(Apa Kata Pengarang): Kerakusan Pakatan Rakyat, Hanya Ilusi Budget Buku JingGay

Masih segar lagi dalam ingatan rakyat ketika PM membacakan Belanjawan 2012 baru-baru ini. Budget yang dianggap sebagai Budget prihatin dan budget yang menyelusuri setiap benak nadi rakyat selaras dengan konsep 1Malaysia "Rakyat DiDahulukan Pencapaian Diutamakan". Dan dengan penuh sinis ketika PM mengakhiri ucapan, YB2 PR pakat2 angkat Buku JingGay dorang sebagai suatu kebanggaan yang Budget mereka lebih baik dari budger PM atau anggapan mereka Budget PM meniru Buku JingGay melik PR. Persoalannya, bukan siapa tiru siapa, tapi adalah siapa yang berhak membentangkan budget tersebut berlandaskan kepada kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan yang sepatutnya.



Seharusnya puak2 PR ni berpijak di bumi yang nyata, bahawa mereka belum lagi mendapat mandat daripada rakyat, bukan kesalahan kepada kerajaan jika Budget tersebut lebih kurang atau lebih baik daripada Budget PR yang terdapat pada buku JingGay. Yang salah adalah mereka, kenapa pengarang beranggapan demikian? jawapannya mudah sahaja, Yang PR tu pergi minta puji buat Budget tu Siapa suruh.... Dorang ka yang berkuasa sekarang ni? Budget tu berfungsi ka? Budget tu dapat persetujuan rakyat secara keseluruhan kah? Siapa yang membentu kerajaan sekarang ni, BN atau PR? ... maka banyak lagi persoalan2 yang perlu dijawab oleh Puak2 PR.



Buku JingGay pancing undi Rakyat Sabah....
Rakyat Sabah seharusnya sedar akan hakikat keikhlasan PR yang ingin membela Nasib rakyat sabah. Keikhlasan yang mereka laungkan sebenarnya hanyalah retorik yang bertujuan untuk memancing undi terutama dikerusi-kerusi parlimen yang boleh menjamin cita-cita rakus mereka untuk membentuk kerajaan. Hakikat bahawa PR sabah hanya bergantung kepada populariti tokoh-tokoh PR semenanjung tidak seharusnya dilupakan. Jangan pula lupa akan hakikat bahawa, YB PR yang ada disabah majoritinya dibarisi oleh mereka yang tidak berbakat dan berkebolehan... kenapa pengarang berkata sedemikian, sebabnya untuk berdebat dengan Adun tempatan pun PR sabah terpaksa import pendebat daripada semenanjung.... adakah pemimpin sedemikian layak untuk mewakili suara rakyat Sabah?

Skandal, gila kuasa, lompat parti, sabotaj parti dan keluar parti bila tidak dicalonkan sebagai calon adalah contoh yang terdapat pada barisan kabinet bayangan PR di Sabah. mereka berjanji dalam 100 hari akan menaikkan royalti minyak kepada Sabah sebanyak 20%, namun tidak pula menggariskan bagaimana agihan tersebut hendak direalisasikan. Hakikatnya duit tersebut akan disumbat masuk ke dalam poket-poket YB PR yang gila kuasa, kedudukan dan harta tersebut. Akhir sekali, nasib rakyat sabah tidak berubah seperti yang diharapkan, malah mungkin lebih teruk lagi daripada keadaan sebaliknya. Yang kaya YB dan Kroni PR dan rakyat akan lebih terhimpit.

 

No comments:

Post a Comment