SKANDAL PROJEK PERLOMBONGAN PASIR SILIKA: BAHAGIAN 1



SALAH GUNA KUASA KETUA MENTERI SABAH: 1

Kecoh berhubung skandal membabitkan Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Sri Hajiji Noor berhubung kait dengan projek perlombongan pasir silika. Berikut antara kandungan laporan 84 muka surat yang dipetik daripada channel Telegram Edisi Panas Sabah;

Skandal ini dalam perhatian YAB. Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia dan difahamkan Ketua Pesuruhjaya SPRM telah diarahkan untuk membuka kertas siasatan terhadap tuduhan ini.

Pembongkaran skandal salah guna kuasa YAB. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah telah meluluskan 6 permohonan tanah yang melibatkan keseluruhan (2,393 ekar / 968.4 hektar).

1. Ketua Menteri Sabah (Hajiji) mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan seorang usahawan dari Sarawak yang bernama Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu (No. k/p: 690826-13-5595), sila rujuk bukti gambar-gambar
(Lampiran A1).

2. Januari tahun ini (Hajiji) telah memberi kelulusan kepada (Thomas) berhubung projek perlombongan pasir silika di atas tanah hak milik Yayasan Sabah seluas 2,418 hektar di Pulau Balambangan, Kudat.

3. Dikeliling tanah Yayasan Sabah tersebut terdapat tanah kerajaan yang agak luas dan dipenuhi pasir silika serta masih belum mempunyai status pemilikan. Awal tahun ini (Thomas) telah bersekongkol dengan (Hajiji) menggunakan sebuah syarikat yang bernama Dayang Aurora Sdn. Bhd. untuk memohon 2 tanah di atas pulau tersebut dengan keluasan 30 ekar (LA.20-22050499) dan 50 ekar (LA.20-22050500) atas alasan tujuan pertanian bernilai ekonomi.

4. Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) telah memberi surat kelulusan 2 tanah di atas kepada Dayang Aurora Sdn. Bhd. (2 surat tarikh yang sama 16 Mac 2023) secara pajakan 99 tahun (Lampiran B1, B2)

4.1 Surat kelulusan (JTU)
30 ekar L.S.501.1.5271/11 (B1)

4.2 Surat Kelulusan (JTU)
50 ekar L.S.501.1.5272/11 (B2)

5. Setelah (Thomas) menembus dan memperoleh kelulusan 2 tanah di atas, beliau mula berkomplot dengan (Hajiji) merancang untuk menyeleweng
kesemua tanah yang mempunyai rizab pasir silika di atas pulau tersebut.

6. Untuk makluman, selaku Ketua Menteri Sabah mempunyai bidang kuasa
untuk meluluskan permohonan tanah tidak melebihi jumlah keluasan 600 ekar/ 242.8 hektar tanpa kelulusan Jemaah Kabinet, jika keluasan tanah melebihi daripada jumlah yang ditetapkan adalah wajib memperoleh persetujuan dan kelulusan Jemaah Kabinet Sabah.

7. Mereka berdua telah bersekongkol menggunakan taktik yang sangat licik untuk menyeleweng tanah seluas 936 hektar yang dipenuhi pasir silika. Bagi mengelak permohonan tanah tersebut dibentangkan ke Jemaah Kabinet Sabah serta (Hajiji) berkuasa untuk meluluskan permohonan tanah tersebut,
mereka berdua telah memecahkan permohonan tanah tersebut kepada 4 pemohon syarikat dan memanipulasi tujuan kegunaan tanah kepada (Penternakan kambing / Goat farming), setiap syarikat masing-masing mengemukakan permohonan 234 hektar tanah dalam satu masa yang sama.
Berikut merupakan 4 no. pendaftaran permohonan tanah (LA.20-23050068 /
LA.20-23050067 / LA.20-23050066 / LA.20-23050069).

8. (Thomas) telah membeli 4 syarikat baru tersebut (Lampiran C1, C2, C3, C4 maklumat SSM) daripada seorang (Company secretary) yang bernama Wong King Tung (No. k/p: 721019-13-5483) pejabat beralamat di Iramanis Centre, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

8.1 Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. 1447216-X, (C1)
(Thomas) merupakan pengarah tunggal (Dilantik pada 12-01-2022)
Pemegang saham: (Thomas) 80%
Incorporation date: 12-01-2022
Nature of business: Tour operator activities; growing of pineapple
Paid up capital: Rm100

8.2 Dayang Aurora Sdn. Bhd. 1351109-A, (C2)
(Thomas) merupakan pengarah tunggal (Dilantik pada 14-01-2022)
Pemegang saham: (Thomas) 100%
Incorporation date: 19-11-2019
Nature of business: Wholesale of a variety of goods
Paid up capital: Rm100

8.3 Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. 1351140-U, (C3)
(Thomas) merupakan pengarah tunggal (Dilantik pada 09-05-2022)
Pemegang saham: (Thomas) 100%
Incorporation date: 19-11-2019
Nature of business: Wholesale of a variety of goods
Paid up capital: Rm100

8.4 Innovate Platinum Sdn. Bhd. 1351115-H, (C4)
(Thomas) merupakan pengarah tunggal (Dilantik pada 18-01-2022)
Pemegang saham: (Thomas) 80%Incorporation date: 19-11-2019
Nature of business: Mining and quarrying of siliceous fossil meals
Paid up capital: Rm2,000,000

9. Merujuk kepada maklumat SSM yang diperoleh, 4 syarikat di atas merupakan syarikat yang baru diambil ahli oleh (Thomas) dan sifat perniagaan 4 syarikat tersebut langsung tidak kena mengena serta tidak mempunyai sebarang latar belakang dan kemampuan kewangan dalam industri penternakan kambing.

10. 4 syarikat di atas berjaya memperoleh surat kelulusan tanah tidak melebihi
234 hektar (4 surat tarikh yang sama 30 Jun 2023) daripada Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri Sabah kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur untuk memberi kelulusan tanah tersebut (Lampiran D1, D2, D3, D4).

10.1 Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/2/(14), (D1)

10.2 Dayang Aurora Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/3/(15), (D2)

10.3 Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/4/(14), (D3)

10.4 Innovate Platinum Sdn. Bhd. JKM.PHB:600-1/3/1/5/5/(14), (D4)

11. Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur telah memberi surat kelulusan tanah tidak melebihi 234 hektar (4 surat tarikh yang sama 18 Julai 2023) secara pajakan 99 tahun bagi tujuan penternakan kambing kepada 4 syarikat masing-masing di bawah (Lampiran E1, E2, E3, E4).

11.1 Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. L.S.531.1.66/(19), (E1)

11.2 Dayang Aurora Sdn. Bhd. L.S.531.1.65/(10), (E2)

11.3 Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. L.S.531.1.64/(19), (E3)

11.4 Innovate Platinum Sdn. Bhd. L.S.531.1.67/(18), (E4)

12. Untuk makluman, bawah Rancangan Malaysia Kesebelas, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah melakukan kajian dan eksplorasi berkenaan rizab pasir silika di Pulau Balambangan, Kudat pada tahun 2018. Menurut laporan mereka (JMG.SBH(MPI)4/2019) sebanyak 77 muka surat (Lampiran F1 sebanyak 5 muka surat yang penting), kesemua tanah yang diluluskan kepada (Thomas) dengan jumlah keluasan (2,393 ekar /968.4hektar) merupakan kawasan yang dipenuhi rizab pasir silika.

13. Merujuk pelan kawasan (Lampiran G1) dapat dilihat dengan teliti dan jelas bahawa kesemua tanah yang diluluskan kepada (Thomas) dikelilingi oleh laut dimana tanah tersebut dipenuhi pasir silika, tidak banyak tumbuhan atau rumput yang boleh diberikan kepada kambing sebagai makanan. Selain itu, tiada sumber air tawar dikeliling kawasan tersebut yang boleh dijadikan sebagai sumber air bersih untuk keperluan dan minuman kambing.

14. Disamping itu, tiada sebarang penempatan manusia, tiada hubungan telekomunikasi dan tenaga elektrik di kawasan tersebut. Adalah mustahil bagi (Thomas) untuk membina ladang penternakan kambing melibatkan tanah seluas (2,393 ekar / 968.4 hektar) dimana ladang tersebut berkemungkinan merupakan ladang yang terbesar di Asia.

15. Setelah (Thomas) memperoleh 6 kelulusan tanah di atas, beliau sekali lagi berkomplot dengan (Hajiji) dan telah mencuba untuk mengemukakan 2 permohonan tanah yang baru seluas 590 ekar dan 550 ekar (Lampiran H1, H2) di sekeliling kawasan tersebut.

15.1 Innovate Platinum Sdn. Bhd. LA.20-23050487 590 ekar (H1)

15.2 Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. LA.20-23050488 550 ekar (H2)

16. Sehubungan itu, 2 permohonan tersebut telah dibentangkan dalam Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Kudat (LUC) pada bulan Ogos tahun ini. Untuk makluman, mujur YB. Dato’ Verdon Bin Bahanda selaku
Ahli Parlimen Kudat pertama kali menghadiri mesyuarat (LUC) tersebut. Beliau telah mencurigai dan menggugurkan 2 permohonan tersebut oleh kerana tujuan 2 permohonan tersebut tidak masuk akal dan amat meragukan.

17. Sekiranya projek mega penternakan kambing ini adalah wujud dan sahih, mengapa rancangan ini sama sekali tidak diketahui agensi-agensi kerajaan, tidak diumum dan dimaklumkan kepada media serta masyarakat Sabah.

18. Selain itu, mengapa kelulusan tanah dipecah kepada beberapa permohonan syarikat yang dimiliki individu yang sama serta dibawah bidang kuasa kelulusan (Hajiji) perseorangan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa mereka berniat untuk mengelak dan tidak mahu perkara yang amat mencurigakan ini dibentangkan kepada Jemaah Kabinet disebabkan Menteri-Menteri dalam Jemaah Kabinet Sabah akan mempersoal dan menolak permohonan yang tidak berasas ini.

19. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa tiada sebarang projek penternakan kambing yang diwujudkan, niat (Hajiji) bersekongkol dengan (Thomas) hanya untuk menyeleweng tanah yang mempunyai pasir silika yang
bernilai harga tinggi, setelah mendapat hak milik tanah tersebut, mereka akan memohon untuk menukar syarat kegunaan tanah dengan menggunakan kaedah Jadual B untuk menggali dan menjual pasir silika yang berada di kawasan tersebut.

20. Berdasarkan risikan kami, (Thomas) telah berjumpa dengan (Lin Hai) iaitu
seorang individu Republik rakyat China, presiden kepada SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. 1447479-D sebuah syarikat yang kini tengah menjalankan perlombongan pasir silika di Sikuati, Kudat serta dalam proses pembangunan kilang pembuatan (Panel solar) yang besar di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP). (Thomas) telah menawarkan kesemua 6 kelulusan tanah tersebut untuk dijual kepada SBH Kibing dengan harga Rm300 juta. Namun, SBH Kibing hanya berminat dengan harga pembelian sebanyak Rm200 juta.

21. Berdasarkan segala justifikasi, penerangan dan lampiran bukti di atas,skandal ini jelas menunjukkan elemen dan unsur salah guna kuasa,(Hajiji) bersekongkol dan melakukan perbuatan jenayah bersama (Thomas) serta
mempunyai niat yang jahat untuk menyeleweng kesemua tanah tersebut dengan bersetuju dan meluluskan tanpa sebarang prejudis sehingga melanggar piawaian dan amalan yang ditetapkan.

22. Pihak kami percaya bahawa skandal ini pasti melibatkan jenayah rasuah dan sogokan diantara (Hajiji) dan (Thomas).

23. (Hajiji) selaku Ketua Menteri Sabah telah melakukan kesalahan yang besar, beliau telah mengkhianati mandat dan hak rakyat Sabah dengan menggadaikan tanah kepada orang luar untuk kepentingan peribadi.

24. Disyorkan (Hajiji) dan (Thomas) disiasat dan dibawa ke muka pengadilan, terutamanya (Hajiji) sebagai ketua negeri harus dituduh bawah Akta Salah Guna Kuasa (Seksyen 23 ASPRM 2009).

Sekian, terima kasih.

Laporan penuh:

Sumber Dipetik Daripada;
Edisi Panas Sabah: Telegram
Edisi Panas Sabah: Facebook




No comments:

Post a Comment