(Apa Kata Pengarang) Sabah For Sabahan Vs Spirit Of Rhino




Landskap politik yang semakin pelbagai dan mencabar pada hari ini, telah menjadikan rakyat seringkali terkeliru dengan segenap perkabaran dan cerita yang sampai ke telingan mereka. Rakyat hari ini telah disajikan dengan himpunan fakta dan cerita yang kini terlalu mudah untuk diperolehi dalam masa yang singkat berbanding dengan zaman ketika penggunaan mesin taip menjadi medium utama dalam perkembangan penulisan ilmiah. Namun hari ini, pengarang bukanlah berniat untuk berhujah berhubung kait dengan isu kecanggihan teknologi dewasa ini, tapi apa yang cuba diperkatakan adalah berhubung dengan istilah "Sabah for Sabahan". 

Bagi pengarang yang telah lama merantau jauh ke bumi semenanjung, "Sabah for Sabahan" yang cuba diketengahkan oleh SAPP bukanlah suatu tindakan yang rasional. Istilah @ Konsep "Sabah for Sabahan" hanya akan menjadikan rakyat sabah semakin ketinggalan jauh berbanding dengan negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Aliran sistem pendidikan diperingkat pengajian tinggi negara, telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada masyarakat pedalaman untuk berada setanding dengan masyarat bandar dari serata negeri. Untuk pengetahuan pembaca, samada yang bakal atau telah menjejakkan kaki di menara gading, terutamanya yang berada di semenanjung, Sekiranya istilah "Sabah for Sabahan" dijadikan asas dan pegangan, janganlah hairan jika pemikiran dan tahap intelektual rakyat sabah terutama di pedalaman tidak berkembang.

Meskipun sistem kouta untuk BP sabah dan sarawak telah digantikan dengan sistem maritokrasi, namun kerajaan ketika ini cukup prihatin dalam memastikan masyarakat pedalaman masih memiliki peluang untuk melanjutkan pelajaran di menara gading. Bagi mereka yang pernah tinggal dengan keluarga angkat dan sahabat-sahabat disemenanjung, adakalanya kita akan berasa yang diri kita tidak terasing, meskipun berada jauh dari negeri tercinta. Layanan dan kemesraan keluarga angkat disemenanjung juga akan menjadikan kita lebih menghargai perhubungan yang telah terjalin tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Sekiranya konsep "Sabah for Sabahan" terus diperjuangkan, tidak mustahil masyarakat pedalaman akan terus terpinggir berbanding dengan masyarakat yang berada dibandar-bandar besar. Malah tidak hairan juga kita akan kembali ke zaman 40 hingga 60 kebelakang, yang mana hanya golongan tertentu dan memiliki kekayaan sahaja yang mampu untuk berada di menara gading, dan yang miskin terpaksa menggadai harta benda dan tanah untuk menampung kos melanjutkan pelajaran. 

Wahai rakyat sabah, janganlah mudah terpengaruh dengan istilah dan konsep sempit yang cuba diperjuangkan oleh segelintir fahaman politik sempit. Luaskanlah minda dan berlapang dada lah untuk generasi hadapan. Ketahuilah bila kita diperantauan kita hanya ada satu semangat..... semangat yang menjadikan kita 1,  "Spirit Of Rhino"     

No comments:

Post a Comment