menghilangkan dakwat kekal yang membolehkan pengundi mengundi lebih dari sekali (jangkaan dakwat kekal boleh bertahan sehingga 3 hari).
Jawapan wakil Jawatankuasa;
- setakat ini, penggunaan dakwat kekal hanyalah berbentuk pilihan kepada pengundi dan bukannya suatu paksaan bagi mereka yang enggan jari mereka di calit. Dakwaan wujud cecair yang boleh menghilangkan dakwat tersebut sekaligus membolehkan pengundi membuang undi lebih dari sekali hanyalah tuduhan berbentuk rumous semata-mata.

5. Tubuhkan RCI
cadangan agar RCI ditubuhkan untuk membersihkan daftar pemilih. YTL beranggapan bahawa daftar pemilih yang ada sekarang adalah tidak telus dan kotor. Dengan adanya RCI, maka daftar pemilih dapat dibersihkan daripada PATI.


Ulasan pengarang:

Walaupun YTL merupakan mantan CM suatu ketika dahulu, namun pengarang seringkali mempersoalkan soal kredebiliti kepimpinan beliau. Menyentuh dengan cara beliau ketika melontarkan pandangan, ada kalanya bersifat sambi lewa. Beliau lebih suka menuduh ahli BN mengamalkan Money Politic, meskipun pada hakikatnya rakyat tahu siapa sebenarnya YTL.

Namun secara keseluruhannya, pengarang telah mendapat gambaran awal, mengapa SAPP sanggup bergerak solo tanpa bantuan rakan Pakatan Rakyat (PKR, DAP, dan PAS) pada PRU akan datang. SAPP telah lebih dahulu mengumumkan bahawa mereka bakal menguasai 1/3 daripada keseluruhan kerusi DUN yang dipertandingkan. Nyatalah, PRU akan datang bakal menyaksikan YTL sangup melepaskan Parlimen demi mengecapi kemenangan besar di kawasan-kawasan DUN. Benarlah YTL berhasrat ingin menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua. Terbukti juga bahawa, YTL takut untuk bertembung dengan HIEW KING CHEUdi kerusi Parlimen pada PRU akan datang.

No comments:

Post a Comment