Wednesday, October 26, 2011


Berikut merupakan aduan rakyat yang disiarkan dibeberapa laman sesawang sekitar Sabah


Saudara Pengarang,
BARU-BARU ini saya terbaca di dalam Facebook tentang rungutan Warga Tempatan kita yang tinggal di perumahan Taman Telipok Ria diselubungi ketakutan dan ketidakselesaan akibat kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendiami banyak unit di perumahan tersebut.
Pemilik dan penghuni hidup dalam trauma kerana seringkali berhadapan dengan suasana PATI ini bergaduh sesama mereka dan menyebabkan anak-anak dan ketenteraman terganggu.
PATI ini juga bersikap kurang ajar, biadap, tidak berdisiplin, tidak bersivik, pengotor, membuat bising, mengganggu hak orang lain dan pelbagai lagi kejelikan hidup bermasyarakat bersama mereka.
Pemilik dan penghuni orang tempatan rata-ratanya tidak berpuashati dengan keadaan ini. Sudah beberapa kali pihak polis dihubungi untuk mengatasi masalah pergaduhan PATI, namun polis seakan memandang remeh perkara ini dan begitu lambat sampai ke lokasi dan adakalanya panggilan ke balai polis berhampiran langsung tidak diendahkan.
Amatlah diharapkan agar pihak Sabahkini dapat membantu para pemilik dan penghuni orang tempatan berkaitan masalah ini kerana nampak gayanya, PATI sudah bertambah maju dengan mendiami rumah apartmen seperti di Putrajaya, Bandar Sierra, Telipok Ria, Universiti Apartment Fasa1 dan Sepanggar Ria.
Bagaimana mereka boleh mendiami perumahan yang diperuntukan kepada penduduk tempatan amat perlu diberikan perhatian terutama Kabinet Negeri Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pihak keselamatan.
Bantulah kami, tolonglah kami.
Salam Hormat,

ALIFF KULLEN



Ulasan pengarang... 
1. Adakah menjadi kesalahan kepada kerajaan jika pemilik rumah berkenaan yang menyewakan rumah tersebut kepada PATI. 

2. Bukankah mentaliti orang kita memang sebegini. Kerajaan hanya menyediakan perumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah, namun bila dah dapat disewakan pula kepada PATI. adakah wajar kesalahan 100% dibebankan kepada kerajaan.
Share this Article on :

No comments:

Post a Comment

 

© Copyright DKM SABAH 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.