AIR TIADA: HAJIJI-GRS TIADA GUNA


Sejak GRS/PH mentadbir Sabah, isu gangguan bekalan air semakin kerap berlaku berbanding dahulu. Hampir setiap minggu berlaku gangguan bekalan air yang ada kalanya sehingga berhari-hari tanpa tindakan proaktif daripada kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PGRS dan Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor. Kerajaan negeri dilihat sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga berhubung isu ini. Seringkali apabila berlaku gangguan bekalan air dan elektrik, rakyat diminta bersabar dan tidak mempolitikkan isu berkaitan gangguan bekalan air yang semakin kerap sejak Hajiji dan GRS mentadbir negeri selepas PRN-16 (26 September 2020).

"Saya harap rakyat memahami situasi yang dihadapi dan saya menggesa supaya perkara ini tidak dipolitikkan.                    
Datuk Seri Hajiji Noor: BHarian Online (19 Mei 2023)


Kawasan yang terjejas teruk dengan gangguan bekalan air termasuklah Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri (Kota Kinabalu), Sepanggar, Putatan dan Kinarut (Papar). Malah krisis gangguan bekalan air bukanlah asing bagi rakyat Sabah kerana ia turut berlaku hampir di keseluruhan negeri terutama di kawasan Pantai Timur Sabah (Kalabakan, Tawau, Semporna , LD, Kinabatangan, Sandakan, Libaran dan Beluran). Rakyat di kawasan terjejas melahirkan kekecewaan dengan pendekatan urus tadbir Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Hajiji - GRS berhubung dengan permasalahan ini yang semakin kritikal dan tidak berpenghujung.


Lebih memilukan apabila terdapat kawasan yang terjejas teruk, tidak mendapat bekalan air dari lori tangki Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Hanya pusat pentadbiran, premis Kerajaan, kediaman YB Ketua Menteri, Ahli Parlimen dan YB ADUN, akan menerima bekalan air daripada JANS sepertimana kenyataan Timbalan Ketua Menteri III YB. Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya .

"Sekiranya bangunan atau premis kerajaan mengalami masalah gangguan bekalan air, JANS akan menghantar lori air".
Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya (Utusan Borneo: 08 Ogos 2023)

Kenyataan ini mencerminkan wajah sebenar pentadbiran Hajiji-GRS, bahawa hanya kelompok atasan yang akan menerima pembelaan sewajarnya berbanding rakyat marhaen. Premis kerajaan termasuk kediaman YB, akan menerima bekalan air daripada lori tangki JANS, sementara rakyat terpaksa mencari ikhtiar sendiri. Hakikatnya, bil air perlu dibayar mengikut ketetapan JANS, meskipun gangguan bekalan air tiada penyelesaian sehingga sekarang.

Keputusan Kerajaan Negeri menerusi JANS yang tidak membenarkan lori tangki swasta yang mengenakan caj berlebihan untuk membeli dan menghantar bekalan air kepada pihak industri dan kawasan kediaman, semakin menghimpit dan menyusahkan rakyat. Beliau sendiri turut mengakui, bahawa JANS berhadapan dengan kekurangan lori air dan terpaksa menggunakan khidmat lori tangki swasta untuk membekalkan air di kawasan terjejas dengan kadar bayaran yang ditetapkan oleh JANS dan bukannya oleh syarikat lori tangki swasta seperti kebiasaannya. Namun demikian, rakyat yang tinggal di kawasan taman perumahan dan kampung tidak menerima sebarang bekalan air daripada JANS.

Jaminan daripada Menteri Kerja Raya Sabah bahawa kerja-kerja pemulihan yang digerakkan oleh JANS bermula Jun sehingga kini, telah berjaya menstabilkan tekanan air di ibu negeri dan kawasan sekitarnya, hanya indah khabar dari rupa. Hakikatnya, adalah sebaliknya, dengan kekerapan gangguan bekalan air ketika ini lebih buruk berbanding sebelumnya. Jika dahulu gangguan bekalan air sekitar 1-3 hari, tapi kini gangguan bekalan air ada kalanya lebih seminggu. Meskipun dahulu rakyat bergantung harap kepada lori tangki swasta yang mengenakan caj yang mahal, namun bekalan air sentiasa tiba pada masa yang ditetapkan berbanding bekalan air daripada JANS ketika ini. Terdapat kawasan yang langsung tidak menerima bekalan air daripada lori tangki JANS.

Isu kelemahan urus tadbir JANS yang menjadi punca kelewatan pelaksanaan Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 2, paip air yang usang, 60 peratus non revenue water yang berpunca daripada kecurian air oleh pihak industri dan kawasan setinggan serta skandal rasuah JANS yang masih dalam proses perbicaraan Mahkamah, adalah antara punca yang dikenal pasti menyumbang kepada krisis gangguan bekalan air di Sabah. Namun kenyataan berbentuk penafian dan menyalahkan pihak lain berhubung isu ini, bukanlah penyelesaian terbaik buat rakyat Sabah. Selaku Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor perlu turun padang memantau dan menyelesaikan segera isu ini dan bukannya hanya duduk berkurung di Pejabat Ketua Menteri Sabah.
 
Suatu yang tidak boleh diterima dek akal, apabila dalam mesyuarat AMT Parti PGRS (Jun 2023), DSP Hajiji Noor telah mengutarakan cadangan agar bekas Pengarah dan kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terlibat dengan skandal rasuah dan kini masih dalam perbicaraan Mahkamah diberi pelepasan untuk kembali bertugas seterusnya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang kritikal. Memang ada benarnya JANS lumpuh sepenuhnya sejak skandal JANS terbongkar. Ramai engineer dan kakitangan berpengalaman JANS telah digantung tugas sehingga perbicaraan Mahkamah selesai. Namun meletakkan kebergantungan kepada individu yang terpalit skandal rasuah dan masih dalam perbicaraan Mahkamah bukanlah langkah yang bijak. Selaku Ketua Menteri, beliau seharusnya memikirkan langkah yang lebih efektif dan bukannya mengambil jalan pintas yang bakal merugikan duit rakyat. 

Sumber: FB Mustapha Sakmud

Datuk Seri Hajiji Noor melahirkan kekecewaan dan marah dengan rakyat. Apabila berlaku sebarang permasalahan di peringkat negeri, maka Aspirasi Sabah Maju Jaya akan dipersalahkan. "Sabah Maju Jaya Air Tiada, Sabah Maju Jaya Elektrik Tiada, Sabah Maju Jaya Jalan Raya Berlubang" dan pelbagai lagi tohmahan rakyat terhadap Aspirasi Sabah Maju Jaya. Hakikatnya, apa yang diperkatakan oleh rakyat adalah realiti sebenar. 

Kenyataan DS. Hajiji Noor bahawa masalah gangguan bekalan air adalah masalah yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu, jelas membuktikan bahawa beliau lupa akan asal usul politik beliau. DS. Hajiji Noor sendiri adalah sebahagian daripada Adun dan Ahli Kabinet Sabah kerajaan terdahulu (UMNO-BN) sejak 1994 sehingga 2018. Jika kerajaan terdahulu dipersalahkan berhubung isu ini, maka tidaklah keterlaluan untuk mengatakan DS Hajiji-GRS adalah sebahagian daripada punca kegagalan JANS kerana beliau sendiri berada dalam kabinet negeri hampir 27 tahun termasuk kini selaku Ketua Menteri Sabah. 

Jangan salahkan rakyat bila mempersoalkan Apa Yang Hajiji Buat Sepanjang Menjadi Ketua Menteri? itu adalah persoalan bernas, nyata dan berlegar di kalangan rakyat di negeri ini. Tidak peka kepada permasalahan rakyat, kurang mendampingi rakyat, Ketua Menteri yang tiada fungsi bahkan ada yang menganggap Sabah seperti negeri yang TIADA KETUA MENTERI. Hajiji perlu berfungsi sebagai Ketua Menteri Sabah yang memberi manfaat tidak hanya kepada negeri Sabah bahkan yang lebih penting lagi adalah rakyat Sabah itu sendiri. Dampingi rakyat dan bukan hanya duduk berkurung di PPNS.

https://picasion.com/


RUJUKAN

BHarian Online, (19 Mei 2023): Kerajaan Sabah jamin selesai isu air, elektrik.

Mesyuarat AMT PGRS, (23 Jun 2023): Minit Mesyuarat AMT Bil. 3/2023. Perutusan YAB DSP Presiden/Perkara-1.7 (i-vii).




#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest



No comments:

Post a Comment