(Berita Dari Sabah): SAPP dan PR masih berunding

 


Tawau: Rundingan di antara Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung kemungkinan untuk menjalinkan kerjasama pada PRU ke -13 masih lagi dalam perbincangan. Menurut penasihat SAPP, Datuk Mohd Noor Mansur, pendirian parti itu bagaimanapun bergantung kepada keikhlasan parti-parti dalam komponen di dalam PR dan tidak sewenang-wenangnya memberikan tohmahan ataupun memperkecilkan-kecilkan kemampuan SAPP.

"Apa saja rundingan yang dijalankan tidak perlulah ikhlas. Kami tidak mahu dipergunakan", katanya sempena siri jelajah bersama para pemimpin SAPP yang lain untuk meninjau persediaan parti itu menghadapi PRU-13. Mantan menteri sewangan sabah itu berkata, SAPP bertegas untuk hanya bekerjasama sebagai rakan kepada PR dan tidak berhasrat menyertai PR sebagai salah satu parti komponen ataupun memasuki komponen ataupun memasuki parti-parti komponen PR yang lain.

Tambahnya, perkara itu selaras dengan ungkapan Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck LEE, sebelum ini yang menyatakan bahawa parti berkenaan dan PR boleh menjadi kawan tetapi tidak semestinya berkahwin untuk menumbangkan kerajaan BN. "Kita mesti ingat, keadaan ini pernah berlaku semasa zaman Berjaya memerintah dahulu, apabila USNO dan PBS bersatu sebagai rakan tanpa melibatkan sebuah parti khusus yang menggabungkan kedua-dua parti

Sumber: Utusan Borneo 25 Okt 2011

No comments:

Post a Comment