DDJK

Penampang (19 September 2021 (Ahad): Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan telah melawat beberapa kawasan di Sugud pada pagi tadi.

Sugud merupakan antara kawasan yang terjejas teruk akibat bencana banjir luarbiasa yang disebabkan oleh hujan lebat tanpa henti beberapa hari yang lalu. Antara kampung-kampung yang paling teruk terjejas ialah Kg. Kodou, Kg. Tampasak and Kg. Koidupan.

Pegawai-pegawai atasan dari Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah turut dijemput meninjau dan memberikan taklimat kepada YB Menteri.  Antara pegawai-pegawai lain yang hadir ialah PPM Penampang Tn. Joe Sulaiman, AJK Bahagian STAR Moyog & Kapayan, Pasukan Wiramuda STAR diketuai oleh Sdr. Rizal Johari, Red Respond Team, serta pasukan Penyelaras Parlimen STAR Penampang yang diketuai oleh Tuan Kenny Chua.


Semasa meninjau kawasan sungai yang terhakis serta kawasan jalan raya kampung yang teruk diliputi lumpur tebal dan runtuhan tanah dari tebing bukit berdekatan; Dr. Jeffrey sempat berjumpa beberapa penduduk yang terkesan sambil memberikan kata-kata semangat kepada mereka berserta bantuan.

Sidang media juga diadakan berdekatan dengan kawasan terbabit. Dr. Jeffrey memberitahu pihak media bahawa Kerajaan Sabah telah memperuntukkan sebanyak RM9 juta untuk kerja-kerja Mitigasi Banjir (Fasa 3) di Sungai Sugud sepanjang 1.13 km yang akan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan.

Projek tersebut akan dimulakan dengan segera pada tahun ini dan kontraktor yang sesuai telah dikenalpasti. Dr. Jeffrey berharap usaha pelebaran sungai tersebut dapat meningkatkan keupayaan saliran sungai untuk menampung air bagi menangani masalah banjir kilat di kawasan terlibat walaupun ia tidak dapat selesaikan masalah ini dengan sepenuhnya.


Beliau juga mengatakan bahawa perubahan iklim (Climate Change) merupakan satu masalah fenomena global dan semua pihak harus bertanggungjawab dan mengambil peranan untuk memelihara alam semulajadi demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita.

Bagi penduduk-penduduk Sugud yang terjejas akibat banjir luar biasa ini, kebajikkan mereka harus diutamakan dan dijangka beberapa Jabatan serta agensi kerajaan akan tampil ke depan untuk memberikan bantuan yang sewajarnya.
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga