PEMBANGKANG BIADAP DAN MACAM SIAL?

 
Parti politik pembangkang yang mengura-urakan mahu menukar Jalur Gemilang yang merupakan identiti negara telah bersikap biadap dan tidak menghormati simbol kebangsaan yang merupakan antara teras penyatuan rakyat, menurut beberapa pemerhati sosio-politik.

Mereka berpendapat kalaupun terdesak untuk cuba mengalihkan isu dan perhatian rakyat terhadap pelbagai kelemahan di kalangan pakatan pembangkang dan tokoh tertentu mereka, janganlah sampai menyentuh simbol-simbol negara yang sudah sekian lama dianggap suci.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abd Ghapa Harun berkata kebiadapan itu tidak boleh dimaafkan kerana yang tersirat disebaliknya ialah niat untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat demi kepentingan politik sempit mereka.

"Jalur Gemilang adalah hak seluruh rakyat Malaysia, begitu juga lagu kebangsaan dan setiap institusi lambang negara. Ia tidak boleh ditukar dengan mudah kecuali dengan alasan yang sangat kukuh dan mendapat persetujuan secara konsensus semua lapisan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini.

"Bercakap untuk menukar memang mudah, apatah lagi kalau sekadar untuk mencari publisiti murahan. Namun janganlah hal-hal seperti ini dijadikan mainan politik," katanya ketika diminta mengulas laporan media mengenai kenyataan Anggota Dewan Undangan Negari (Adun) Kota Alam Shah daripada DAP M. Manoharan bahawa pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.

Abd Ghapa menyifatkan dangkal fikiran dan buta sejarah bagi mana-mana rakyat Malaysia yang berniat menukar Jalur Gemilang hanya kerana bendera negara itu dianggap berkaitan dengan Umno dan sebagai pembangkang mereka berusaha untuk menghapuskan apa juga yang menjadi jejak Umno menerajui Malaysia sejak 54 tahun lepas.

"Mereka kurang ajar dan berfikiran dangkal kerana tidak faham sejarah dan tidak dapat membezakan antara simbol negara dengan simbol kerajaan dan parti pemerintah. Kalau bodoh, haruslah belajar lagi supaya tidak sewenang-wenangnya mempermainkan hal-hal seperti ini," katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain pula berpendapat kenyataan Adun DAP itu jelas menunjukkan kebiadapannya terhadap negara.

Beliau berkata sekalipun Adun itu tidak mahu menghormati kerajaan dan Umno, tetapi Jalur Gemilang yang mengandung imej perpaduan, raja-raja, kekuasaan dan negeri-negeri harus dihormati semua pihak termasuk pembangkang.

"Ini pada saya adalah satu perbuatan biadap. Kalau dia tak iktiraf bendera kita, bermakna dia juga tak iktiraf negara kita. Kerajaan patut ambil tindakan tegas terhadapnya.

"Bendera ini walau pun sehelai, tetapi mempunyai makna yang cukup besar kepada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan supaya tidak perlu lagi memberi respon dan melayan apa-apa kenyataan daripada pemimpin pembangkang kerana ia jelas bukan untuk kebaikan negara tetapi kepentingan sempit mereka sahaja.

"Mereka ini sebenarnya dah tak ada isu lain nak bawa. Mereka sepatutnya jadilah pembangkang yang baik. Banyak lagi isu yang boleh dibawa seperti isu pengangguran, ekonomi dan sebagainya.

"Kalau nak mencontohi Barat, isu seperti itu sudah sama-sama dihormati dan tidak lagi dibincangkan. Contohilah kematangan membincangkan perkara yang besar yang memberi manfaat kepada rakyat dan bukan bertindak kebudak-budakan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Seorang pemerhati sejarah Azli Abdullah kecewa kerana Adun yang mencapai kedudukannya atas dasar dan prinsip demokrasi serta keluhuran perlembagaan telah dengan sewenang-wenangnya membobrokkan simbol negara yang menunjukkan dengan jelas dia tidak mengerti 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.

"Rakyat perlulah berfikir panjang dalam pilihan raya akan datang sama ada wajar mengekalkan kedudukan seseorang Adun mahupun Anggota Parlimen yang hanya tahu menimbulkan polemik yang tidak perlu, menghuru harakan pemikiran rakyat, katanya.

Beliau bertanya apakah menimbulkan polemik menukar Jalur Gemilang dan mengherokan pengganas komunis merupakan sumbangan idea yang baik untuk kemajuan negara dan rakyat.

"Mudah untuk menyalahkan kerajaan yang setiap masa berhempas pulas untuk merangka dasar dan program pembangunan, menuduh korupsi dan sebagainya. Namun kenapa tidak menampilkan dasar dan program yang lebih baik dan langkah yang lebih berkesan? Malang nasib Malaysia mendapat pembangkang yang dangkal," katanya.

BERNAMA

http://blog2-barisan.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment