Genap setahun PRN-16 (26.09.2021) berlalu, dan pastinya telah meninggalkan banyak pengalaman dan ilmu berguna kepada semua pihak terutamanya ahli politik. PRN-16 disifatkan sebagai PRN yang paling unik bagi negeri Sabah, tidak hanya kerana jumlah calon dan parti politik yang bertanding, tetapi juga buat pertama kalinya terdapat kerusi yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri bekas parti pemerintah (Barisan Nasional – BN) dengan rakan gabungan baharu (Perikatan Nasional – PN) serta Parti Bersatu Sabah (PBS).

PRN-16 seharusnya menyedarkan semua pihak terutama parti politik akan realiti sebenar bahawa, era kekuasaan UMNO sudah berakhir dan tidak ada satu parti yang mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di negeri Sabah sepertimana yang turut berlaku dibeberapa buah negeri termasuk kerajaan pusat yang mentadbir Malaysia pada ketika ini.

Jika diamati kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) menerusi hantaran di FB beliau, yang memuji keputusan UMNO Sabah yang senada dengan keputusan Presiden UMNO Pusat, bahawa UMNO akan bertanding disemua KERUSI TRADISI UMNO pada pilihan raya akan datang, mungkin DARD terlupa bahawa P.170 Tuaran bukanlah kerusi tradisi UMNO. Malah DARD dan seluruh jentera UMNO Sabah lupa, PRN-16 telah memberi gambaran jelas bahawa istilah kerusi tradisi sudah tidak lagi relevan jika mengambil kira keputusan dibeberapa kerusi yang ditandingi UMNO.


P.170 Tuaran Bukan Untuk Calon Buangan
Umum mengetahui bahawa DARD merupakan calon UMNO bagi kerusi parlimen P.169 Kota Belud pada PRU-12 (17,842 undi, majoriti 3,020 undi)  dan PRU-13 (21,768 undi, majoriti  5,095 undi)  sebelum dihalau keluar dari bertanding di P.169 Kota Belud dan terpaksa bertanding di P.171 Sepanggar sekaligus menyaksikan kerusi yang sebelum ini merupakan kerusi selamat bagi mantan Ahli Parlimen terdahulu Datuk Jumat Idris (PRU-13: 22,845 undi, majoriti 9,442 undi) menjadi kerusi mudah buat Parti Warisan Sabah (PWS) yang turut mempertaruhkan calon luar, Datuk Aziz Jamman (28,420 undi, majoriti 12,984 undi). 

DARD yang disifatkan sebagai antara calon berbakat yang tidak mempunyai kawasan, telah menjadi liabiliti besar kepada UMNO P.171 Sepanggar pada PRU-14, yang ketika itu tidak hanya dihimpit dengan rentetan isu nasional yang tidak terjawab, bahkan juga kemelut dalaman UMNO Pusat dan kemelut UMNO Bahagian P.171 Sepanggar yang setia kepada Datuk Jumat Idris. Hasilnya, kawasan berstatus Putih dengan majoriti besar pada PRU-13 (majoriti 9,442 undi) bertukar kepada kawasan berstatus Hitam pada PRU-14 (majoriti -12,984 undi). Badi kekalahan di P171 Sepanggar (PRU-14) tidak seharusnya di bawa ke P.170 Tuaran yang ketika ini merupakan kerusi berpotensi menang bagi GRS.


P.170 Tuaran Bukan Kawasan Tradisi UMNO
Cakap-cakap bahawa DARD berhasrat dan bakal bertanding di kerusi Parlimen P.170 Tuaran pada PRU-15 nanti, bukan lagi rahsia. Selaku ketua Bahagian UMNO P.170 Tuaran, beliau pastinya tidak dapat menyembunyikan hasrat tersebut. Ini ditambah lagi dengan khabar angin bahawa DSP Salleh Said Keruak yang dikatakan masih berminat untuk bertanding pada PRU-15 bagi kerusi P.169 Kota Belud, menjadi antara faktor kenapa DARD mengalihkan tumpuan kepada P.170 Tuaran. Antara fakta jelas yang mendorong minat beliau untuk melobi kerusi P.170 Tuaran;
i. P.170 Tuaran mejadi kerusi “free for all” setelah UPKO bertindak meninggalkan BN selepas PRU-14 dan menyertai WarisanPlus.

ii. Status selaku Ketua UMNO Bahagian P.170 Tuaran

iii. Kerusi N.10 Sulaman (sebelum laporan persempadanan 2017) yang kini dipecahkan kepada dua (2) DUN iaitu N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit, merupakan kerusi majoriti pengundi Bumiputra Islam (BI) dan berstatus PUTIH bagi mana-mana calon BERSATU dan UMNO yang berminat untuk bertanding.

iv. Mengambil kira momentum PRN-16 yang menyaksikan calon UMNO memenangi satu (1) kerusi DUN N.13 Pantai Dalit menerusi calonnya En. Jasnih Bin Daya (6,868 undi, majoriti 3,794 undi)


Jika kesemua faktor tersebut digunapakai sebagai hujah dan indikator untuk beliau (DARD) bertanding di kerusi P.170 Tuaran, maka jelas beliau “Syok Sendiri”. Berikut disenaraikan fakta kenapa DARD dikatakan Syok Sendiri;

i. P.170 Tuaran bukan kawasan tradisi UMNO. Kerusi ini dahulunya ditandingi oleh calon-calon daripada komponen BN (PBS dan UPKO). PBS kini sebahagian daripada rakan dan komponen GRS sementara UPKO kini sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

ii. P.170 Tuaran merupakan kerusi majoriti pengundi KadazanDusun Murut dan Rungus (KDMR). Mengikut data Daftar Pemilih SPR ST3 2020, seramai 30,371 (55.87%) pengundi adalah KDMR sementara Bumiputra Islam (BI) hanya seramai 20,040 (36.87%) pengundi. Persoalan yang timbul, apakah DARD diterima oleh masyarakat KDMR?

iii. P.170 Tuaran perlu sokongan semua komponen GRS untuk menang. Majoriti undi diperoleh calon BN menerusi parti UPKO adalah, PRU-12 (17,645 undi, majoriti 6,622 undi), PRU-13 (20,685 undi, majoriti 5,190 undi) dan PRU-14 (22,494 undi, majoriti 7,624 undi) jelas menyaksikan pola pengundian kawasan majoriti pengundi KDMR (N.09 Tamparuli dan N.11 Kiulu) tidak berpihak kepada calon BN (DSP. Wilfred Madius Tangau – UPKO). Faktor kemenangan calon BN di P.170 Tuaran (PRU-12 hingga PRU-14) datangnya daripada sokongan padu pengundi BI di dun N.12 Sulaman. Jika mengambilkira hubungan semasa UMNO dengan BERSATU dan hubungan UMNO dengan komponen GRS (PBS dan STAR), agak sukar untuk DARD mendapat sokongan daripada pengundi KDMR.

iv. N.13 Pantai Dalit tidak mungkin mampu dimenangi oleh UMNO jika BERSATU meletakkan calon pada PRN-16 yang lalu. Jika berlaku pertembungan tiga (3) penjuru di N.13 Pantai Dalit, berkemungkinan besar kerusi tersebut sukar untuk dimenangi oleh calon UMNO (YB. Jasnih Daya). N.10 Sulaman yang kini terbahagi kepada dua (2) iaitu N.12 Sulaman dan N.13 Pantai Dalit, merupakan kawasan yang dijaga rapi oleh Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor. Fakta ini seharusnya disedari oleh DARD. Mampukah UMNO memenangi kerusi Parlimen P.170 Tuaran tanpa sokongan DSP Hj. Hajiji Hj. Noor (N.12 Sulaman) dan dua (2) Adun PBS yang lain iaitu Datuk Jahid Jahim (N.14 Tamparuli) dan Datuk Joniston Bangkuai (N.15 Kiulu)? 


DARD perlu sedar, bahawa rakyat sentiasa menilai setiap apa yang dibuat dan dituturkan oleh ahli politik. Seharusnya DARD menegakkan kuasa AUTONOMI UMNO yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 (PAU 2019). UMNO Sabah seharusnya tidak lagi terikat dengan keputusan UMNO Pusat berhubung soal penetapan Calon dan hala tuju UMNO Sabah yang dikatakan akan di “lokalkan” mengikut cara dan acuan Sabah. Adakah autonomi tersebut hanya indah khabar dari rupa?

Rakyat tidak akan lupa setiap apa yang diungkapkan DARD dalam rakaman audio yang membawa kepada kemelut politik negara ketika Pandemik Covid-19 (Gerakan 15 Ahli Parlimen UMNO). Seharusnya DARD dan mana-mana pemimpin UMNO mengurangkan kenyataan kontroversi yang berupaya menganggu-gugat kestabilan dalam GRS. Kini Perdana Menteri datangnya daripada UMNO sepertimana yang dihajatkan oleh ahli UMNO termasuk DARD yang terlibat dalam Gerakan MT UMNO menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Seharusnya DARD dan pemimpin-pemimpin UMNO sentiasa membantu dan menasihati PM agar memberi bantuan dan gerak kerja yang jauh lebih baik daripada Mantan PM terdahulu (Tan Sri Mahiaddin Yassin), dan bukannya sibuk menunjuk taring masing-masing.

Semua pihak harus sedar, realitik politik semasa bahawa, baik GRS mahupun UMNO dan WarisanPlus, tidak ada satu parti yang mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa saling bekerjasama. Istilah siapa banyak kerusi dan kerusi tradisi, tidak lagi relevan untuk dibahaskan pada ketika ini. Kerana hakikat sebenar, semua kerusi adalah kerusi “free for all” dan berpotensi menang untuk semua parti dan calon bertanding. 

Jika istilah KERUSI TRADISI dijadikan indikator penting penetapan kerusi yang bakal ditandingi UMNO kelak, mana mungkin terdapat KERUSI TRADISI yang sebelum ini dimenangi UMNO telah KALAH kepada calon BEBAS (N.03 Pitas dan N.43 Kemabong) dan PBS (N.34 Lumadan).

KURANGKALAH EGO TIDAK BERTEMPAT, FOKUS KEPADA HAKIKAT SEBENAR KEWUJUDAN GRS, IAITU DEMI RAKYAT BUKANNYA DEMI KUASA, KERUSI MAHUPUN EGO. 

Renung-renungkan.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga #DARD