PRU-15: CADANGAN AGAR HANYA PENGUNDI YANG ADA SUNTIKAN BCG DIBENAR MENGUNDI


Pertambahan drastik pemilih melebihi setengah juta daripada 1,126,798 pengundi (ST3/2021) kepada 1,683,307 (ST2/2022) menimbulkan pelbagai reaksi dan persepsi tidak hanya dari kalangan pemerhati dan parti politik, bahkan juga rakyat Sabah sendiri. Apa yang menjadi persoalan bukanlah kepada peningkatan jumlah pemilih terbaharu berbanding dengan daftar pemilih sebelumnya, kerana umum mengetahui bahawa pertambahan Daftar Pemilih ST2/2022 adalah disebabkan oleh Pendaftaran Pemilih secara automatik bagi pemilih yang berusia 18 tahun dan ke atas termasuk yang tidak pernah berdaftar sebagai pemilih berkuat kuasa 15 Disember 2021.

Namun, apa yang menjadi topik hangat dan perbualan di kalangan rakyat Sabah sendiri adalah pertambahan drastik membabitkan pengundi Melayu dan Bumiputera Sabah. Pemimpin-pemimpin dalam kalangan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sendiri telah mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan syarat kepada pengundi untuk membawa sijil kelahiran bersama kad pengenalan ketika datang mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti. Ia bagi menghalang pengundi yang mempunyai identiti serta latar belakang diragui daripada mengundi.

Selain itu, cadangan agar petugas SPR memeriksa parut suntikan BCG (Bacille Calmatte-Guerin) pada bahagian lengan sebelah kiri juga boleh dipertimbangkan oleh pihak SPR. Ini adalah kaedah tapisan kasar yang mudah dan cepat, sebelum pengundi dibenarkan mengundi. Umum rakyat Sabah mengetahui bahawa cara untuk membezakan antara warga negara dengan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) di negeri ini adalah dengan cara melihat parut suntikan BCG pada lengan sebelah kiri.

Cadangan ini perlu diberi perhatian oleh pihak SPR bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar warganegara dibenarkan mengundi pada 19 November nanti. SPR selaku badan berautoriti seharusnya memberi perhatian serius kepada setiap cadangan yang dikemukakan kepada pihak SPR agar proses demokrasi berjalan seperti mana yang diharapkan semua pihak terutama rakyat di negeri Sabah.


RUJUKAN;

No comments:

Post a Comment