PRU15: BAGAIMANA PENGUNDI MELAYU BOLEH MENINGKAT SEHINGGA 5 KALI GANDA SELURUH SABAH?



PENEMUAN BAHAGIAN - 1

Daftar Pemilih Automatik (DPA) ST1/2022 (tambahan) yang telah diwartakan pada Julai 2022 dan DP Tambahan Ogos 2022 yang lalu, terus menjadi topik perbualan hangat sehingga kini. Ramai pihak khususnya pemerhati dan ahli politik tempatan mempersoalkan peningkatan drastik pemilih yang direkodkan. Jika dikatakan peningkatan itu susulan daripada pendaftaran pemilih secara automatik termasuk yang tidak pernah berdaftar sebagai pemilih sebelum ini, itu bukanlah jawapan terbaik dalam merungkai persoalan yang seakan penuh keraguan dan hanya boleh dirungkai oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Untuk lebih jelas, kaedah pengukuran peningkatan luar biasa adalah dilakukan dengan membandingkan Daftar Pemilih (DP ST3/2021) dengan Daftar Pemilih DP ST1/2022 (Tambahan Julai 2022). DP ST3/2021 dijadikan asas perbandingan dengan DP ST1/2022 adalah kerana DP ST3/2022 adalah Daftar Pemilih terakhir yang dikeluarkan sebelum Daftar Pemilih Secara Automatik dikuatkuasakan pada 15 Disember 2021. Pelaksanaan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik melibatkan 5.8 juta pemilih baharu (Anggaran – portal SPR). 


Jadual 1: Pertambahan Meragukan

Berdasarkan Jadual 1 yang diberikan, jumlah pemilih ST3/2021 yang dipamer pada 02 November 2021 adalah seramai 1,126,798 juta meningkat sebanyak 556,509 pemilih menjadi 1,683,307 (ST1/2022 – sehingga Julai). Jadual 1 yang diberikan memberi fokus kepada dua kumpulan bangsa iaitu Melayu dan Bumiputera.

https://picasion.com/


Peningkatan Pengundi Melayu Yang Meragukan

Jadual 1 menunjukkan dengan jelas peningkatan pengundi Melayu lebih 3 kali ganda dalam DP ST1/2022 (tambahan Julai) daripada 76,946 pemilih meningkat menjadi 250, 565 pemilih. Apa yang menjadi kemusykilan adalah, peningkatan drastik ini berlaku hampir dikeseluruhan Parlimen di negeri Sabah. Peningkatan sehingga 4 hingga 5 kali ganda berbanding DP ST3/2021 boleh dilihat di 11 kawasan Parlimen berikut yang antaranya termasuklah kawasan Parlimen P.167 Kudat, P.168 Kota Marudu, P.169 Kota Belud, P.170 Tuaran, P.178 Sipitang, P.179 Ranau, P.180 Keningau, P.182 Pensiangan, P.187 Kinabatangan, P.188 Lahad Datu dan P.189 Semporna. Jumlah pemilih Melayu yang direkodkan ini tidak termasuk Melayu Sabah.


Siapa Dalam Kategori Bumiputera Sabah?

Berdasarkan Jadual 1, dapat dirumuskan bahawa peningkatan drastik Daftar Pemilih negeri Sabah turut disumbang oleh peningkatan pemilih dalam kategori Bumiputera Sabah. Bumiputera Sabah merekodkan peningkatan seramai 301,738 pemilih daripada 462,654 (ST3/2021) meningkat kepada 764,392 pemilih (ST1/2021 – tambahan Julai).

Gambar 1: Beza Kategori Bumiputra Sabah Dalam DP ST3/21 Dengan DP ST1/22 (Tambahan Julai)

Merujuk kepada Daftar Pemilih ST3/2021, hanya ada satu kategori Bumiputra Sabah yang direkodkan. Namun wujud kekeliruan pada Daftar Pemilih ST1/2022 (Tambahan-Julai) apabila Bangsa Bumuputera itu sendiri dipecahkan kepada tiga (3) iaitu Bumiputera, Bumiputera Sabah dan Bumiputra Sabah. Berlaku kekeliruan dalam mengkategorikan bangsa yang berada dalam kategeri Bumiputera kerana Kategori Bumiputera itu sendiri dipecahkan kepada 3 dan tiada klasifikasi khususnya bangsa atau suku kaum apa yang tersenarai sebagai Bumiputera, Bumiputera Sabah dan Bumiputra Sabah.


PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB SPR DAN JPN

Jika data yang terdapat dalam Daftar Pemilih ST1/2022 (Tambahan Julai) diperoleh daripada JPN;
1. Bagaimana boleh berlaku peningkatan drastik Pengundi Melayu di seluruh Sabah

2. Siapa yang dikategorikan sebagai Melayu? 

3. Kenapa hanya Melayu sahaja yang merekodkan peningkatan yang jauh lebih tinggi berbanding bangsa-bangsa lain di Sabah termasuk Melayu Sabah?

4. Apa perbezaan antara Bumiputera, Bumiputera Sabah dan Bumiputra Sabah?

5. Bangsa apa yang tersenarai dalam kategori Bumiputera, Bumiputera Sabah dan Bumiputra Sabah?

6. Jika data dalam daftar pemilih ini diperoleh daripada SPR, kenapa hanya Melayu dan Bumiputera Sabah yang merekodkan peningkatan drastik sedangkan peningkatan untuk bangsa lain adalah jauh lebih kecil?


RUJUKAN:



Tidak Miskin Orang Yang BERSEDEKAH
(HR Muslim)

https://picasion.com/


No comments:

Post a Comment