kurniawan naim moktar

Menghargai pandangan ikhlas Saudara Mohd Kurniawan Naim Moktar (Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah merangkap Ketua Pemuda UMNO P.187 Kinabatangan). Terdetik di hati untuk membincangkan 11 fakta yang dibentangkan beliau agar PPBM Sabah dibubarkan.

Persoalan pertama yang terlintas di fikiran HM @ DKMSabah adalah, kenapa hanya PPBM yang perlu dibubarkan? Jika benar-benar ingin bebas daripada cengkaman politik Semenanjung, UMNO Sabah juga wajar dibubarkan. Berikut jawapan ringkas dan ikhlas daripada PENYOKONG GRS untuk renungan Saudara Kurniawan:

1. Kestabilan politik merupakan suatu asas yang signifikan di dalam pembentukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil daripada aspek ekonomi dan sosial.

Kenyataan ini benar dan berasas, dan atas dasar itu lahirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas PRN-16 Sabah (26 September 2020). Untuk rekod, GRS pada mulanya hanya dianggotai oleh PN (PPBM, PAS, STAR dan SAPP) dan PBS, sementara BN (UMNO, MCA dan PBRS) bertindak untuk bergerak secara berasingan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO sebelum PRN-16 adalah "lawan dulu, nanti sudah menang baru runding". Pastinya Saudara Naim tahu kenyataan ini keluar dari mulut siapa.

Penubuhan GRS tidak semudah yang disangkakan, umum mengetahui berlaku beberapa siri rundingan dalam pemilihan Ketua Menteri Sabah dan kabinet negeri hingga berlaku insiden tumbuk meja sebelum kesepakatan dicapai.

Demi menjamin kestabilan politik negeri terpelihara dan mandat rakyat dilaksanakan sebaik mungkin, maka Ketua Menteri Sabah (DSP Hajiji Noor) bersama-sama pemimpin parti politik (komponen PN, BN dan PBS) menandatangani Memorandum Persefahaman MoU (09 Januari 2021).

Tidak terhenti setakat itu, DSP Hajiji Noor turut terbuka dengan cadangan Pakatan Harapan (PH) Sabah yang mengemukakan agenda reform (15 November 2021) bagi membentuk kerjasama antara blok pembangkang dan kerajaan demi memastikan hak rakyat Sabah dapat diperjuangkan dan kestabilan politik negeri terus terpelihara.

Apa yang dilakukan oleh DSP Hajiji Noor pada ketika ini adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku sepanjang UMNO berkuasa tidak hanya di negeri Sabah bahkan juga di peringkat Persekutuan. Tidak wujud istilah Politik Balas Dendam, kerana itu mengapa DSP. Hajiji lebih disenangi oleh semua pemimpin parti politik baik daripada parti komponen mahupun blok pembangkang. 


2. Pilihan Raya Negeri Sarawak, Melaka dan Johor telah membentuk suatu kestabilan di dalam pentadbiran kerajaan Negeri yang bebas daripada perselisihan politik.

Mungkin Saudara Mohd Kurniawan Naim terlupa untuk meletakkan Sabah dalam senarai negeri yang turut mengecapi kestabilan selepas PRN-16. Salah satu elemen utama dalam pengukuhan kestabilan politik negeri adalah keupayaan kerajaan GRS untuk mengekang campur tangan luar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Perlu diingat, antara intipati penting mendorong kepada MoU antara komponen GRS adalah bagi menolak campurtangan luar yang cuba mengganggu gugat kestabilan dalam GRS dan untuk memenuhi mandat yang diberi rakyat. Maka tidak timbul soal kerajaan GRS tidak stabil. Kerana yang menjadikan kerajaan GRS itu tidak stabil di mata rakyat timbul susulan kenyataan terbuka dan kurang cerdik segelintir ahli politik dalam GRS sepertimana kenyataan Saudara Mohd Kurniawan Naim.

Melaka dan Johor mencapai kestabilan Politik? mungkin saudara Mohd Kurniawan Naim juga terlupa, bahawa kecelaruan politik yang berlaku di Melaka dan Johor juga berpunca daripada UMNO, pembubaran Dun dikedua-dua negeri tersebut dicetuskan oleh UMNO dan bukannya PN mahupun PH. Maka tidak keterlaluan jika dikatakan, ketidakstabilan politik negara yang berlaku kini berpunca daripada UMNO. GRS pastinya akan terus kukuh jika pemimpin UMNO Sabah bersikap matang dan jujur dalam kerjasama politik yang dimeterai


3. Saya berpendapat bahawa PPBM Sabah perlu dibubarkan bagi menjamin kestabilan dan pengukuhan kerajaan Negeri Sabah demi kemakmuran rakyat.

Sejujurnya, bukan hanya PPBM yang perlu dibubarkan, bahkan UMNO juga perlu dibubarkan. Jika benar-benar ingin bebas daripada campurtangan luar dalam urus tadbir kerajaan negeri, PPBM dan UMNO perlu dibubarkan dan kesemua ahli parti berada dalam satu gabungan baharu berasaskan Sabahan iaitu GRS, sepertimana negeri jiran kita iaitu Sarawak yang selama ini hanya terdiri daripada parti tempatan (local based party).

Umum mengetahui, baik PPBM mahupun UMNO, kedua-dua parti daripada Semenanjung Malaysia, namun berbeza dengan UMNO, PPBM yang baru mencecah usia 3 tahun bersama komponen GRS yang lain (BN dan PBS) dilihat lebih berjaya dalam memperjuangkan hak Sabah sepertimana yang terkandung dalam MA63 berbanding UMNO yang telah menjangkau usia 31 tahun bertapak di Sabah. Jika kejayaan ini diambil kira, pemimpin UMNO Sabah seharusnya berasa malu kerana sepanjang UMNO berkuasa di Sabah dan mengecapi kestabilan politik, namun UMNO Sabah gagal memperjuangkan isu royalti minyak, semakan kewangan dan geran tahunan Sabah dan juga menyemak semula status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi dalam Malaysia. Atas dasar itu, adalah wajar jika UMNO  Sabah dibubarkan. 


4. Konflik dalaman yang diakibatkan oleh permainan politik di peringkat pusat untuk kelangsungan politik Perikatan Nasional (PN) akan menganggu gugat kestabilan dan keharmonian kerajaan GRS.

Seharusnya MoU GRS menjadi pengikat dalam menjaga kestabilan politik negeri dan tidak terikut dengan sentimen luar yang boleh mengganggu gugat kestabilan hubungan antara komponen GRS.

Keputusan Mesyuarat MKT UMNO 2020 yang memutuskan bahawa UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi pada PRU-14, turut mendapat sokongan UMNO Sabah. Jika diamati secara rasional, yang mengganggu gugat kestabilan GRS adalah sikap segelintir pemimpin UMNO Sabah yang terlalu tunduk dengan keputusan UMNO Pusat. Situasi ini dengan jelas mencerminkan akan situasi sebenar UMNO Sabah yang tidak memiliki autonominya sendiri sepertimana yang diputuskan pada PAU 2019. Atas dasar ini, UMNO Sabah seharusnya dibubarkan kerana tidak berautonomi ataupun tidak mampu menegakkan autonomi yang diberikan pada PAU 2019.


5. Realiti memperlihatkan fakta yang jelas bahawa PPBM sedang dikuburkan di seluruh Malaysia sebagaimana di dalam PRN Melaka dan PRN Johor.

Kenyataan itu semamangnya tidak dinafikan dan ianya adalah TEPAT dan BENAR. Namun, menjadikan kekalahan PN di dua siri PRN (Melaka dan Johor) sebagai ukuran bahawa PPBM sedang dikuburkan, bukanlah tindakan bijak. 

Tidak perlu melihat PRN di Semenanjung, cukup melihat senario sebenar di PRN-16 Sabah. Situasi serupa turut dialami oleh UMNO Sabah yang bertanding di 32 kerusi DUN dan hanya mampu menang 14 kerusi DUN (43.72%), kurang separuh daripada kerusi yang ditandingi. Malah terdapat 5 kerusi yang dimenangi UMNO Sabah dengan majoriti kurang 1000 undi termasuk kerusi Dun yang ditandingi pengerusi UMNO Sabah (DSP. Bung Moktar Radin) dengan majoriti 661 undi. UMNO Sabah seharusnya bersyukur kerana tidak berlaku pertembungan antara PPBM dan UMNO, kerana jika berlaku pertembungan antara UMNO dan PPBM pada ketika itu, mungkin GRS bukan kerajaan negeri ketika ini.

Tidak perlu angkuh untuk mengatakan PPBM sedang dikuburkan di Semenanjung, kerana di Sabah sendiri ada calon UMNO yang kalah pada komponen GRS iaitu PBS dan Star bagi kerusi yang ditandingi. Malah terdapat calon UMNO yang tewas kepada calon Bebas pada PRN-16 yang lalu, dan ini sesuatu yang memalukan UMNO, kerana UMNO sering melaungkan bahawa UMNO diterima rakyat serta memiliki penyokong dan jentera yang ramai. 

Untuk lebih jelas, bukan hanya UMNO yang dikuburkan oleh rakyat Sabah, tetapi juga komponen BN (MCA dan PBRS). Mungkin Saudara Mohd Kurniawan Naim terlupa, dalam kalangan komponen BN, hanya UMNO yang memiliki 14 kerusi Dun sementara MCA dan PBRS tewas kepada komponen GRS dan komponen WarisanPlus. Perlu ditambah disini, bukan hanya UMNO yang perlu dibubarkan, tetapi juga Barisan Nasional (BN).


6. Maka, PPBM akan cuba mengukuhkan kedudukannya di Negeri Sabah agar tidak dikuburkan sepenuhnya sekiranya berlaku Pilihan Raya Umum Ke-15.

Fakta ini sememangnya tidak dapat dinafikan. Terdapat dua faktor yang menjadikan PPBM Sabah kukuh berbanding UMNO Sabah.

PPBM bersama komponen PN (PAS, STAR dan SAPP) serta PBS, telah membentuk gabungan yang kukuh semasa PRN-16 yang lalu. Meskipun berlaku pertembungan antara komponen PN dan PBS dengan calon UMNO/BN, namun calon PN dan PBS tetap berjaya memenangi kerusi yang ditandingi. Malah lebih mengejutkan, terdapat calon PBS yang menewaskan calon UMNO di kawasan majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI). Situasi ini merupakan isyarat jelas bahawa rakyat bukan lagi mengundi calon berdasarkan logo parti politik, tetapi juga faktor calon itu sendiri. 


7. Keadaan tersebut akan mengganggu kestabilan kerajaan GRS, terutamanya dalam perundingan kawasan Parlimen yang ditandingi menjelang PRU-15.

Terdapat dua faktor yang menjadi ancaman kepada UMNO Sabah:
i). Kemasukan beramai-ramai Adun Warisan/Plus menyertai PPBM atau bertindak sebagai Adun Bebas Mesra GRS. Situasi ini cukup tidak disenangi komponen GRS terutamanya UMNO yang melihat ini sebagai perkembangan yang tidak sihat dan bakal merugikan UMNO. Hal ini kerana, Adun yang menyertai PPBM akan memberi kelebihan kepada PPBM bertanding di kerusi berkenaan dan ini sesuatu yang mengguggat UMNO khususnya kerusi majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI).

ii). Tidak lagi wujud kerusi Dominan UMNO. Untuk rekod, selepas PRU-14, BN kini hanya berbaki 3 kerusi Parlimen (P.176 Kimanis, P.182 Pensiangan dan P. 187 Kinabatangan). Jika rundingan gagal dicapai dan berlaku pertembungan sesama sendiri, pastinya ketiga-tiga kerusi ini bukan lagi milik BN mahupun GRS. Fakta itu seharusnya disedari oleh UMNO/BN. Atas dasar itu, mengapa UMNO Sabah perlu menegakkan sepenuhnya autonomi yang diberikan oleh UMNO Pusat jika ingin kekal relevan di bumi Sabah atau berkubur sepenuhnya pada PRU-15 kelak.

Suka diulangi, yang menggugat kestabilan GRS bukanlah PPBM, tapi sebenarnya tindakan segelintir pemimpin UMNO yang kurang bijak dan ego dalam meluahkan pandangan dan kenyataan terbuka.


8. Saya yakin ADUN-ADUN PPBM Sabah akan memilih kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan keharmonian sosial dalam masyarakat di negeri Sabah berbanding terus bersama PPBM di peringkat pusat yang berisiko meruntuhkan kerajaan negeri Sabah.

Ayat serupa perlu ditujukan kepada UMNO Sabah. Jika hormat kepada mandat yang diberikan rakyat pada PRN-16 lalu, ADUN UMNO Sabah perlu membubarkan UMNO Sabah dan bersama-sama PPBM membentuk gabungan parti tempatan baharu yang tidak lagi berpaksikan Malaya.

Tumbangnya UMNO/BN di peringkat pusat merupakan suatu nikmat kepada Sabah, kerana satu persatu tuntutan Sabah sepertimana yang termaktub dalam MA63 berjaya direalisasikan. Perkara ini pastinya tidak berlaku jika UMNO/BN masih berkuasa.

Seharusnya pemimpin dan Adun UMNO Sabah memilih agenda dan perjuangan negeri melebihi agenda Malaya. Jika terus berkeras untuk menjadi LEMBU malaya, maka jangan hairan jika UMNO/BN bakal berkubur di bumi Sabah pada PRU-15 nanti.


9. PPBM di peringkat pusat telah mencatur pelbagai keputusan dan langkah sepanjang pembentukan kerajaan GRS. Dasar-dasar campurtangan politik di Sabah akan mengakibatkan berlakunya pergolakan dan ketidakstabilan.

Sebenarnya bukan PPBM pusat yang mengganggu gugat kestabilan GRS, tapi sebenarnya UMNO Pusat. Berikut insiden yang dicetuskan oleh UMNO Pusat yang turut disokong oleh UMNO Sabah:

i) Keputusan Mesyuarat MKT UMNO 2020: memutuskan UMNO akan bertanding di kesemua kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi pada PRU-14 yang lalu. 

ii) Keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2020): Usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu dipersetujui sebulat suara oleh kesemua perwakilan parti. 

iii). Mesyuarat MKT UMNO (Ogos 2021): Sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesemua insiden ini didalangi oleh pemimpin UMNO Pusat termasuk Sabah. Maka benarlah, kestabilan hubungan dalam GRS bukan digugat oleh PPBM Pusat, tapi sebenarnya berpunca daripada tindakan terdesak segelintir pemimpin UMNO Pusat.


10. Oleh itu, PPBM Sabah perlu dibubarkan dan digantikan dengan parti politik lokal yang bebas daripada campurtangan luar. Langkah tersebut akan menjamin tidak ada perseteruan, persengketaan dan perselisihan dalam kalangan pemimpin GRS.

Seharusnya cadangan ini dimurnikan lagi. Ayat yang bersesuaian adalah "PPBM dan UMNO Sabah perlu DIBUBAR dan digantikan dengan parti politik lokal yang bebas daripada campurtangan luar".


11. Sejujurnya, fakta-fakta di atas adalah pahit untuk ditelan, tetapi itulah realiti yang sedang berlaku. Lambat-laun PPBM akan tetap dikuburkan di seluruh Malaysia. Namun, perbezaannya adalah kestabilan Kerajaan GRS dapat dikekalkan ataupun sebaliknya dalam tempoh tersebut.

Mungkin Saudara Mohd Kurniawan Naim terlupa, jatuh dan bangun sesebuah parti itu adalah proses berterusan dan ianya juga sebahagian daripada seni dalam sesebuah negara yang demokrasi.

Jika pemimpin UMNO Sabah benar-benar ikhlas untuk membangunkan Sabah, kemukakanlah cadangan agar UMNO dan PPBM Sabah dibubarkan dan bergerak dalam sebuah keluarga GRS yang lebih kukuh.

Rakyat telah memberi UMNO Sabah mandat yang cukup lama (lebih 20 tahun) dan antara Parti Politik yang pernah mentadbir Sabah untuk suatu tempoh yang lama. Namun apa yang dikecapi oleh Sabah di bawah pentadbiran UMNO/BN, hanyala siri kegagalan. Tidak hanya memiliki 8 daripada 10 daerah termiskin di Malaysia berada di Sabah, bahkan juga infrastruktur jalan raya, pendidikan dan infrastruktur jalur lebar yang jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

Pemimpin UMNO Sabah seharusnya berasa malu bila ada anak Sabah terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses internet untuk pembelajaran online, serta rakyat yang terpaksa melalui jalanan raya yang sering diibaratkan seakan-akan berada di bulan pada ketika jalan raya di semenanjung Malaysia jauh lebih selesa berbanding dengan apa yang ada di Sabah.

Jika rasa sindiran itu terlalu pahit untuk ditelan, maka letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. BUBARKANLAH UMNO dan PPBM Sabah dan bergerak dalam sebuah keluarga yang kukuh (KELUARGA GRS).

Semoga GRS Terus Maju Jaya


Ikhlas daripada,
HM @ DKMSabah

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #PRNJOHHOR #PRNMELAKA #PRNSABAH #PRNSARAWAK