Tiga Bangunan PKNS Akan Di Jual...???


Tiga buah bangunan yang menjadi kebanggaan pkns di zaman pemerintahan bn dulu akan di ambilalih oleh amanah raya real estate investment trust (ARREIT) pada 1 januari 2012. kenapa pkns jual tiga bangunan itu?
Ada pembaca email kepada aku surat dari pihak pkns bahawa ruang perniagaan di kompleks pkns shah alam akan di naikan harga sewanya bergitu juga dengan ruang perniagaan di sacc mall dan bangunan menara pkns di petaling jaya.
Bila aku baca surat tu, pkns menyatakan tiga bangunan itu akan di ambilalih dan pkns akan naikkan sewan tapak perniagaan, timbul persoalan, kalau pkns dah jual bangunan tu kepada ARREIT berkuatkuasa januari 2012, kenapa pulak pkns yang beria-ia nak naikan sewa tapak perniagaan, sepatutnya selepas tarikh itu, segala urusan mengenai sewa tapak di uruskan oleh ARREIT. pahamnya kita bergitulah.
Apa pun pihak pengurusan pkns dan kerajaan negeri selangor perlu menjawab perkara ini, mengikut surat yang di hantar oleh pkns kepada peniaga, harga sewa tapak perniagaan naik sekali ganda dan ini amat membebankan penyewa.

Sumber: http://darulehsantoday.blogspot.com/2011/09/tiga-bangunan-pkns-akan-di-jual.html

No comments:

Post a Comment