qaree

Saya tertarik untuk menjernihkan suasana yang timbul membabitkan Bersatu dan UMNO susulan kenyataan di laman Facebook rasmi Saudara Ir Abdul Aziz Julkarnain. Untuk makluman sahabat saya Saudara Ir Abdul Aziz Julkarnain, pergolakan politik tanah air dan hubungan dalaman GRS bukanlah agenda utama dalam Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah yang diadakan di Magellan Sutera Resort pada Sabtu lalu.

Dalam mesyuarat berkenaan, Tan Sri Mahiaddin sempat menyampaikan ucapan tahniah kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah genap setahun mentadbir Sabah. Menurut Tan Sri lagi, kewujudan GRS adalah bukti keunikan dan kematangan berpolitik pemimpin Sabah yang tidak terpengaruh dengan sentimen dan ketidak stabilan politik di peringkat persekutuan.

Mesyuarat lebih berkisar kepada gerak kerja Tan Sri yang kini telah dilantik selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara dalam memastikan kelancaran proses pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang.


Tidak wujudpun sebarang keputusan dan mesyuarat berhubung dengan agihan kerusi yang bakal ditandingi. 

Untuk lebih jelas, kenyataan berhubung "PRU15: Bersatu sedia bertembung jika UMNO tidak ubah pendirian - Muhyiddin" hadir susulan soalan daripada Wartawan yang bertanya "Apa pendirian Bersatu dengan Keputusan Pemimpin UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15?".

Selaku pemimpin nombor satu Bersatu, Tan Sri telah memberikan jawapan yang jelas dan berhemah "kita dalam Bersatu ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu, maknanya itulah keputusan yang mereka ambil. Maka, kalau kita terpaksa bertembung dan tiada cara untuk mengelakkannya jadi, kita akan menghadapinya". 

Dua perkara yang Saudara Saya Ir Abdul Aziz perlu jelas menerusi kenyataan tersebut adalah:
1. Keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) diteruskan hingga pembubaran Parlimen.

2. Kenyataan Tan Sri jika itu KEPUTUSAN UMNO dan TIADA CARA untuk mengelakkannya yang dengan jelas menjawab pertanyaan Wartawan berhubung dengan keputusan PAU2020 dan kenyataan terbuka dan lantang pemimpin utama UMNO yang menolak sebarang kerjasama dengan BERSATU. 


Saudara Ir Abdul Aziz seharusnya sedar bahawa kenyataan tersebut hadir sebagai menjawab pertanyaan daripada pihak wartawan dan bukannya keputusan daripada mesyuarat berkenaan

Perlu diambil maklum oleh Saudara Ir Abdul Aziz, pemimpin Bersatu Sabah sehingga ke hari ini tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang  mengguris mana-mana pemimpin GRS termasuk UMNO. Malah Bersatu Sabah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Hj. Noor sentiasa mengingatkan pemimpin-pemimpin dan ahli Bersatu di seluruh Sabah agar sentiasa menjaga hubungan baik yang wujud dalam GRS kerana ini adalah kerajaan yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada PRN16 yang lalu.

Meskipun usia GRS baru setahun jagung, tapi janganlah hendaknya kenyataan terbuka dan tidak sensitif sebegini dijadikan norma dan amalan dalam melontarkan pandangan. Seharusnya pemimpin GRS termasuk pemimpin muda menunjukkan contoh dan tauladan terbaik kepada pengundi-pengundi muda di luar sana. Setiap kenyataan yang meragukan perlu dibincang dan diselesaikan secara dalaman dan bukannya dibawa ke pengetahuan umum yang mana akan merugikan GRS itu sendiri. 


Bagaimana mungkin GRS mampu meyakinkan pengundi muda untuk memilih calon-calon GRS pada PRU-15 kelak, jika pemimpin dalam GRS saling bercakaran sesama sendiri.

Diharapkan dengan pencerahan ini akan memberi gambaran akan apa yang sebenarnya berlaku pada Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabtu lalu. Jika masih wujud keraguan dan kekeliruan, tidak salah untuk kita duduk Kupi-kupi kerana ini adalah budaya orang Sabah. Janganlah hendaknya perbezaan politik menjarakkan hubungan silaturahim sesama kita di Sabah yang kaya denga adat resam dan budaya. 

Salam perpaduan daripada Saya,

Abqaree Fawwaz Abekan
AMPT Bersatu
Exco Armada Nasional
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga