(Apa Kata Pengarang): UMNO JUGA HARUS BALIK KE SEMENANJUNG?

Saya Tertarik untuk menberi sedikit ulasan berkaitan dengan kenyataan ANAK 1MALAYSIA MEROTAI yang artikelnya diterbitkan oleh sabahkini.net 

Orang kata, kalau orang kampung yang bersuara, adalah sebaiknya dijawab sendiri oleh orang kampung tersebut dan bukannya orang luar....


Petikan pertama dalam artikel tersebut:
Ramai yang tahu Ghapur sangat kepingin Kawasan Merotai dan telah berkali-kali beliau suarakan di mana-mana majlis rakyat dan di suratkhabar agar Kerusi LDP di Merotai diberikan kepada UMNO kepada telah menjadi hak UMNO dan hanya dipinjamkan kepada LDP buat sementara waktu.

Hanya PAS sahajalah yang pakar menggunakan perkataan KEPINGIN di tawau. Sebenarnya apa yang disuarakan oleh Ghapur adalah suatu kenyataan yang merujuk kepada fakta dan realiti kehendak akar umbi. Perlu diketahui oleh puak-puak PR yang cuba menabur fitnah, majoriti pengundi di kawasan N58 adalah Bumiputra Islam. Peratus besar mencecah sehingga 70% daripada keseluruhan pecahan pengundi di Dun Merotai adalah bukti dan gambaran jelas bahawa kerusi Merotai harus dikembalikan kepada UMNO. Senario ketidak puasan hati pengundi telah ditunjukkan melalui keputusan PRU ke 12, di mana calon LDP hanya menang dengan majoriti kecil dan nyaris diaibkan oleh calon Bebas Soon Ten Fook. Ini merupakan isyarat jelas kepada mana-mana parti komponen bahawa suara daripada akar umbi perlu dipandang serius jika ingin menang PRU13 dengan majoriti besar. Bukan persoalan siapa yang layak di kerusi DUN Merotai, namun apa yang perlu direnungkan adalah "keinginan rakyat tempatan untuk melihat calon mereka mewakili suara mereka sebagai pengundi".

Ingat bahawa, semua calon PRU13 adalah winable candidate sebelum PRU bermula. Namun penentut sebenar adalah pengundi, jika kebencian menyelubungi hati pengundi kesan daripada keinginan dan keluhan mereka tidak dipenuhi, maka bersiap sedialah untuk berhadapan dengan kekalahan mengejut.

Kenyataan kedua yang perlu Anak 1Malaysia Merotai tahu:
Ghapur juga mungkin tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa ramai rakyat di Tawau telah muak kepadanya. Ini dapat diterjemahkan dengan beberapa kain rentang ucapan hari raya Ghapur dan UMNO di sekitar Tawau telah dirosakkan oleh mereka yang tidak senang dengan kepimpinan Ghapur. 

Setahu saya la, yang buat kerja-kerja terkutuk seumpama ini hanyala penyokong-penyokong tegar PAS tawau, yang sememangnya terkenal dengan sifat ekstremis mereka.. Siapa tak kenal PAS, "Kuasa didahulukan, Rakyat diperkudakan". Itulah ungkapan yang selayaknya untuk PAS Tawau, Siapa juga tidak kenal calon-calon PAS yang sememangnya terkenal dengan istilah "memanjang kalah dan hilang deposit". Sebenarnya itulah calon dan parti yang tidak disukai oleh rakyat. Sibuk mencanang kebencian terhadap pemimpin, tapi bila dah mendapat mandat, nak tengok batang hidung pun susah. Bukan nak tuduh mana-mana pihak, tapi inilah hakikat yang pengarang lihat sepanjang berada di tawau.... ada saja kain rentang memburukkan pemimpin daripada usaha untuk duduk semeja dan membincangkan isu yang tertunggak.



No comments:

Post a Comment