KUKUHKAN KERAJAAN, BUKAN BUAT KENYATAAN BODOH


Terkilan dengan status FB yang dimuat naik oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan (DARD) dalam FB rasmi beliau seperti berikut, "Maka jenama Perikatan Nasional sebagai kerajaan persekutuan berakhir hari ini. Sebelum ini pun BN bukan ahli komponen PNKerajaan dulu ialah gabungan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bukannya kerajaan Perikatan Nasional. Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional".


Mungkin DARD terlupa, bahawa poltik itu sangat berkait rapat dengan angka. Tiada siapa boleh menafikan kehebatan UMNO menjadi satu-satunya parti di dunia yang berjaya membentuk kerajaan dan memerintah Malaysia untuk tempoh lebih kurang 63 tahun. UMNO dan BN tidak pernah kalah sepanjang tempoh tersebut atau lebih tepat sebelum PRU-14 (09. 05. 2018). 

Politik dan Angka berpisah tiada. Jika diamati dengan lebih teliti, Kerajaan yang terbentuk hari ini dengan YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik selaku PM ke-9, adalah hasil persefahaman dan kesepakatan yang terbina daripada gabungan 115 kerusi atau lebih jelas daripada 42 Kerusi milik Gabungan Barisan Nasional (BN) (UMNO-38, MCA-2, MIC-1, PBRS-1), 51 kerusi Gabungan Perikatan Nasional (PN) (Bersatu-31, PAS-18, PBS-1, STAR-1), 18 Kerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan 4 Bebas. Jika memetik sumber daripada kenyataan DS Ahmad Faizal Azumu dalam Malaysia Kini, PN memiliki 71 kerusi berbanding UMNO/BN. Seharusnya DARD tahu membazakan antara angka besar dan kecil kerana ini adalah subjek matematik sekolah rendah. 


Apa yang dirasai oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kini (kerajaan yang ibarat telur di hujung tanduk) telah dirasai oleh kabinet PN sejak hari pertama MKT UMNO melancarkan gerakan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN selepas PRN-16 (September 2021). Perlu diingat lahirnya kerajaan PN itu juga dicetuskan hasil persefahaman antara BN, UMNO dan Bersatu (ketika itu dalam PH) dan agendanya cukup jelas, iaitu PENYATUAN UMMAH.

Polemik berhubung penjenamaan semula kerajaan itu tidak wujud jika UMNO sedar bahawa gabungan dominan kini datangnya daripada PN. DARD seharusnya mencontohi usaha segelintir kabinet UMNO dalam kerajaan PN terdahulu pimpinan Tan Sri Dato' Mahiaddin termasuk PM-9 sekarang (YAB Datuk Sri Ismail Sabri) yang terus berusaha menyelesaikan masalah rakyat dan kurang mengeluarkan kenyataan berbaur politik. 

Namun apa yang jelas kini, pemikiran MKT UMNO yang majoritinya dibarisi mantan Ahli Parlimen yang kalah pada PRU-14 lalu, lebih didengari berbanding segelintir MKT UMNO yang mesra PN atau Ahli Parlimen yang tidak berada dalam MKT UMNO.

Bagi DARD mungkin ini masa yang sesuai untuk UMNO menarik sokongan terhadap PN (petikan ucapan dalam rakaman audio mesyuarat MT yang tular), namun berbeza dengan Tan Sri Mahiaddin, kepentingan rakyat lebih diutamakan berbanding kepentingan politik peribadi, hingga beliau sanggup melepaskan jawatan seterusnya memberi sokongan penuh kepada YAB Datuk Sri Ismail Sabri untuk diangkat selaku PM ke-9.


Tidak perlu dirisaukan, Perdana Menteri hari ini datangnya daripada UMNO. Jika kes Covid-19 berjaya diturunkan dan negara berjaya mencapai sasaran 80% imuniti kelompok menjelang akhir tahun 2021, sudah pasti yang akan mendapat nama UMNO, sepertimana yang diharapkan oleh DARD.

DARD dan UMNO juga tidak perlu risau, kerana Tan Sri Mahiaddin bukanlah manusia yang suka berdendam. Jika beliau berdendam, tidak mungkin Tan Sri Mahiaddin sanggup membiarkan PH tumbang dan bekerjasama dengan Kluster Mahkamah yang pernah memecatnya daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Timbalan Presiden UMNO suatu ketika dahulu.

Jika MT kalah terus berpandangan sebegini, dikhuatiri keadaan ini bakal menggores hati rakan dalam gabungan PN seterusnya mempengaruhi keabsahan PM-9 awal September 2021 nanti. Diharapkan benda itu tidak berlaku dan kerajaan ini kekal sehingga PRU-15.


Apa yang seharusnya menjadi keutamaan kini adalah, kerajaan perlu membantu rakyat yang terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19. Letakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan politik sempit yang tidak bertempat. Jika tiada apa yang perlu untuk diperkatakan, lebih baik DIAM. Sekarang  adalah masa terbaik untuk MT dan ahli UMNO mendesak agar PM-9 merangkap Naib Presiden UMNO, menunaikan segala tuntutan UMNO yang tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan dan Kabinet PN pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin.

Rujukan
[1] Astro Awani: 'Selamat tinggal UMNO' - Muhyiddin Yassin
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/selamat-tinggal-umno-muhyiddin-yassin-109194

[2] Malaysia Kini: 'Umno parti paling lama memegang kuasa di dunia'
https://www.malaysiakini.com/news/404215

[3] UMNO Onlien: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia
https://umno-online.my/majlistertinggi/

[4] FB Mulsi Oli
https://www.facebook.com/photo?fbid=10216412269019102&set=a.3606000368462

[5FB Dato' Abdul Rahman Dahlan
https://www.facebook.com/rahmandahlan.my/photos/a.363142333817383/2370416786423251/

[6Malaysia Kini: Kalau ikut matematik ini kerajaan PN, kata Ahmad Faizal
https://www.malaysiakini.com/news/588218?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

#COVID19 #pkp2021 #pkp #TotalLockdown #MCO3 #kitajagakita #kitapastimenang #wawa #wazirenterprise #pkp #pkpd2021 #pkpdkglikas #pkpdsabah #DBKK #pkob #DSSA #mknsabah #KerajaanGagal #malaysia #kualalumpur #travel #love #instagood #kelantan #photography #kl #kotabharu #photooftheday #jerawat #jeragat #kulitkusam #parutjerawat #travelphotography #kurusbadan #resdung #sakiturat #brunei #eczema #acne #putihkulit #gojessmojess #drkno5 #solitemolite #drk #drkkosmetik #travelgram #chlush #kulitsensitif #trending #viral #love #instagram #tiktok #explorepage #instagood #follow #like #fashion #explore #likeforlikes #followforfollowback #photography #memes #music #india #trend #instadaily #likes #style #photooftheday #trendingnow #dance #model #bollywood #foryou #kerala #bhfyp #bhfyp #beautiful #cute #beauty #trendy #youtube #picoftheday #mumbai #meme #followme #comment #tamil #viralvideos #art #insta #fashionblogger #d #lifestyle #bgm #stayhome #life #onlineshopping #covid #new #k #funnymemes #repost #comedy #instafashion #nature #myself #Malaysia #MenangBersama #kitajagakita #lindungdirilindungsemua #covid19 #staysafe #pkp #EURO2020  #DapurBelia4 #RumahKita #KitaJaga

No comments:

Post a Comment