Sperma Anwar:Rujukan Saintifik-Sperma Boleh Bertahan Selama 144 Jam


Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka – pakar DNA dari Australia – Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.
Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Yusof merujuk kepada artikel 1997 yang bertajuk ‘Sexual Assault and Semen Persistence’ yang ditulis oleh GM Willot dan JE Ellard dan telah diterbitkan dalam jurnal perubatan.

Yusof:
Berdasarkan jurnal ini, bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui air mani pada calitan kapas yang diambil dari dubur selepas empat hingga 113 jam?
McDonald: Saya bersetuju.
Menurut Malaysiakini:
“Dalam artikel pada tahun 1982, Ellard menyatakan penemuan bahawa air mani boleh bertahan selama 65 jam di dalam rektum. Perkara itu, bagaimanapun menjadi pertikaian di kalangan pengamal perubatan dan komuniti saintifik.”
Sebenarnya, kita tidak memerlukan rujukan dalam bahasa Siam semata-mata, seolah-olah tiada negara maju yang pakar dalam kajian air mani. Banyak jurnal forensik dalam Bahasa Inggeris yang berkaitan dengan kajian seumpama ini. Bidang forensik terutamanya berkaitan dengan kes rogol cuba menyelesaikan masalah mangsa teraniaya seperti Mohd Saiful Bukhari.
Penulis telah membuat beberapa rujukan daripada jurnal Forensik tentang hal berapa lama air mani boleh bertahan selepas berlakukanya persetubuhan. Dalam persoalan ini, ramai yang keliru sebenarnya antara wujud air mani dengan kesuburan air mani untuk mensenyawakan ovum. Kerana kekeliruan inilah, ramai yang menyangka bahawa sperma hanya boleh “wujud” kurang dari 48 jam. (klik sini)
Air mani boleh wujud dan dikesan oleh teknik forensik lebih lama dari jangka subur sperma untuk tujuan persenyawaan. Salah satu rujukan penulis menggunakan kaedah pengesanan “prostatic acid phosphatase” dan juga kaedah zink bagi tujuan forensik.(1)
Menurut kertas kerja tersebut, kaedah pertama mampu mengesan sperma dalam tempoh 106 jam dengan kadar spesifik dan kesensitivitian yang tinggi. Kaedah kedua mampu mengesan air mani lebih “tua” tetapi ketepatannya lebihrendah.
Kertas kerja yang disebut oleh Malaysiakini yang ditulis Willot GM dan Allard JE menyatakan bahawa sperma boleh wujud sehingga 144 jam selepas hubungan seks.(2)
Oleh itu, jika ada pihak yang cuba mempertikaikan kewujudan air mani pihak tertuduh di dalam dubur secara saintifik, maka ia adalah kurang bijak. Hanya spin ahli politik biasa boleh mengaburi rakyat marhain yang tidak berdosa.
Tetapi, “dia” merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah jualah sebaik-baik perancang..,
1. Allery JP , Norbert Telmon N, Blanc A, Mieusset R, Rougé D. Rapid detection of sperm: comparison of two methods.J Clin Forensic Med 2003: 10:5-7.
2.Willott GM, Allard JE. Spermatozoa: their persistence after sexual intercourse. Forensic Scince Int 1982;19:135–54.

No comments:

Post a Comment