PETRONAS

KOTA KINABALU (26 Oktober 2021): Kabinet negeri telah mengesahkan pembinaan gas asli cecair (LNG) pesisir pantai yang pertama dan terbesar di Sabah oleh PETRONAS di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP). 

Mengumumkan perkara ini di sini hari ini, susulan kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata projek LNG, tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID) pada tahun 2022 adalah langkah ke arah yang betul yang mana kerajaan terus mengusahakan lebih banyak peluang untuk mendapatkan hasil tambahan melalui penyertaan ekuiti untuk Sabah.

"Projek LNG pesisir pantai adalah hasil kajian bersama antara kerajaan negeri dan PETRONAS untuk mengenal pasti pilihan penerokaan gas yang optimum dalam usaha memaksimumkan jangka panjang ekonomi yang akan memberi manfaat kepada rakyat Sabah," tambahnya.


Ketua Menteri memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan melihat lebih banyak pilihan untuk memastikan rakyat Sabah meraih faedah daripada sektor minyak dan gas negeri ini.

Loji baharu LNG itu dijangka meningkatkan jumlah pengeluaran LNG daripada 2.7 kepada 4.7 juta tan metrik setahun (MTPA), menambah 2 juta MTPA lagi kapasiti pengeluaran LNG.

Apabila beroperasi, loji LNG akan mengukuhkan lagi ekosistem bakat tempatan dan syarikat yang mempunyai kemahiran khusus untuk menjalankan operasi dan perkhidmatan sokongan.
 
Loji LNG pesisir pantai akan dibangunkan di SOGIP di mana gas akan dibekalkan dari lapangan gas Sabah melalui Saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) yang sedia ada.
 

Loji itu akan di sambungkan berhampiran sambungan jeti baharu Petronas Chemicals Fertilizer Sabah dan disokong oleh utiliti dan kemudahan yang terpilih dari daratan.
 
Dengan keupayaannya yang boleh dipindahkan, loji LNG pesisir pantai mampu menyediakan penggunaan aset secara berterusan dan mengoptimumkan pelaburan.

Aktiviti Front End Engineering Design (FEED) untuk projek ini akan bermula pada akhir Oktober 2021 dan tertakluk kepada keputusan pelaburan akhir (FID), loji LNG  pesisir pantai dirancang akan siap untuk bermula (Ready for Start-Up) pada akhir tahun 2026.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga