(Apa Kata Pengarang): PAS Sabah harus berterima kasih kepada BN



Pemimpin silih berganti, ideologi berubah seiring dengan arus perubahan semasa yang menuntut kepada pendekatan ideologi yang lebih realistik kepada setiap pemimpin. Pemikiran dan reaksi pengundi juga semakin berbeza berbanding dengan pemikiran pengundi 10 hingga ke 20 tahun sebelumnya. Kini segalanya telah berubah.

Pas Sabah, Parti yang telah bertapak di Sabah ini semakin hari semakin kabur akan hala tuju yang ingin dicapai. Pemimpin tempatannya juga silih berganti, malah nak kenal yang mana satu baik dan tidak baik pun susah, sebab perangai lebih kurang sama ja, hanya kelihatan masa dekat-dekat Pilihanraya. Itulah PAS, yang lebih selesa diperkudakan oleh orang lain berbanding dengan usaha untuk memperjuangkan agama.

Aku tertanya-tanya, setiap kali PRU dah berakhir dan PAS menang beberapa kerusi, pastinya perkara pertama yang akan mereka lakukan adalah menutup Tabika KEMAS. Kenapa? apa relevennya menutup Tabika KEMAS.... bukankah disitu anak-anak pra tadika menuntut ilmu. Bukankah kanak-kanak yang belajar di tabikan KEMAS majoritinya anak-anak melayu yang beragama ISLAM. Kenapa perkara begini berlaku tatkala Negara Berkebajikan sering dilaungkan oleh orang-orang PAS. Adakah PAS alergik bila mendengar perkataan Tabika KEMAS. Soalan ini sukar untuk aku jawab.

Namun keadaan tersebut hanya belaku dibeberapa negeri yang dikuasai PR dan tidak di Sabah. Seteruk mana pun orang-orang PAS mengutuk pemimpin Sabah, namun kerajaan Negeri tetap tidak mengeluarkan arahan untuk beberapa buah tabika PASTI menghentikan operasi. Kebajikan dan keinginan anak-anak diperingkat pra-sekolah untuk belajar di tabika yang berorientasikan agama, tidak sedikit pun disekat oleh kerajaan negeri. Hal ini berbeza jika kerajaan PR memerintah negeri Sabah. Bukti dah jelas dibeberapa buah negeri taklukan pembangkang.

Maka tidak keterlaluanlah jika dikatakan PAS Sabah seharusnya berterima kasih kepada kerajaan negeri, dan bukannya berusaha untuk memburukkan sesetengah pemimpin.

Sekian.





No comments:

Post a Comment