<title>(Berita Dari Sabah): PUSAT LATIHAN DAKWAH DINAIK TARAF | DKM SABAH

TERKINI

Home Top Ad

Sitegiant E-Commerce

Post Top Ad

Friday, October 21, 2011

(Berita Dari Sabah): PUSAT LATIHAN DAKWAH DINAIK TARAF




MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperhalusi perancangan untuk menaik taraf Pusat Latihan Dakwah di Sabah menjadi Institut Kemahiran Islam.

Katanya langkah itu bagi memperkasakan pelajar-pelajar di Sabah dengan menawarkan pelbagai program pengajian Islam sesuai dengan keperluan semasa.
"Kita akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai perjawatan yang perlu dinaik taraf termasuk mengambil kira sijil yang ditawarkan di Pusat Latihan Dakwah untuk diberi pengiktirafan ke tahap diploma," katanya kepada pemberita selepas menutup Multaqa Guru Kelas Al-Qur'an dan Fardu Ain, Takmir dan Imam Rawatib Peringkat Negeri di Kota Kinabalu, kelmarin.
Jamil Khir berkata Sabah kini mempunyai tiga Pusat Latihan Dakwah, masing-masingnnya di Lahad Datu, Kudat dan Keningau yang mana pelajar-pelajarnya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat diploma terpaksa berbuat demikian di Institut Kemahiran Islam di Sarawak atau di Semenanjung. (BERNAMA)


Sumber: sabahkini.net


Pages