Lebih 4,000 penduduk di empat kampung di Ranau terjejas

 Perlu naik taraf.... Jupili menunjukkan antara bahagian jalan raya yang rosak menuju empat buah kampung


Rosak: permukaan jalan tidak rata memberi risiko bahaya kepada para pengguna di sekitar kg. Bonglud ke Kg. Waluhu



Ranau; Lebih 4,000 penduduk dari empat buah kampung di sini merayu kepada kerajaan menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR), supaya menyediakan peruntukan kewangan secukupnya bagi menaiktaraf jalan kampung terbabit yang mengalami kerosakan teruk.
Penduduk kampung terlibat iaitu, Kg Bongkud, Kg. Narawang, Kg. Lutut dan Kg. Waluhu memberitahu jalan raya menuju ke kampung2 itu yang dibina sejak 1980-an dan belum pernah diselenggara atau diperbaiki. keadaan itu menyebabkan jalan sukar dilalui kerana berlubang dan keadaan bertambah teruk apabila musim hujan dan jalan berhabuk ketika musim kemarau.
"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, masalah itu bukan sahaja menjejaskan kesihatan para penduduk dengan habuk tebal, malah ramai penduduk memiliki kenderaan mendakwa kereta mereka sering rosak kerana keadaan jalan raya yang berbatu seperti sebatang sungan kerana tiada perparitan yang sempurna,"kata salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai cosmas.


Sumber: Utusan Borneo (Jumaat, 21 Oktober 2011)