MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN: HALA TUJU SABAH MAJU JAYA (SMJ)

SMJ


RETROSPEKTIF ASPIRASI

MAJLIS SAMBUTAN SETAHUN

HALA TUJU SABAH MAJU JAYA

                                                          OLEH

YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI HAJI NOOR

KETUA MENTERI SABAH

29 MAC 2022


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Keluarga Malaysia

Salam Sabah Maju Jaya

 

Terima kasih Saudara Pengacara Majlis,

 

Yang Berhormat Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya,

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah

 

Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan,

Timbalan Ketua Menteri

 

Yang Berhormat Menteri-Menteri Kabinet Negeri,

 

Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

 

Yang Berhormat Timbalan Speaker dan Pembantu-Pembantu Menteri,

 

Yang Berbahagia Setiausaha Persekutuan Sabah

 

Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian,

Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta Badan Berkanun,

Pengerusi dan Pengurusan Agensi Awam,

Pegawai-Pegawai Daerah,

Dif-Dif Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.

 


MUKADIMAH

 

1.      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kebesaran-Nya, dapat kita berhimpun dalam majlis yang amat bersejarah pada pagi ini. Sukacita saya mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di dewan yang mulia ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan atas kebersamaan warga kita yang mengikuti majlis ini secara maya di kesemua premis pentadbiran perbandaran dan daerah, mahupun di pejabat dan di mana jua keberadaan masing-masing.

 

2.      Sesungguhnya, Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) ini, amat besar nilai dan maknanya. Majlis yang bermula sejak semalam ini bukanlah semata-mata satu sambutan ulang tahun, namun ia amat signifikan untuk perjalanan dan langkah kita ke hadapan. Bukan sekadar meraikan sebahagian daripada pencapaian kita dalam tempoh setahun, tetapi majlis ini adalah wahana untuk kita bermuhasabah diri, wacana untuk kita berdepan realiti dan wadah untuk kita terus bersatu hati, meningkatkan khidmat bakti demi kepentingan pertiwi.


 


RETROSPEKTIF SMJ

 

3.      Hala Tuju ini adalah satu perjalanan panjang. Demi memastikan kita sentiasa berada di landasan yang tepat, kita perlu menentukan garis masa dan melaksanakan retrospektif aspirasi; iaitu meninjau status prestasi, dan memperteguh tekad aspirasi.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

4.      Kerajaan Negeri, yang hari ini diperkukuhkan melalui Muafakat GRS-BN, telah ditubuhkan melalui mandat rakyat pada tarikh keramat 29 September 2020. Dalam tempoh genap enam bulan iaitu pada 29 Mac 2021, Kerajaan Negeri telah membentangkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Hala Tuju ini berteraskan Aku Janji GRS-BN dalam Pilihan Raya Negeri Ke-16 dan dimurnikan dengan aspirasi rakyat melalui pelbagai sesi libat urus.

 

5.      Dalam Majlis Setahun Kerajaan GRS-BN Bersama Rakyat pada 29 September 2021, kita telah menzahirkan komitmen bahawa status pelaksanaan dan pencapaian setiap kementerian akan dibentangkan kepada umum setiap tahun bermula tahun pertama pada 29 Mac 2022. Berikutnya, pada 25 Januari 2022, dalam Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Ketua Menteri, saya telah mengarahkan agar pengisian Majlis Sambutan Setahun Hala Tuju SMJ disertakan dengan penganjuran hari terbuka untuk membolehkan rakyat mendengar, melihat dan merasai nilai dan makna di sebalik pelan pembangunan ini.

 

 


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

6.      Saat yang dinantikan telah tiba. Bermula semalam, semua kementerian, pelbagai agensi dan GLCs termasuk agensi persekutuan telah mempersembahkan inisiatif dan program masing-masing melalui Showcase Sabah Maju Jaya di sekitar ruang legar dewan ini. Pameran selama tiga hari sehingga 30 Mac ini adalah terbuka kepada orang ramai.

 

7.      Genap setahun yang lalu juga saya telah menyerahkan Dokumen Hala Tuju SMJ kepada semua Ahli Jemaah Menteri sebagai simbolik  amanah dan pertanggungjawaban untuk memimpin pelaksanaan pelan pembangunan ini di setiap kementerian. Sebentar lagi, Ahli-Ahli Jemaah Menteri akan menyerahkan Laporan Status Pencapaian Kementerian masing-masing.

 

8.      Sementara itu, bermula esok, 30 hingga 31 Mac, program Ekadasa Sabah Maju Jaya akan dianjurkan yang merupakan sesi wacana bersama para pemegang taruh (stakeholders) bagi setiap kementerian. Bersesuaian dengan pengertian Ekadasa yang memaknai angka 11, sesi ini akan diterajui sendiri oleh 11 tonggak perkhidmatan awam di setiap kementerian iaitu Setiausaha - Setiausaha Tetap dan akan dipimpin oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

 

9.      Pendekatan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada manifestasi tekad dan komitmen barisan Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Pengurusan Tertinggi setiap Kementerian. Saya mahu setiap peringkat kepimpinan diberikan penghakupayaan yang datang bersama pertanggungjawaban terhadap amanah yang digalas. Ini termasuk tanggungjawab pelaporan kepada rakyat selaku pemegang taruh dan klien utama.

 

10.    Pendekatan ini akan diperluaskan kepada semua peringkat termasuk pengurusan badan berkanun, agensi awam hingga ke peringkat pentadbiran daerah. Hasrat kita adalah untuk memastikan jentera kerajaan di semua peringkat menjunjung Hala Tuju ini sebagai satu amanah dan melaksanakan pelan pembangunan ini dengan sepenuh iltizam demi kepentingan anak watan dan tanah air tercinta.

 

11.    Pada masa yang sama, saya amat menghargai penglibatan jentera Kerajaan Persekutuan dalam majlis ini termasuk penyertaan dalam pengisian showcase sebagaimana yang saya hasratkan melalui Setiausaha Persekutuan Sabah pada bulan Januari lalu. Saya mahu peranan jentera Kerajaan Persekutuan di Sabah terus diperkasakan seiring dengan jentera Kerajaan Negeri, sebagaimana sejak dari awal kita telah menjajarkan pelaksanaan Hala Tuju SMJ dengan agenda Wawasan Kemakmuran Bersama. Sehubungan itu, sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri, saya mahu pelaporan status pencapaian inisiatif-inisiatif agensi persekutuan yang mempunyai hubung kait dengan teras serta objektif Pelan Pembangunan SMJ dijadikan salah satu agenda MTPNg.

 

12.    Saya mahu sinergi di antara jentera Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat diperkasakan dan bergerak pantas secara seiring pada landasan yang tepat menuju destinasi yang sama. Ini antara objektif penganjuran majlis ini, iaitu untuk memastikan semua pihak mempunyai rasa kepunyaan bersama (sense of belonging) kepada Hala Tuju SMJ, dan rasa keperluan bertindak segera (sense of urgency) bagi melaksanakan setiap inisiatif SMJ, serta rasa kebanggaan pencapaian (sense of accomplishment) bila mana menjadi sebahagian daripada usaha menjayakan sesuatu inisiatif dalam Pelan Pembangunan SMJ.

 

 


CABARAN DI AWAL PENTADBIRAN

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

13.    Mencipta kejayaan bukan mudah. Namun kita tidak akan merasai nikmat kejayaan selagi kita tidak merancang, membina tangga dan melangkah menuju mercu kejayaan. Atas sebab itu, sebaik diberikan mandat untuk memimpin Kerajaan Negeri, saya fokuskan usaha untuk menyediakan rancangan dalam bentuk hala tuju pembangunan.

 

14.    Saya mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri dengan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan suka saya berkongsi beberapa cabaran utama sebagai satu retrospektif untuk melihat di mana kita bermula.

 

15.    Cabaran pertama adalah keperluan mendesak untuk mengisi vakum dalam konteks lakaran agenda pembangunan. Sesebuah pentadbiran harus memiliki pelan perancangan termasuk meletakkan keutamaan mengikut tuntutan semasa. Kita tidak boleh menggerakkan kerajaan secara business as usual, iaitu meneruskan apa yang ada di atas meja atau di depan mata. Jika itu pendekatan dipilih, kita tidak akan dapat menggerakkan jentera kerajaan secara kolektif menuju satu destinasi dengan aspirasi yang sama.

 

16.    Kedua, tren kemorosotan pertumbuhan ekonomi negeri untuk tempoh tiga tahun secara berturut-turut. Bermula pada kadar pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi iaitu 8.1 peratus pada tahun 2017, pertumbuhan telah menguncup kepada kadar 1.5 peratus pada tahun 2018 dan terus menguncup kepada kadar 0.5 peratus pada tahun 2019. Ketika Kerajaan GRS-BN mula dibentuk pada penghujung bulan September 2020, tren kemerosotan ini dijangka berterusan bagi tahun 2020 dengan kadar penyusutan sehingga ke paras negatif.

 

17.    Ketiga, dan merupakan cabaran yang amat getir adalah penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Tidak pernah dalam sejarah seorang Ketua Menteri dan Kerajaan pimpinannya yang baharu dibentuk serta-merta berhadapan dengan kegawatan yang luar biasa. Krisis yang dihadapi melibatkan soal ancaman nyawa dan tekanan sara hidup rakyat serta gugatan ekonomi yang berpunca daripada faktor di luar kawalan kita.

 

18.    Keempat, situasi menjadi bertambah mencabar apabila jentera kerajaan tidak dapat digerakkan sepenuhnya atas keperluan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seminggu selepas mengangkat sumpah, saya sendiri menjadi sebahagian daripada statistik pesakit COVID-19. Pasca PRN ke-16 juga telah menjadikan Sabah sebagai negeri dengan kes tertinggi yang sekali gus menjadi punca penyebaran virus ke seluruh negara.

 

 


PELAPORAN PENCAPAIAN SMJ

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

19.    Hari ini, kita masih dilingkari penularan virus COVID-19. Varian baharu terkini iaitu omicron telah merebak dengan lebih ganas sehingga pernah mencecah angka 5,000 kes jangkitan positif sehari sekitar bulan Februari lalu. Virus ini akan terus hidup bersama kita untuk tempoh yang agak lama dan implikasinya akan terus dan terpaksa kita bendung dan hadapi, dalam pelbagai aspek. Namun Alhamdulillah, saya amat bersyukur, setelah 18 bulan berlalu sejak saya memimpin Kerajaan, kita berupaya bersama-sama membendung keadaan dan bangkit dari belenggu permasalahan.

 

20.    Buat kesekian kalinya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menangani cabaran pandemik, khususnya buat para petugas barisan hadapan. Begitu juga penghargaan perlu diberikan kepada sekalian rakyat yang telah memberikan kerjasama terhadap segala usaha kerajaan dengan kesabaran, disiplin dan semangat kekitaan sebagai sebuah Keluarga Malaysia sebagaimana yang diterjemahkan melalui tema ‘kita jaga kita’.

 

21.    Agenda pengurusan kesihatan awam akibat COVID-19 telah digerakkan seiring dengan proses pemulihan ekonomi. Sejajar dengan Aku Janji GRS-BN, komitmen kita adalah untuk mengembalikan landasan pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus melonjakkan kedudukan ekonomi dan kemajuan negeri. Atas sebab itu, Kerajaan Negeri telah mula dan bertindak segera melakar dan melaksanakan strategi dan pendekatan bagi memulihkan ekonomi, sungguhpun ketika itu kita masih berada dalam fasa pandemik yang serius. 

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

22.    Berkat kesungguhan dan muafakat semua pihak, usaha kita telah menunjukkan perkembangan yang positif dan menghasilkan pelbagai pencapaian yang signifikan. Saya tidak berhajat untuk menghuraikan perkembangan setiap satu daripada lebih 500 inisiatif di bawah Hala Tuju SMJ atas kekangan masa dan tanggungjawab pelaporan telah diberikan kepada setiap kementerian. Pada kesempatan yang terhad ini, suka saya berkongsi beberapa indikator yang menyentuh aspek pemboleh daya (enabler) dan teras utama SMJ.


  


PEMBOLEH DAYA SMJ

 

23.    Antara pemboleh daya penting adalah kemampanan fiskal. Keupayaan kita untuk meningkatkan perbelanjaan bagi faedah rakyat akan bergantung kepada kemampanan hasil negeri. Atas sebab itu, antara fokus Hala Tuju adalah untuk meningkatkan hasil negeri melalui pelbagai pendekatan termasuk strategi percukaian. Sebagaimana yang telah diumumkan, kita telah melakar sejarah baharu dengan kutipan hasil tertinggi negeri bagi tahun 2021. Pertama kali sejak merdeka kita berjaya menembusi angka RM 5 bilion dengan jumlah keseluruhan kutipan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021 ialah RM 5.449 bilion. Sungguhpun mencabar, kita akan terus berusaha untuk memastikan momentum ini dapat dikekalkan.

 

24.    Selain itu, Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat akhir memuktamadkan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan berhubung kajian semula pemberian khas kepada Negeri Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Kita yakin rundingan ini akan dapat memberikan jumlah pertambahan pemberian khas pada kadar yang signifikan sekali gus akan membantu meningkatkan hasil negeri.

 

25.    Kita juga mensasarkan pertambahan hasil negeri dengan penerokaan sumber baharu, inisiatif-inisiatif pelaburan dan pelbagai aktiviti ekonomi lain melalui pembayaran seperti cukai, premium tanah dan royalti. 

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

26.    Sejajar dengan usaha menggalakkan penglibatan badan berkanun dan GLCs dalam sektor ekonomi, kerajaan juga akan mempertimbangkan strategi pemerkasaan amalan tadbir urus korporat. Matlamat utama adalah untuk memastikan semua badan dan syarikat terlibat menunaikan tanggungjawab pembayaran dividen yang lebih tinggi. Bagi tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah RM112.2 juta dividen daripada badan berkanun dan GLCs yang merupakan peningkatan sebanyak 12.9 peratus berbanding tahun 2020. Kita mahu pemerkasaan peranan badan berkanun dan GLCs datang bersama sumbangan yang lebih signifikan kepada usaha meningkatkan hasil negeri.

 

27.    Dalam berusaha meningkatkan hasil negeri, kita juga akan sentiasa memastikan kedudukan kewangan berada dalam keadaan yang stabil dan diurus serta dibelanjakan secara berhemah tanpa menjejaskan rezab sedia ada. Tanggungjawab ini berkait secara langsung dengan aspek tadbir urus, keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian kerajaan yang juga merupakan pemboleh daya SMJ.

 

28.    Agenda meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan agensi awam merupakan satu usaha berterusan sejajar dengan peranan penting dalam menjayakan Hala Tuju kerajaan. Antara pendekatan yang telah dilaksanakan adalah pengenalan Polisi Amalan Baik Peraturan Negeri Sabah (GRP Sabah), peluang pengajian dan latihan sehingga ke peringkat doktor falsafah, latihan dalam perkhidmatan, pemerkasaan pentadbiran daerah, pewujudan pelan anti rasuah dan pelbagai inisiatif lain.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

29.    Kerajaan Negeri juga melaksanakan strategi untuk memberi pendedahan awal kepada graduan muda tempatan untuk mendapat pengalaman dalam perkhidmatan awam melalui Program Hi-Talent dan Felo Sabah Maju Jaya. Program ini sekali gus menjadi platform untuk mengenal pasti potensi calon berkelayakan untuk dipertimbangkan perkhidmatan dalam kerajaan.

 

30.    Keberkesanan sistem penyampaian juga melibatkan pemboleh daya kerajaan digital yang berteraskan teknologi dan inovasi. Selain  memanfaatkan pelbagai inisiatif program pendigitalan kerajaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui kerjasama pintar, Kerajaan Negeri juga telah berjaya merangka Pelan Transformasi Digital. Pelaksanaan pelan ini melibatkan tiga fasa iaitu Fasa Automasi Digital, Fasa Transformasi Digital dan Fasa Inovasi Digital. Inisiatif Kerajaan Digital akan memacu usaha meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan sistem penyampaian kerajaan sekali gus membantu kejayaan pelan pembangunan negeri.

 

 


TERAS UTAMA SMJ

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

31.    Pelbagai strategi berkaitan aspek pemboleh daya berjalan seiring dan memacu pelaksanaan tiga teras utama Hala Tuju SMJ. Banyak inisiatif dan program yang telah direalisasikan di bawah teras pertama iaitu melonjakkan pertumbuhan ekonomi melalui tiga Sektor Fokus Utama iaitu Pertanian, Perindustrian dan Pelancongan yang kelak akan dihuraikan oleh setiap kementerian bertanggungjawab.

 

32.    Fokus pertumbuhan sektor pertanian adalah membina rantaian nilai, khususnya pengeluaran, penghasilan, pemprosesan dan pemasaran. Selain memastikan sektor ini lebih kompetitif melalui teknologi dan inovasi, usaha pemodenan ini melibatkan kumpulan petani, penternak dan nelayan sekali gus membantu membina kapasiti mereka dengan pelbagai bantuan serta bimbingan.

 

33.    Manakala, pelbagai usaha sedang digerakkan untuk melonjakkan potensi sebenar sektor perindustrian negeri. Kita optimis Sabah boleh kembali berada pada kedudukan sebagai kuasa besar industri (industrial powerhouse) di negara ini sebagaimana dalam era 1980-an. Antara inisiatif yang dilaksanakan adalah penambahbaikan infrastruktur, pembinaan kapasiti keusahawanan, penerokaan sumber khazanah secara mapan dengan rantaian nilai yang lebih tinggi, peningkatan pelaburan dan penyertaan syarikat tempatan dalam sub-sektor strategik.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

34.    Dalam konteks ini, antara fokus adalah meningkatkan penyertaan bermakna negeri dan syarikat tempatan dalam industri minyak dan gas. Kejayaan Kerajaan Negeri dalam menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan PETRONAS pada 7 Disember 2021 merupakan langkah penting merealisasikan hasrat tersebut. Melalui CCA, Sabah akan mempunyai suara, penyertaan dan perkongsian hasil yang lebih besar dalam industri minyak dan gas kita.

 

35.    Tidak sampai sebulan dari tarikh CCA dimeterai, kita telah dapat melihat hasilnya dengan Pelancaran Pelan Induk Gas Sabah (SGM) pada 4 Januari 2022. SMJ Petroleum Sdn. Bhd. telah ditubuhkan sebagai entiti negeri yang akan menyelaraskan tindakan susulan dan kerjasama dengan PETRONAS serta pemain industri minyak dan gas yang lain. Kerjasama rapat ini bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi kemajuan industri berkenaan di negeri ini sekali gus melonjakkan rantaian nilai penyertaan GLCs berkaitan dan syarikat-syarikat tempatan lain. Alhamdulillah, hari ini kita bakal menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman yang melibatkan inisiatif pelaburan di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

 

36.    Bagi sektor pelancongan, usaha sedang giat dilaksanakan bagi pembukaan produk-produk pelancongan untuk pelancongan domestik dan sekali gus pembukaan sempadan negara secara berperingkat bermula 1 April 2022 ini. Agensi-agensi berkaitan sedang melaksanakan promosi pelancongan yang lebih agresif, menyelenggara produk pelancongan sedia ada, memperkasa infrastruktur dan kemudahan asas serta meneroka peluang baharu. Antara strategi adalah mempromosikan Sabah sebagai destinasi pelancongan luar bandar bertaraf dunia sejajar matlamat mencapai ASEAN Standard menjelang tahun 2025. Kini kita mempunyai lebih 500 pengusaha pelancongan desa berasaskan komuniti.

 

37.    Selain itu, Kerajaan juga mengambil inisiatif untuk merintis lonjakan imej dan persekitaran bandar-bandar utama khususnya Bandaraya Kota Kinabalu sebagai pintu masuk udara utama. Selain menambah baik prasarana dan kebersihan, lanskap dan wajah Kota Kinabalu pada masa depan akan berubah dengan pelaksanaan pelbagai jenis projek pembangunan seperti di kawasan Waterfront, Star City, Hyatt Centric, The Shore, Sadong Jaya, Coral Bay, Tanjung Aru Eco Development, Jesselton Quay Central, Pavillion Harbour City, Jesselton 101, Botanical Garden, pengindahan Menara Jam Atkinson dan banyak lagi.

 

 


KEPENTINGAN INISIATIF PELABURAN

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

38.    Secara keseluruhannya, lonjakan pembangunan ketiga-tiga sektor ekonomi utama di bawah Hala Tuju SMJ akan melibatkan inisiatif pelaburan sebagai enjin pertumbuhan. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada inisiatif dan sumber domestik. Atas sebab itu, saya amat bertegas dalam aspek keterbukaan dan komitmen dalam meningkatkan pelaburan. Sering saya ulangi bahawa kita mesti mengamalkan pendekatan mesra pelabur termasuk dalam urusan birokrasi. Ini kerana penilaian persekitaran pelaburan yang kondusif itu bukan hanya dalam konteks kestabilan, infrastruktur fizikal dan kekayaan sumber, tetapi juga polisi serta peraturan kerajaan dan amalan tadbir urus serta sikap jentera sesebuah kerajaan.

 

39.    Saya menyeru semua agensi berkaitan untuk menjadikan inisiatif pelaburan asing yang melibatkan syarikat Kumpulan LINACO bagi penanaman kelapa bersepadu, dan syarikat SK Nexilis bagi pembuatan kerajang tembaga, sebagai contoh dan model kejayaan untuk merealisasikan pelaburan dalam tempoh kurang setahun dari tarikh MOU dimeterai.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

40.    Teras utama kedua Hala Tuju SMJ iaitu modal insan dan kesejahteraan rakyat digerakkan secara berterusan sebagaimana komitmen untuk bukan sahaja menjadikan Negeri Sabah maju, tetapi rakyatnya juga berkemajuan. Pembangunan modal insan yang merupakan pelaburan masa depan dilaksanakan melalui penambah baikan program-program sedia ada dan inisiatif-inisiatif baharu yang melibatkan pendidikan, latihan, bimbingan, bantuan pengembangan kerjaya dan keusahawanan. Antaranya inisiatif BUDI, BAKTI, BAIK, BISTARI, BISBAH, BAGUS, AKSA, Dewan Belia Sabah dan Majlis Perundingan Pelajar Sabah, PitchBorneo dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Kerajaan terus komited untuk meningkatkan peluang biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan.  

 

41.    Kesejahteraan rakyat akan terus menjadi teras penting dalam dasar dan program kerajaan. Dalam tempoh pandemik, Kerajaan Negeri telah membelanjakan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion bagi membantu rakyat. Jumlah ini tidak termasuk bantuan bulanan dan bantuan one-off yang disalurkan kepada golongan yang memerlukan bagi kes kesihatan, bencana dan lain-lain.

 

42.    Selain itu, pembinaan perumahan rakyat akan terus menjadi keutamaan. Antaranya projek yang telah dan hampir siap adalah penyediaan 750 unit rumah mampu milik di Papar dan di Tuaran. Manakala, dalam tempoh RMKe-12, pembinaan sebanyak 175 unit rumah mampu milik sedang bermula yang melibatkan kawasan Kemabong, Sukau, Melalap dan Beluran. Kita juga akan melaksanakan pembinaan kompleks perumahan penjawat awam di tapak seluas 136 ekar di Papar.


  


Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

43.    Kualiti dan tahap kesejahteraan rakyat juga bergantung kepada akses kepada jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau yang merupakan teras utama ketiga Hala Tuju SMJ. Keperluan penambah baikan jaringan infrastruktur merupakan antara cabaran utama yang menuntut peruntukan yang amat besar. Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk mengenal pasti mekanisme penyelesaian, Di samping itu, kita akan memastikan projek-projek berimpak yang telah diluluskan dapat segera dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual seperti Projek Lebuh Raya Pan Borneo, Jalan-Jalan Luar Bandar dan Program JENDELA.

 

44.    Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk melaksanakan semua inisiatif yang dirancang dalam agenda kelestarian hijau. Kita akan memastikan sasaran 30 peratus atau seluas 2.2 juta hektar kawasan hutan Sabah diwartakan sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPAs). Ini sekali gus menjadikan Sabah sebagai teras kepada pelaksanaan Heart of Borneo Initiative. Sabah juga telah mendahului rekod tertinggi dalam menjayakan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi suku tahun pertama 2022. Selain itu, Jabatan Perhutanan Sabah telah berjaya merangka Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan 2022-2036.

 

 


PENUTUP - ASPIRASI

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

 

45.    Alhamdulillah, secara keseluruhannya, telah banyak kejayaan yang kita capai, namun masih banyak yang perlu kita terus usahakan. Semua ini adalah hasil kerjasama dan kesungguhan banyak pihak. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam perjuangan murni ini. Perjalanan seterusnya menuntut kita bekerja dengan lebih keras dengan sederap langkah sebagai satu pasukan.

 

46.    Demi memperkemaskan gerak kerja penyelarasan di semua peringkat termasuk kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan, kita melihat keperluan untuk menginstitusikan Sekretariat Hala Tuju Sabah Maju Jaya sebagai satu badan penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan. Dengan mekanisme yang lebih komprehensif dan tersusun, kita yakin akan dapat melonjakkan pencapaian pelan pembangunan SMJ.

 

47.    Akhir kata, saya mengajak semua untuk bersatu menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya. Marilah kita meletakkan kepentingan besar tanah air melebihi segala kepentingan lain. Kita pasti ada perbezaan, namun biarlah kita melihat dan mencati kepada titik persamaan. Sungguhpun kita tidur lain-lain bantal, lain-lain bilik, dan mungkin lain-lain rumah, namun yang pasti, bumi tempat dipijak tetap sama; Sabah tanah air tercinta. Dan saya yakin kita punyai mimpi yang sama, hasrat dan cita-cita yang serupa, iaitu ingin melihat Negeri SABAH yang lebih MAJU dan berJAYA, aman dan makmur dalam Malaysia.

 

Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualaikum Wrt. Wbt.


#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #AsalBukanUMNO #ABU #DOTA2 #TI10 #AMENO #UMNGOK #OMICRON #HappyNewYear2022 #NewYear2022 #Omicron #SabahMajuJaya #SMJ #SembangKari #SembangKariKepalaIkan

No comments:

Post a Comment