(ADUAN RAKYAT SABAH) Ringkasan Tajuk Akhbar Dari Sabah


SJK Cina Terima Pertambahan Pelajar Secara Mendadak
Tawau: Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui Mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengumumkan pendekatan yang diambil untuk menangani isu pertambahan bilangan pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina yang mendadak di negara ini.


Dalam kenyataan medianya di sini, Chua berkata, kebimbangan berhubung erkara intu timbul berikutan sekolah-sekolah berkenaan kini menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar dalam mata pelajaran bahasa cina.


Tambahnya, pihak kementerian juga perlu menjelaskan kepada ranyat mengenai sebarang perancangan yang hendak dibuat untuk menangani isu keperluan semasa di SJK-SJK Cina yang menghadapi masalah kekurangan guru.


Pemaju Perlu Peka Had Tempoh Pembinaan Rumah:
Kota Kinabalu; Pihak pemaju perumahan dinasihatkan supaya peka terhadap had tempoh siap pembinaan agar mengalak daripada dikenakan tindakan.


Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan, Haji Ahmad Sidek menegaskan kepada pihak pemaju yang mempunyai masalah untuk menyiapkan pembinaan rumah untuk mengatasi kelewatan dengan memohon tempoh lanjutan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Temapatan seperti mana tertakluk di Enakmen Perumahan.


Persatuan Pengguna Kesal Kurang Kemudahan Hospital Besar Lahad Datu

Lahad Datu: Pengerusi Persatuan Pengguna Lahad Datu, Nagaraju melahirkan rasa tidak puas hati dan kesal terhadap kekurangan kemudahan yang terdapat di Hospital Besar Lahad Datu.
"Kekurangan dan kepincangan ini sudah lama dikesan, namun sampai sekarang masih tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak yang berkenaan" katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin begi mewakili penduduk daerah ini.
Menurutnya, antara kemudahan yang masih tidak terdapat pada hospital di daerah ini iaitu, CT Scan, Blood Screening, Laproscopy Surgical Equipment dan Ultrasound Machine.
Jelasnya lagi, ketiadaan peralatan CT Scan, pesakit terpaksa dihantar ke sandakan atau tawau yang mengambil masa perjalanan dua hingga tiga jam. Situasi ini sangat memalukan penduduk daerah ini, malah berkemungkinan membahayakan lagi atau menambah kondisi penyakit pesakit.


Pemimpin Perlu Proaktif Dampingi Rakyat

 Pembantu menteri kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, mengingatkan pemimpin peringkat kampung supaya bersikap proaktif mendampingi dan menyelesaikan masalah penduduk di kawasan yang diwakili.
Beliau berkata langkah itu untuk menentukan penduduk kampung tidak berasa terpinggi atau dipinggirkan oleh kerajaan. Katanya dengan bersikap proaktif mendampingi mereka, maka penduduk kampung tidak sewenang-wenangnya mudah dipengaruhi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber: Utusan Borneo



No comments:

Post a Comment