SKANDAL PROJEK PERLOMBONGAN PASIR SILIKA: BAHAGIAN 2


Sumber dipetik: FB Edisi Panas Sabah

Laporan Risikan (Edisi 2) 
10 Oktober 2023 

SALAH GUNA KUASA KETUA MENTERI SABAH - 2

Merujuk Laporan Risikan 05 Oktober 2023 berhubung skandal bersekongkol (Hajijl dan Thomas) menyeleweng tanah yang dipenuhl pasir silika seluas (2,393 ekar / 968.4 hektar) di Pulau Balambangan. Kudat.

1. Difahamkan SPRM telah memanggil Y AB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor selaku Ketua Menter Sabah bagi membantu siasatan berhubung skandal tersebut.

2. Dato' Sri Thomas Hah Tiing Siu (No. H/p: 016 - 870 0005) suspek utama dipercayai telah menghilangkan diri, SPRM gagal menghubungi beliau.

3. Gamber terkini yang menunjukkan hubungan yang sangat rapat antara (Hajiji den Thomas), gambar pertama mereka berdua makan malam di sebuah restoran di Kota Kinabalu dan gambar kedua mereka berada di dalam sebuah resloran di Dubai (Lamplran J1 ). 

4. Merujuk berita (PNGI Central) hltps://pngicenlral.org/re ports/more­lqgglog-lodustry-abuses-exR(!sed-lbis-llm!1•in-new-ireland/ bertarikh 11 April 2022 (Lamplran K1 ), (Thomas) merupakan dalang tertibat dalam slndlket Jenayah pencurlan kayu balak di Negara Papua New Guinea. 

5. Merujuk Surat Tawaran daripada Kumpulan Yayasan Sabah dengan no. rujukan: ICSB/CBDD/SILICA/Vol.11 (3) bertarikh 20 Januari 2023 bagi kelulusan projek pengkuarian pasir silika seluas 1,618 hektar di Pulau Balambangan, Kudat (Lampiran L1) dlberikan kepada Innovate Platinum Sdn. Bhd. 1351115-H (Lampiran C4) sebuah syarikat yang dimiliki oleh (Thomas). 

6. Pada masa yang sama, Innovate Platinum Sdn. Bhd. (Lamplran C4) merupakan salah sebuah syarikat daripada 4 syarikat yang memperoleh kelulusan tanah seluas 234 hektar bagi tujuan (Penternakan kambing / Goat farming) di Pulau Balambangan, sila rujuk surat kelulusan Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah JKM.PHB:600-1/3/1/5/5/(14) (Lampiran 04) dan surat kelulusan Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah L.S.531.1.67/(18) (Lamplran E4 ).

7. Perkara di atas adalah mustahil dan tidak logik bagi sebuah syarikat menjalankan aktiviti pengkuarian pasir silika dan penternakan kambing di atas tanah yang sama dan bersebelahan, sifat serta modal 2 perniagaan tersebut adalah sama sekali bertentangan.

8. Perkara ini sangat jelas bahawa (Hajiji) bersekongkol dengan (Thomas) memanipulasi tujuan kegunaan tanah kepada penternakan kambing yang langsung tidak wujud, mereka berdua hanya berniat jahat untuk menyeleweng tanah yang dipenuhi pasir silika yang bernilai harga tinggi. 

9. Merujuk hasil semakan terkini, perairan dikelilingi Pulau Balambangan telah digazetkan sebagai Tun Mustapha Marine Park sejak 19 Mei 2016 (Lampiran M1), mengapa (Thomas) boleh mendapat kelulusan pengkuarian pasir silika yang bercanggah dengan warta kerajaan tersebut. 

10. Berdasarkan penerangan dan bukti yang kukuh di atas, kegiatan (Hajiji dan Thomas) amat mencurigakan, tingkah laku (Hajiji) terbukti mempunyai elemen dan unsur salah guna kuasa dalam skandal ini, selaku Ketua Menteri Sabah langsung tiada integriti dan amanah.

11. Laporan Risikan (Edisi 2) ini mengulurkan maklumat tambahan berdasarkan fakta dan asas, segala bukti maklumat yang diperoleh adalah melalui kerja-kerja risikan yang dilakukan. 

12. Sekiranya mempunyai sebarang keraguan, sila rujuk semula Laporan Risikan 05 Oklober 2023 sebanyak 84 muka surat yang lengkap.

Seklan, terlma kasih.


LAMPIRAN LAPORAN ASAL

Laporan format PDF: Scribd






















No comments:

Post a Comment