UMNO IBARAT RUMAH TUMPANGAN SHAHELMEY


Isu berhubung status sebenar Ahli Parlimen P. 173 Putatan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat seharusnya tidak perlu untuk dibahaskan lagi. Gesaan Ketua Pemuda UMNO Putatan (Mohd Faizul Hafizie Sablee) yang menuntut penjelasan daripada Shahelmey berhubung pendirian dan kedudukan terkini beliau sama ada masih bersama UMNO atau sebaliknya, kini sudah tidak relevan lagi.

Apa yang tinggal untuk UMNO hanyala jasad YB Shahelmey sementara roh beliau ketika ini telah seratus peratus dengan PGRS. Berikut fakta sebenar kedudukan dan status beliau dalam UMNO;


1. YB Ir Shahelmy Yahya adalah proksi DS. Hajiji Noor. 

Fakta ini jelas kelihatan semasa PRN-16 lalu (26 September 2023), apabila nama beliau dicalonkan oleh kepimpinan UMNO, pencalonan beliau tidak mendapat sebarang tentangan daripada PPBM Sabah meskipun PPBM turut melobi kerusi berkenaan. DUN N.24 Tanjung Keramat adalah kerusi baharu dan semua pihak berminat serta berpeluang untuk memenangi kerusi berkenaan. Selain YB Ir. Shahelmy, terdapat beberapa orang lagi proksi DS. Hajiji Noor yang telah dan masih berada dalam UMNO dan Warisan. Ada antarnya telah bertindak lebih awal dan menyatakan sokongan ketika kemuncak Gerakan Kinabalu menemui kegagalan dan selebihnya mengambil keputusan untuk kekal dalam parti masing-masing. Puncanya tidak diketahui, namun itu adalah strategi politik jangka panjang DS. Hajiji Noor jika sesuatu berlaku kepada GRS pada masa akan datang.


2. Arahan DS. Hajiji Noor - Elak Dikenakan Akta Anti Lompat Parti

YB. Datuk Ir Shahelmy Yahya dengan semudahnya boleh menyertai PGRS sebelum Akta Anti Lompat Parti dibentangkan di Dun (25 Mei 2023), namun perkara tersebut terhalang kerana akta serupa lebih dahulu telah dilaksanakan dan terpakai bagi semua Ahli Parlimen. Akta Anti Lompat Parti yang dibentangkan pada 28 Julai 2022 menjadi penghalang kepada usaha YB Ir. Shahelmy untuk meninggalkan UMNO. Hal ini kerana, tindakan itu akan menyebabkan kedudukan beliau selaku Ahli Parlimen UMNO akan terlucut dengan sendirinya. Ironinya, situasi yang berlaku ini adalah berbeza dengan empat (4) ahli parlimen PPBM yang secara tiba-tiba boleh menjadi ahli GRS, meskipun surat kepada ibupejabat PPBM (03 November 2022) menyatakan sebaliknya. Perlu diingat, restu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) itu sendiri sangat membantu dalam meneutralkan antara halal dan haram dalam politik negara ketika ini.


3. Kedudukan Selaku Timb. Ketua Menteri III - Realiti Sebenar Kedudukan Beliau Dalam PGRS

Kedudukan selaku Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah adalah jawapan sebenar akan kedudukan beliau dalam PGRS ketika ini. Mungkin masih ramai yang ingat betapa sukarnya untuk UMNO merebut jawatan (Timb. Ketua Menteri Sabah), sehinggakan berlaku insiden tumbuk meja. Malah, portfolio Kementerian Kerja Raya Sabah yang lebih dahulu dipegang oleh Adun daripada PPBM (YB. DSP. Masidi Manjun) telah bertukar tangan kepada YB. DSP. Bung Mokhtar Radin kurang 3 jam selepas Majlis Angkat Sumpah Kabinet Sabah (29 September 2020).

Selaku proksi kepada DS. Hajiji Noor, adalah mustahil untuk Ketua Menteri melepaskan portfolio strategik seperti Kementerian Kerja Raya Sabah kepada parti komponen khususnya STAR dan PBS. Seperti yang telah didedahkan pada artikel terdahulu, Gagasan Rakyat (PGRS) mengamalkan dasar untuk tidak membenarkan mana-mana komponen GRS lebih kuat dan kukuh berbanding PGRS dari segi kouta kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi bahkan juga kekuatan sumber kewangan yang datang daripada portfolio strategik seperti JKR Sabah.


4. Jawatan Yang Tersedia Dalam PGRS

Tidak hanya jawatan Timbalan Ketua Menteri III, beliau juga merupakan Ketua Bahagian PGRS N.24 Tg. Keramat. Ketua Bahagian PGRS N.24 Ketika ini disandang oleh Ummar Ariff Bin Abu Bakar Yahya, adalah proksi kepada Datuk Ir. Shahelmy Yahya. Seperti yang telah dimaklumkan, Akta Anti Lompat Parti telah terpakai untuk Ahli Parlimen dan Adun, cara terbaik untuk memastikan jawatan beliau selaku Ketua Bahagian N.24 Tg Keramat kekal, seorang proksi perlu dinamakan, dan tindakan serupa turut dilakukan oleh PGRS kepada semua Adunnya yang menyandang dua kerusi (Parlimen dan Dun). Sehingga kini, terdapat seramai dua (2) Ahli Parlimen UMNO turut menjadi Adun iaitu Yb Shahelmy (P. 173 Putatan & N. 24 Tg. Keramat) dan YB Andi Suryadi (P. 191 Kalabakan & N. 71 Tg Batu). 

Dapat dirumuskan, YB Ir Shahelmy Yahya hanya menjadikan UMNO sebagai rumah tumpangan dan menunggu untuk diusir sepenuhnya daripada UMNO secarah sah.  Jika UMNO bertindak memecat YB Ir Shahelmy, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan terhadap kedudukannya selaku MP dan Adun sehingga PRN-17 yang dijangka tahun hadapan (2024) dan PRU-16 akan datang. Keadaan ini menjadikan PGRS kini memiliki enam (6) kerusi Parlimen sekaligus Gabungan GRS memiliki keseluruhan 8 kerusi Parlimen (PGRS: 6, STAR: 1 dan PBS: 1)



RUJUKAN

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest #SAVEGAZA #GAZA #PALESTINE #FREEPALESTINE

No comments:

Post a Comment