SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA MEMULIHKAN NEGARA

YILLSON

1.  Dalam keadaan Negara yang sedang berhadapan dengan situasi getir untuk melawan pandemik COVID-19, kami berasa sedikit lega dengan pengumuman khas oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan dengan agenda “Bersama Memulihkan Negara”.

2.  Kami menyokong sepenuhnya kenyataan YAB Perdana Menteri sebagai salah satu langkah yang terbaik untuk menangani pandemik yang dihadapi oleh seluruh dunia. Kami memberikan sokongan dengan beberapa asas yang pastinya memberikan kebaikan untuk Negara.

3.  Pertama, YAB Perdana Menteri telah membuat langkah yang bertepatan untuk menstabilkan politik Negara melalui gencatan politik sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dijanjikan beliau selewat-lewatnya bulan Julai 2022. Hal ini akan lebih memfokuskan pemimpin untuk memerangi COVID-19 berbanding perebutan kuasa.


4.  Kedua, YAB Perdana Menteri telah memperlihatkan kematangan beliau melalui teknik perundingan antara Kerajaan dan juga pihak Pembangkang. Kesediaan kerajaan untuk duduk berbincang bersama semua pihak terutama parti-parti politik memperlihatkan keterbukaan beliau sebagai seorang pemimpin yang berfikiran terbuka.

5.  Kerjasama bipartisan yang dicadangkan oleh YAB Perdana Menteri adalah petanda bahawa beliau lebih mementingkan kesihatan dan keselamatan rakyat berbanding kepentingan peribadi beliau. Jika wujud kerjasama rentas parti yang dicadangkan beliau, maka agenda memulihkan Negara lebih dilihat proaktif dan bakal mencapai titik persefahaman untuk menang bersama menghadapi pandemik luar biasa ini.

6.  Dalam kesempatan ini, kami ingin menegaskan bahawa percaturan kuasa politik tidak akan menjamin kejayaan untuk memerangi pandemik COVID-19. Kekuatan yang ada pada kita hari ini adalah untuk membantu Kerajaan bersama-sama memenangi peperangan ini.


7.  Mengambil makna dan semangat juang kemerdekaan Negara yang kita raihkan pada bulan ini, kami menyeru agar pemimpin dan rakyat terus bersatu hati untuk bersama-sama memenangkan agenda “Bersama Memulihkan Negara”. 

8.  Akhir sekali, tanpa persefahaman dan kesatuan yang ada pada kita semua, kita akan gagal untuk menang dan merdeka daripada pandemik COVID-19.


LT. MUDA (PA) YILLSON YANGGUN
YDP MAJLIS BELIA DAERAH KOTA MARUDU

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga

No comments:

Post a Comment