(SESI PENDENGARAN AWAM - PART UMUM): JAWATANKUASA PILIHAN KHAS PARLIMEN


(25-26.11.2011)

Pada 25-26.11.2011; telah berlangsung Sesi Pendengaran Awam daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang dipengerusikan oleh Seri Dr Maximus Ongkili. Mungkin apa yang terkandung dalam sesi tersebut adalah suatu yang sulit, namun pengarang berpendapat, adalah wajar untuk didedahkan juga beberapa cadangan daripada parti-parti politi yang berpengkalan di negeri Sabah. Sudah namanya juga sesi pendengaran awam, maka penulis berpendirian adalah menjadi hak kepada orang awam untuk tahu perjalanan Sesi Pendengaran Awam tersebut, kerana ramai juga orang awam dan wakil media bebas hadir.

Mungkin apa yang bakal dilaporkan untuk tatapan pembaca ada sedikit perbezaan, dan mungkin ada beberapa isi penting yang terlepas pandang daripada pengarang, maaf terlebih dahulu di pohon. Maklumlah pengarang hanya bertinda sebagai orang awam yang mendengar taklimat tersebut, dan ada juga beberapa pandangan dan isi penting daripada wakil politik dan NGO yang tidak sempat di catit.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Seri Dr Maximus Ongkili (MP Kota Marudu) dan beberapa MP lain seperti, MP Kuala Krai, MP Wangsa Maju, MP Kapit, MP Ulu Selangor, MP Kuala Krai, MP Rasah dan MP Alor Gajah.

Pada pandangan pengarang, perjalanan sesi pendengaran awam berjalan lancar, cuma wujud juga beberapa insiden dan kekecohan kecil yang dicetuskan oleh wakil-wakil dan penyokong parti yang hadir. Ini termasuk juga dengan masalah teknikal yang wujud pada permulaan sesi ini.



No comments:

Post a Comment