(SESI PENDENGARAN AWAM - WAKIL UPKO): JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN

UPKO: MENCURI TUMPUAN 




Sambungan:

WAKIL UPKO:
Pada pandangan pengarang, pandangan yang dilontarkan oleh wakil parti UPKO adalah antara pandangan yang mencuri tumpuan. Mereka datang ke sesi berkenaan dengan berbekalkan suatu kajian yang menyeluruh. Tidak seperti parti-parti lain, baik pembangkang dan komponen yang kelihatan lebih cenderung menghentam dan menyalahkan SPR dan kerajaan, UPKO kelihatan lebih rasional dan bersungguh-sungguh dalam menyuarakan cadangan dan pandangan mereka ke arah penambahbaikkan sistem pilihan raya negara.

Berikut merupakan cadangan UPKO yang sempat di catit oleh pengarang, terdapat 8 cadangan namun yang terdayat untuk di catit di sini cuma 7;

1. Proses penentuan bilangan kerusi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak
2. Proses persempadanan semula
3. Proses memurnikan daftar pemilih
4. Proses memutihkan undi pos
5. Undi lebih dari sekali
6. Akses kepada media
7. Keselamatan awam semasa PRU

Daripada 7 cadangan, wakil UPKO menerusi Wilfred Madius Tangau hanya sempat menghuraikan 4 cadangkan kerana masa yang diperuntukan oleh setiap wakil parti adalah singkat (sekitar 15-20 minit).

1.    Penentuan bilangan kerusi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak
-    SPR gagal melihat dalam pembentukan Malaysia 1963 ketika membuat pertambahan kerusi PRU.
-          Pada Ogos 1963, ketika pembentukan  Malaysia, Sabah Sarawak dan Singapura memiliki Kouta masing-masing. Namun apa yang menjadi persoalan adalah ketika singapura keluar daripada Malaysia, kouta 15 kerusi Parlimen milik Singapura tidak diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Berdasarkan fakta sejarah, sebelum 1971, 34 peratus daripada agihan kerusi berada di luar semenanjung. Namun berbeza dengan tahun 1971, tidak wujud sebarang pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak. UPKO mencadangkan agar agihan kerusi sebanyak 34 peratus yang berada di luar semenanjung perlu dikekalkan selaras dengan perjanjian Malaysia dan kedudukan 15 kerusi milik Singapura ketika keluar daripada Malaysia hendaklah diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

2.    Proses persempadanan semula
-       SPR pada PRU 1996 telah menghapuskan 2 kerusi DUN (N06  Langkon dan N41 Sook) dan digantikan dengan 2 kerusi DUN yang baru.
-       SPR disifatkan sebagai tidak bebas dalam tatacara pengagihan kerusi DUN dan Parlimen kerana wujud campurtangan Eksekutif dalam proses persempadanan sesebuah kerusi DUN dan Parlimen.
-     Persempadanan juga perlu mengambil kira faktor kaum. Perlunya kepada kewujudan sesebuah kerusi DUN yang diwakili oleh anak negeri di Parlimen dan DUN.
-       Keseimbangan agihan kerusi antara Bumiputra Islam dengan Bumiputra Bukan Islam perlu diambil ambil perhatian. 

3.   Proses memurnikan daftar pemilih
-    UPKO mencadangkan agar Suruhanjaya memberi pertimbangkan kepada penubuhan RCI untuk mengatasi masalah pengundi hantu yang didalangi PATI.
-    Cadangan agar siasatan terhadap mereka yang memiliki dan menjadi pemegang projek i/c  disiasat dan dikeluarkan daripada senarai daftar pemilih, sekaligus SPR melalukan daftar pemilih semula setelah kesemua PATI yang memiliki projek i/c dikeluarkan
-     Selain itu, UPKO juga bersetuju agar penggunaan dakwat kekal dan biometrik dikekalkan demi menjamin ketelusan PRU akan datang.

4.   Proses pemutihan undi pos
-    Istilah undi pos harus diubah kepada suatu istilah lain kerana istilah undi pos yang digunapakai ketika ini tidak mengambarkan situasi sebenar.
-    Proses pengiraan undi pos sepatutnya didahulukan sebelum undi dari daerah mengundi (DM) dikira agar tidak disalah ertikan sebagai undi belakang.
-    Proses mengundi di Malaysia bukan bersifat mandatory sebaliknya bersifat Voluntary, yang mana rakyat boleh atau tidak untuk keluar mengundi tanpa sebarang paksaan.
-   Pihak SPR seharusnya menyediakan kemudahan logistik yang secukupnya untuk memastikan pengundi keluar mengundi.

Wakil MP Kapit:
-       Menyokong cadangan pasti UPKO agar 34 peratus daripada kerusi parlimen diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Beliau juga bersetuju dengan hujah daripada wakil UPKO bahawa, proses persempadanan yang dilakukan oleh SPR pada ketika ini tidak pernah menyentuh Perjanjian Malaysia. Peruntukan kerusi sebanyak 34 peratus diberikan kepada Sabah dan Sarawak akan memastikan Parlimen tidak akan dibubar tanpa persetujuan daripada Sabah dan Sarawak selaras dengan permuafakatan dalam Perjanjian Malaysia.



Ulasan Pengarang:
Faktor Geografi antara Sabah dan Sarawak perlu diambil perhatian dalam soal persempadanan semula. Demikian jugalah pandangan sesetengah pemerhati politik yang berpandang bahawa, semakin luas sempadan sesuatu kawasan parlimen, maka semakin sukarlah untuk seseorang YB Parlimen untuk turun memantau keseluruhan DUN yang terdapat pada Parlimen tersebut. Maka yang akan menjadi mangsa keadaan adalah kawasan pedalaman.

Persempadanan sesuatu kawasan pilihanraya yang mengambil kira populasi pengundi dalam sesebuah kawasan mungkin tidak berapa sesuai untuk dipraktikan di Sabah. Keperluan untuk mewujudkan lebih banyak kawasan Parlimen dan DUN dalam persempadanan sesebuah kawasan pilihanraya akan setidak-tidaknya bakal menguntungkan semua pihak, terutama sekali Pengundi. Dalam Proses pilihanraya, kebajikan penduduk dalam sesebuah kawasan Parlimen dan DUN seharusnya menjadi kreteria utama dalam penentuan atau persempadanan sesebuah kawasan pilihanraya.
Maka pengarang berpendapat, semakin kecil liputan sesebuah kawasan Parlimen, maka semakin keraplah untuk YB kawasan tersebut turun memantau. Secara tidak langsung rakyat mudah menilai prestasi seseorang YB berdasarkan kekerapan mereka turun padang.







No comments:

Post a Comment