Ramai dari kalangan sahabat HM @ DKMSabah beranggapan bahawa keputusan aku meninggalkan sebuah parti yang baru setahun jagung meskipun Gagasan Rakyat (PGRS) itu sendiri dibarisi kepimpinan yang berkeupayaan, berkarismatik serta otai dalam arena politik Sabah, bukanlah suatu pilihan yang tepat. Namun aku yakin, sehebat mana sekali pun sesebuah parti, pasti akan tumbang jika amarah rakyat dipandang enteng oleh mereka yang selesa ditampuk kekuasaan politik. Tiada apa yang hendak dibanggakan pada sebuah parti baharu apabila Presidennya yang juga merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan bangganya mengisytiharkan keahliannya kini mencecah hampir 200 ribu ahli dan yakin akan bertambah kepada 300 ribu orang menjelang penghujung tahun 2023. Mungkin selaku bekas ahli UMNO dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam arena politik negeri, menjadikan beliau terlupa bahawa UMNO yang gah dengan keahlian 3,391,236 ahli seluruh Malaysia hanya mampu memperoleh 26 kerusi Parlimen pada PRU-15 yang lalu.
Berikut disenaraikan 10 faktor aku nekad meninggalkan PGRS;
1. Keikhlasan Dibalas Pengkhianatan
Di awal penglibatan dengan PPBM, meskipun bertindak sebagai freelance, namun keikhlasan menjadi keutamaan dalam membantu menumbangkan Warisan/PH pada PRN-16 selain turut dipengaruhi oleh faktor dendam. Teman yang menarik penglibatan serius aku dalam politik dan PPBM Sabah, menjadi duri dalam daging. Benarla orang kata, politik itu cuma ada dua (2) sama ada diguna atau dipergunakan dengan objektif akhir daripadanya sama ada berpaksikan individualistik mahupun kolektif. Akhirnya individualistik membunuh kepercayaan aku bahawa, dalam politik masih ada orang yang benar-benar jujur dan ikhlas serta mendahulukan kepentingan bersama melebihi diri sendiri. Segalanya hanya indah khabar dari rupa. Terima Kasih Kipa @ Putung atas pengkhianatan dan penipuan.
PRU-15 seharusnya aku tidak terlibat secara langsung, namun setelah 3 kali rayuan daripada manusia yang aku hormat untuk aku terlibat membantu PPBM Sabah, akhirnya aku akur dengan meletakkan aspek Kepercayaan. Sekali lagi selepas PPBM/GRS menang PRU-15, terasa seolah diri dikhianati dan apa yang dijanjikan tidak ditunai. Ibarat habis madu sepah dibuang. Terima kasih Datuk Bob atas dua (2) janji manisnya termasuk data yang tidak pernah wujud (bekerja sebagai penganalisa tapi data yang dijanjikan tidak wujud).
2. Insan Kecewa Dan Mengaus?
Jika selepas ini ada orang-orang GRS dan PGRS menuduh bahawa aku mengaus dan orang yang kecewa kerana tidak dapat sesuatu, maka mereka silap. Untuk rekod 2022 aku ditawarkan Bintang Kinabalu (B.K.) dan 2023 juga ditawarkan Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.) sebagai mengiktiraf sumbangan membantu PPBM dan GRS memenangi PRN-16 dan PRU-15. Kedua-dua pingat tersebut aku tolak kerana prinsip aku konsisten dari dulu hingga sekarang, beri pingat kepada mereka yang selayaknya dan bukan sewenangnya.
Selain itu, aku meninggalkan GRS dengan gaji RM5,000.00 yang di bayar oleh SMJ Media Sdn Bhd (antara Media rasmi Ketua Menteri Sabah) dan Sabah Net. Kewujudan SMJ Media Sdn Bhd itu sendiri datang dari hasil tangan aku menjawab pelbagai isu ketika di PPNS, meskipun gaji tidak dibayar walaupun sesen. Selain itu, aku turut ditawarkan menjadi ahli PGRS dengan keahlian Dun Darau Sepanggar. Kesemuanya aku tolak kerana rasa tidak puas hati selain melihat sendiri kerosakan yang berlaku di depan mata. Jika aku mengejar pangkat, gaji dan kedudukan, nescaya aku masih berada dalam PGRS sehingga sekarang, namun aku nekad untuk keluar kerana aku tidak lagi sanggup bersama dengan mereka yang jelas mengkhianati mandat rakyat.
3. Bubarnya PPBM dan Kerjasama PH Sabah
Jelas perjuangan dan usaha menumbangkan Warisan/PH selama ini menjadi sia-sia, dengan tindakan PGRS bekerjasama dengan PH. Tindakan tidak berprinsip dengan meninggalkan PPBM Sabah dan mengambil alih PGRS seterusnya kerjasama PGRS/GRS menyokong PH di peringkat Persekutuan dan sokongan PH Sabah demi menjamin kestabilan politik negeri, menjadi faktor penolak untuk aku meninggalkan PGRS. Mengambil kira situasi politik, ekonomi dan urus tadbir Kerajaan Madani yang cacamarba, maka lahirnya keinginan untuk melihat kembalinya Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) memimpin negara. Era pemerintahan TSMY jauh lebih berkebajikan berbanding Kerajaan Madani yang ada hari ini. Kerajaan yang kecelaruan identiti antara tindakan selaku kerajaan ataupun pembangkang. Apa yang pasti, tindakan Kerajaan Madani ketika ini seratus peratus berorientasikan pembangkang.
4. Hajiji Tiada Karismatik Selaku Ketua Menteri Sabah
Perjanjian 3 Abdul, pengkhianatan terhadap PN, pengambil alihan PGRS, Ahli Parlimen anak bulan, lompat parti yang direstui sebelum Akta Anti Lompat Parti dibentangkan di DUN, serta isu infrastruktur dan kos sara hidup yang terus menghimpit rakyat, antara faktor mengapa ketokohan Hajiji dipersoal. Selepas PRN-16 (2020), tidak ada sebarang pembangunan yang jelas untuk Sabah selain daripada krisis politik yang tidak berpenghujung. Pelbagai sajian gula-gula politik disajikan khusus untuk YB Adun dan Ahli Parlimen yang sanggup mengorbankan prinsip dan harga diri dalam politik. Tidak termasuk lagi jawatan dalam parti dan GLC menanti mereka yang sanggup curang terhadap mandat yang diberikan oleh rakyat. Segalanya berlaku di hadapan mata tanpa perlu didedahkan satu persatu oleh orang-orang PGRS. Demi mengekalkan kerusi empuk Ketua Menteri Sabah, pelbagai kecurangan sanggup dihalalkan.
5. Dasar Populis Lebih Dipopularkan Berbanding Objektif Yang Terbuku Dalam Manifesto
Pembinaan Jambatan Labuan, Kabotaj Polisi dan Harga Barang, Royalti Minyak 20% dan lain-lain lagi menjadi antara aku janji GRS semasa PRN-16 dan PRU-15, kesemua janji tersebut semakin tidak kedengaran berbanding inisiatif kecil bersifat populis yang lebih disensasikan oleh cybertrooper PGRS. Walhal jika royalti minyak 20% berjaya direalisasikan, tidak mungkin lagi Sabah terpaksa meminta-minta dana untuk menaiktaraf sistem pengairan dan Jalan raya yang semakin usang tinggalan kolonial British. Malah pelbagai inisiatif kecil yang bersifat populis tadi boleh dilaksanakan dalam skala yang lebih besar dan memanfaatkan lebih ramai rakyat dan anak-anak Sabah jika royalti minyak 20% berjaya direalisasikan. Namun kini, Aspirasi Sabah Maju Jaya yang tidak kelihatan apa yang maju di negeri Sabah ini, terus diangkat dan dibangga-banggakan.
Infrastruktur bekalan air yang sering terganggu, caj elektrik yang semakin meningkat, jalan raya bagaikan di bulan, harga barang dan kos sara hidup dengan gaji kecil di Sabah, seakan menjadi penyakit tiga serangkai yang terus menghimpit dan membunuh rakyat sedikit demi sedikit. Kerajaan bersilih ganti, namun kesudahannya ahli politik juga yang kaya raya dan hidup senang berbanding rakyat. Perjuangan untuk menyedarkan rakyat menolak ahli politik yang tidak berfungsi dan tidak memberi perkhidmatan yang sewajarkan kepada rakyat, tidak akan terhenti dan akan diteruskan. Rakyat berhak menikmati setiap ringgit dan sen daripada hasil negeri mendepani cabaran hidup yang semakin getir ketika ini. Yang diumum dan digembar-gemburkan, pendapatan negeri berbillion, walhal rakyat tidak merasa walau sesen pun daripada hasil tersebut. Apa ada pada kerajaan sebegini?
6. Prinsip Politik Ibarat Lalang
Pendirian politik yang tidak konsisten (sekejap menyokong PN dan sekejap menyokong Kerajaan Madani) menjadi cerminan sebenar pendekatan politik lalang DSP Hajiji Noor selaku Presiden PGRS merangkap Pengerusi GRS. Malah tanpa rasa bersalah kepada pengundi, Beliau mengaku bahawa empat (4) Ahli Parlimennya ketika PRU-15 lalu, bertanding atas tiket GRS dan bukannya PPBM. Hakikatnya komponen GRS itu sendiri terdiri daripada PPBM, STAR, PBS, SAPP dan USNO yang berkerjasama dalam satu gabungan GRS pada PRU-15 yang lalu. PGRS hanya wujud dan menjadi bualan selepas Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat telah terbentuk. Hakikat ini perlu diketahui oleh rakyat dan akan didedahkan pada artikel berikutnya, termasuk kewujudan Ahli Parlimen Anak Bulan.
7. Keputusan Berilhamkan Gabungan Parti Sarawak (GPS)
Sebarang keputusan melibatkan kepentingan negeri yang dibuat oleh DSP Hajiji Noor adalah copy and paste keputusan dan pendekatan yang diguna pakai oleh negeri jiran (Sarawak). Bukan sekadar diikuti bahkan dimodifikasi oleh pentadbiran Sabah, khususnya berkaitan dengan kepentingan negeri agar Kerajaan GRS/PH tidak ketinggalan dan dipandang lemah oleh rakyat. Antaranya, hak cari gali petroleum antara Petronas dan Kerajaan Sarawak, Sarawak Mengambil Alih Mas Wing untuk mengatasi isu harga tiket yang membebankan rakyatnya, Pendekatan dan kerjasama dengan parti politik di peringkat Pusat dan banyak lagi contoh. Kesemua dasar, pendekatan dan pelaksanaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak pastinya diikuti oleh GRS sepenuhnya atau dengan sedikit modifikasi. Janganlah hairan jika sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan pimpinan DSP Hajiji ketika ini menyamai pendekataan kerajaan Sarawak. Tidak keterlaluan untuk aku mengulangi bahawa DSP Hajiji Noor tiada kharisma seorang Ketua Menteri yang boleh dihormati dan dibanggakan oleh rakyat Sabah.
8. Nepotisme, Kronisme Dan Penyakit UMNO Yang Menebal Dalam PGRS
Umum mengetahui, hampir keseluruhan ahli PGRS yang ada ketika ini merupakan ahli UMNO yang bersama-sama Ketua Bahagian UMNO selepas PRU-14 (2018) meninggalkan parti seterusnya menjadi ahli Bebas sebelum menyertai PPBM. Mereka kemudiannya beramai-ramai bertindak keluar PPBM (2022) untuk menyertai PGRS pasca pembentukan Kerajaan Perpaduan Madani dan setelah tersebarnya perjanjian 3 Abdul yang memalukan. Sama seperti UMNO, PGRS turut mewarisi penyakit nepotisme dan kronisme dalam lantikan politik khususnya perjawatan dalam Kerajaan Negeri dan GLC. PGRS yang terlihat kukuh dalam gabungan GRS, sebenarnya meragui kesetiaan parti komponen dalam gabungan itu sendiri, maka tidak hairanlah jika PGRS dilihat lebih dominan dalam GRS. Ini adalah penyakit UMNO dalam BN yang kini diwarisi oleh PGRS.
DSP Hajiji turut berusaha untuk mengangkat anak beliau menjadi calon Ahli Parlimen P. 170 Tuaran pada PRU-15. Meskipun GRS sepakat untuk PBS bertanding di kerusi berkenaan, namun ia tidak direstui oleh anak DSP Hajiji yang seterusnya mengundang kepada kekalahan luar jangka PBS di kerusi Tuaran. Terlalu banyak untuk diceritakan pada pendedahan berikutnya bagaimana PBS kalah tidak hanya di kerusi P.170 Tuaran bahkan juga P.168 Kota Marudu. Fakta ini bukanlah rahsia dan telah diketahui umum khususnya pengundi dan ahli PPBM Tuaran ketika itu termasuk Armada PPBM. Apa yang berlaku ini adalah strategi politik licik PGRS untuk melemahkan komponen yang dilihat bakal memberi ancaman besar kepada PGRS suatu hari nanti. Tidak hanya PBS, STAR, SAPP dan USNO turut berada dalam radar PGRS untuk dilemahkan sekaligus merealisasikan pendekatan UMNO dalam BN, iaitu menjadi komponen terkuat dan dominan dalam gabungan tersebut (Abang Besar).
9. Halatuju Pentadbiran Tidak Mengutamakan Rintihan Rakyat
Pencapaian kerajaan negeri yang kelihatan gah dan sering disensasikan berbanding parti terdahulu, hakikatnya hanya menguntungkan kantung ahli politik khususnya PGRS berbanding rakyat. Sejak GRS/PH mentadbir Sabah, isu gangguan bekalan air semakin kerap berlaku berbanding dahulu. Hampir setiap minggu berlaku gangguan bekalan air yang ada kalanya sehingga berhari-hari tanpa tindakan konklusif daripada kerajaan negeri. Kawasan terjejas tidak mendapat bekalan air dari lori tangki malah dasar jabatan air kini yang tidak membenarkan lori tangki swasa untuk membeli air, semakin menghimpit dan menyusahkan rakyat. Tidak pernah dalam sejarah pentadbiran kerajaan terdahulu, Kota Kinabalu International Airport (KKIA) berhadapan dengan gangguan bekalan air dan letrik seharian. Tidak dapat digambarkan, bagaimana sebuah negeri yang sektor pelancongannya menjadi antara sumber pendapatan negeri, berhadapan dengan masalah asas (gangguan bekalan air dan letrik), suatu yang tidak sepatutnya berlaku dan mencemar imej negeri di mata pelancong.
Malah apa yang tidak boleh diterima dek akal lagi, dalam mesyuarat parti PGRS, DSP Hajiji Noor telah mengutarakan cadangan agar bekas Pengarah dan kakitangan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang terlibat dengan skandal rasuah dan kini masih dalam perbicaraan Mahkamah diberi pelepasan untuk kembali bertugas seterusnya menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang kritikal. Memang ada benarnya JANS lumpuh sepenuhnya sejak skandal JANS terbongkar. Ramai engineer dan kakitangan berpengalaman JANS telah digantung tugas sehingga perbicaraan Mahkamah selesai. Namun meletakkan kebergantungan kepada individu yang terpalit skandal rasuah dan masih dalam perbicaraan Mahkamah bukanlah langkah yang bijak. Selaku Ketua Menteri, beliau seharusnya memikirkan langkah yang lebih efektif dan bukannya mengambil jalan pintas yang bakal merugikan duit rakyat.
10. Mengangkat Slogan Sabah Maju Jaya (SMJ) Sebagai Agenda GRS Bukti Hajiji Bukan Tokoh Yang Idealis
Jika ditanya kepada mana-mana pemimpin GRS, kenapa memilih Agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) sebagai manifestasi dan modul pembangunan di bawah pentadbiran GRS, pastinya mereka akan menjawab itu adalah moto dalam Jata Negeri dan diangkat oleh GRS. Adakah Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) itu selari dengan apa yang berlaku pada Sabah ketika ini? harga barang meningkat dan jauh lebih mahal dari semenanjung Malaysia, pembangunan yang masih jauh ketinggalan, pendapatan negeri yang masih bergantung sepenuhnya kepada hasil perolehan daripada royalti dan cukai petroleum, infrastruktur jalan raya dan bekalan air tinggalan kolonial British dan masih meminta-minta dana dari Kerajaan Pusat, Royalti 20 peratus yang tidak mampu dituntut ketika Kerajaan Pusat menagih simpati dan sokongan Kerajaan Negeri (GRS) untuk membentuk kerajaan Madani, dan banyak lagi isu lain yang tidak selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
Hanya pemimpin yang berjiwa besar seperti Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem (Tok Nan) Bekas Ketua Menteri Sarawak mampu merealisasikan agenda SMJ berbading DSP Hajiji. Bukan untuk membandingkan, tapi itulah hakikatnya. Negeri masih meminta-minta ketika negeri Sabah dan Sarawak menjadi faktor penentu kestabilan Kerajaan Pusat, walhal inilah masa yang sesuai untuk negeri menuntut secara agresif hak yang termaktub dan tidak perlu untuk dibahaskan mahupun dipersoal oleh mana-mana pihak termasuk Kerajaan Madani.
PENUTUP
Terdapat banyak lagi faktor lain mengapa aku nekad meninggalkan PGRS. Rakyat perlu sedar, hanya kerajaan dan ahli politik yang benar-benar ikhlas untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat perlu diberi ruang dan peluang mewakili suara rakyat. Pemimpin berusia meskipun dengan pengalaman politik puluhan tahun, namun tidak mampu membela nasib rakyat, perlu dinyahkan dari politik Sabah. Data ST2 2023 dengan jelas menunjukkan generasi Muda berumur 18-40 tahun menjadi kelompok dominan yang akan memilih kerajaan negeri pada PRN-17 kelak. Tidak perlu lagi melihat faktor calon, mahupun parti yang diwakili. Tetapi lihatlah keadaan sekeliling sebelum memutuskan siapa calon yang selayaknya untuk diundi.
RUJUKAN
MKini, (04 Julai 2017): Sarawak tubuh Petros bagi cari gali minyak dan gas.
Astro Awani, (08 Disember 2020): Perjanjian Sarawak-Petronas satu kejayaan besar - Sharifah Hasidah.
Kosmo, (18 Mac 2022): Jumlah terkini ahli UMNO 3,391,236 orang.
Astro Awani, (20 November 2022): PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi.
Utusan Borneo Online, (29 Januari 2023): Hajiji umum bakal ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah.
BHarian, (17 April 2023): Kerajaan setuju hasrat Sarawak tubuh syarikat penerbangan tangani isu tiket mahal.
HMetro, (15 Jun 2023): Sarawak sedia ambil alih MASwings.
BHarian, (23 Jun 2023): RM44 juta ditemui di pejabat, rumah bekas Pengarah Jabatan Air Sabah - Saksi
Borneo Gazette, (08 Ogos 2023): Bekalan terkawal, lori swasta jual air dihentikan.
FMT, (12 Ogos 2023): Persoalan sukar buat Zahid, Anwar selepas Umno ditewaskan PN.
Sabah Media, (27 Ogos 2023): Pimpinan Gagasan Rakyat di semua peringkat perlu perkemaskan parti, tambah keahlian.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020 #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan #fyp #madani #madanon #umdap #kerajaangagal #mahaldahni #pnbest #madani #mahaldahni #umdap #pkr #pnbest #phancing #kkb #kembarakenaliborneo #agongmalaysia #hoihoyahoi #beras #fypシ゚viral #fypシ゚viral #fypシ゚viralシreels #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 #sabahantiktokers #tiktokmalaysia #tiktokmalaysiaofficial
0 Comments