VAKSINASI HARIAN SABAH CECAH 50 RIBU, SABAH DALAM LANDASAN TERBAIK CAPAI IMUNITI KELOMPOK MENJELANG AKHIR TAHUN 2021


Negeri Sabah berada pada landasan terbaik untuk mencapai imuniti kelompok (80 peratus penduduk menerima vaksin) menjelang Disember 2021 apabila untuk tempoh lima hari berturut-turut, kadar pemberian dos vaksin (dos 1 dan dos 2) mencecah lebih 50 ribu.

Bermula 24 Julai 2021, kadar pemberian vaksin (dos 1 dan 2) bagi negeri Sabah telah mencecah 30 ribu dos sehari berbanding dengan bulan sebelumnya. Perkembangan ini selaras dengan Hasrat kerajaan GRS pimpinan DSP Hj. Hajiji Hj Noor untuk memastikan rakyat Sabah berupaya mencapai imuniti kelompok menjelas Disember 2021, seterusnya rakyat dapat hidup seperti sedia kala dalam norma baharu dengan tidak mengabaikan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kerajaan GRS yang sebelum ini meletakkan sasaran vaksinasi harian sebanyak 30 ribu bermula julai 2021 seterusnya meningkat kepada 50 ribu dos sehari, telah membuktikan bahawa angka itu tidak mustahil untuk dicapai dengan kerjasama semua pihak, tidak hanya kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri bahkan juga rakyat. Kerajaan Sabah pada Julai 2021 juga turut meletakkan sasaran 50 peratus penduduk di negeri ini menerima vaksin menjelang Oktober 2021. 


Sehingga 16 Ogos 2021, 47.3 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima satu dos vaksin dan 23.6 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos. Jika momentum ini berjaya dikekalkan, dalam tempoh beberapa hari lagi, Sabah akan dapat mencapai sasaran 50 peratus penduduk dewasa menerima vaksin lebih awal daripada yang disasarkan, iaitu Oktober 2021.


Berdasarkan rajah di atas, jumlah pemberian vaksin harian tertinggi direkodkan pada 12 Ogos 2021 dengan sejumlah 55,237 dos direkodkan merangkumi 22,499 (penerima dos 1) dan 32,738 (penerima dos 2). Untuk tempoh dari 1 hingga 17 Ogos 2021, sasaran pemberian 30 ribu dos vaksin harian berjaya dilepasi. Antara faktor yang mempengaruhi kejayaan ini termasuklah;

i. Komitmen Kerajaan Persekutuan memastikan bekalan Vaksin untuk negeri sentiasa mencukupi. Sabah telah menerima 1 juta dos vaksin pada Julai 2021 dan tambahan 1.2 juta pada awal bulan Ogos 2021. Selain itu, Sabah turut menerima tambahan sebanyak 2.8 juta vaksin jenama Pfizer dan dos tunggal jenama Cansino. Sabah dijadualkan akan menerima bekalan tersebut secara berperingkat sepanjang bulan Ogos 2021.

ii. Tindakan proaktif kerajaan negeri untuk membeli sendiri bekalan vaksin Pfizer jelas menunjukkan bahawa kerajaan Sabah serius untuk mencapai imuniti kelompok sebelum penghujung tahun 2021. Tindakan ini juga, sebagai persediaan awal untuk menampung kekurangan bekalan yang dijangka berlaku susulan ganguan pengeluaran vaksin Pfizer di peringkat global. Tindakan ini sebagai inisiatif bagi memastikan program vaksinasi di negeri Sabah berjalan lancar mengikut jadual dan tidak terbantut ekoran kekurangan bekalan vaksin di peringkat global.

iii. Kerajaan Negeri Sabah benarkan vaksinasi secara walk-in. Kerajaan negeri menerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 negeri Sabah (11 Ogos 2021) memutuskan untuk membenarkan semua rakyat termasuk bukan warganegara menerima vaksin secara walk-in di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula 12 Ogos 2021. Tindakan ini dilihat menjadi faktor utama peningkatan penerima dos vaksin harian mencecah lebih 50 ribu setiap hari.


iv. Peningkatan tahap kesedaran rakyat akan pentingnya untuk mendapatkan vaksin sebagai usaha untuk mencegah jangkitan Covid-19. Peningkatan tahap kesedaran rakyat untuk menerima vaksin ini jelas menunjukkan bahawa usaha murni kerajaan semakin diterima rakyat. Suasana ini jauh berbeza ketika fasa awal Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), yang mana sambutan dan kesedaran rakyat terhadap pendaftaran dan penerimaan vaksin ketika itu masih rendah. Sebaran berterusan menerusi media sosial berhubung keberkesanan vaksin untuk membendung penularan varian delta, sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada rakyat yang sebelum ini ragu-ragu dan diselubungi dengan pelbagai mitos berhubung keberkesanan vaksin dalam mencegah penularan covid-19.

v. Keputusan Kerajaan Pusat membenarkan individu lengkap dua dos vaksin untuk rentas daerah dan negeri, solat berjemaah di masjid dan surau, bersukan dan melancong serta dine-in di restoran bermula 10 Ogos 2021 menjadi antara faktor penarik untuk lebih ramai rakyat Sabah hadir dan menerima vaksin di PPV berdekatan. Keadaan ini mencetus suasana luar kawal yang mana terdapat PPV yang menyaksikan kehadiran luar biasa daripada masyarakat setempat sehinggakan ada yang terpaksa beratur panjang.

Dapat disimpulkan, kesedaran rakyat akan perlunya untuk mendaftar dan menerima vaksin sebagai usaha mencegah jangkitan dan penularan Covid-19 menjadi kunci utama kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Diharap, disebalik keghairahan rakyat untuk hadir ke PPV berdekatan, rakyat diharapkan untuk terus mematuhi SOP pencegahan Covid-19.


Rujukan
BHarian: Sabah sasar capai imuniti kelompok akhir tahun ini. Daripada,
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2021/06/830438/sabah-sasar-capai-imuniti-kelompok-akhir-tahun-ini

HMetro: Sabah sasar 50% penduduk divaksin Oktober ini. Daripada,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/733409/sabah-sasar-50-penduduk-divaksin-oktober-ini

Utusan Malaysia: Sabah benar walk-in vaksinasi di semua PPV. Daripada,
https://www.utusan.com.my/berita/2021/08/sabah-benar-walk-in-vaksinasi-di-semua-ppv/

SinarHarian: Sabah bakal terima 2.2 juta dos vaksin. Daripada,
https://www.sinarharian.com.my/article/148884/KHAS/Covid-19/Sabah-bakal-terima-22-juta-dos-vaksin

Astro Awani: 2.8 juta dos vaksin Pfizer, CanSino diterima di Sabah bermula Ogos ini. Daripada,
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/28-juta-dos-vaksin-pfizer-cansino-diterima-di-sabah-bermula-ogos-ini-310662

BHarian: Sabah beli sendiri vaksin. Daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/850121/sabah-beli-sendiri-vaksin
#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga

No comments:

Post a Comment